Friday 8 April 2011

MEREKA ADA BEKALAN, AKU?



Promosi Air Gau AL Yamani – aku dah skeptic bila baca tentang promosi air2 ini. Ya la, selalu duk dnegar ceramah Dr Asri yg sering membantai ustaz2 yg duk wat meniaga ayaq2 ni. Aku baca lagi. Tentang Madrasah Al Yamani di KL. Hamper menitis air mataku membacanya. Rupanya ia merupakan satu2nya pusat tahfiz yg percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kerana itu, ustaz2 nya perlu bergerak aktif mencari dana, meniaga itu dan ini untuk menampung kos yang semakin meningkat dari hari ke hari. RM 35,000 sebulan diperlukan. Juga, mereka menyewa rupah pangsa dan rumah teres sebagai markaz. Tapi, walaupun percuma, pelajarnya hanya 80 orang. Begitu alim orang2 Malaysia, sehingga sudah tidak ramai yg perlu belajar. Yg ramai nya perlu menyertai idola2 kecil di tv, tom tom bak di astro. Syabas Malaysia!
Lalu, esok dan lusa, akan berkembang biaklah mereka yang JAHIL, bermasyarakatlah JENAYAH, dan berpemimimpinkan org yg ZALIM. Ya, raikanlah…
Hujan lebat di luar sana. Guruh bertimpa2.  Esok akan bertolak ke sebuah kampong di Kedah. Untuk khidmat masyarakat. Ya, program yg mulia namanya. Tapi ada satu ayat yg keluar dari pelaksana nya yang langsung tidak aku tekejut : ‘waktu solat tidak diperuntukkan dlm tentative, pandai2 cari masa sendiri utk solat’  !
Lihat, lihatlah, lihatlah! Apa lagi yg perlu aku hurai dari sebaris ayat begitu? Dan pada masa yg sama, mereka melaungkan keseimbangan jasmani, emosi dan rohani. “Kaburo maqtan inda llahi in taqulu ma la taf’aluun”..tunggulah keputusan dariNYA!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...