Saturday 23 April 2011

Dakwah sebagai Sumber Pendapatan atau Pendapatan sebagai Medium Dakwah?

Sering saya melihat pendakwah berniaga. Berniaga bahan dakwahnya. Saya bukanlah ulamak untuk menghukum, ustazah sekolah pun bukan. Saya bukan pelajar bidang pengkhususan agama pun. Saya hanya orang awam yang melihat situasi ini. Jadi, entri ini bukan untuk berbicara tentang hukum. Tidak langsung. (Tapi, saya rasa hukumnya boleh menjadikan dakwah sebagai pendapatan, bukanlah satu kesalahan).
Apapun, sebagai orang awam, saya berhak menyatakan sesuatu. Saya faham, mereka sebenarnya seperti orang2 lain juga. Mencari rezeki. Tapi rezekinya melalui dakwah. Menulis buku2, ceramah, forum atau pun apa2 yang berkaitan dakwah. Tidak kisahlah sama ada dakwah mengajak orang beribadah atau dakwah mengajak manusia bermotivasi dengan cemerlang, atau apa2 seruan ke arah kebaikan sekalipun. Ia tetap dakwah kan? Pekerjaan yang sangat terpuji. Mencari rezeki dengan mengajak manusia melakukan kebaikan. Mahmudah sekali. Tapi entah kenapa, saya berasa pekerjaan ini lah yang paling susah. Sukar dan rumit. Apabila dakwah diseiringkan dengan sumber pendapatan, kekeliruan sering terjadi. Mana yang dahulu? Strategi perniagaan atau strategi dakwah? Kedua-duanya perlu dijaga, kedua-duanya penting dan kedua-duanya sama sekali tidak salah untuk difikirkan.
Dakwah sering dilihat sebagai suatu perjuangan, bukan suatu pendapatan. Mentaliti ini tidak tahu datang nya dari mana. Mungkin disebabkan mentaliti inilah fikiran saya jadi keliru.
Dakwah juga dilkaitkan dengan mereka yang mulia, mengamalkan Islam sepenuhnya, dan imej Islam di bahu mereka. Buruk pendakwah Islam, buruklah imej Islam di mata masyarakat terutama masyarakat non muslim dan masyarakat Muslim yang masih kabur tentang pengamalan Islam. Pendakwah yang berniaga tidak salah, cuma biarlah apa yang diniagakan itu berkualiti. [Sebenarnya, saya sedang survey buku2 untuk dibeli di KLIBF nanti. Namun, saya khuatir kalau2 buku yang saya beli nanti tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Bukan sedikit buku agama yang saya lihat mahal harganya, tapi, isinya sedikit sahaja, gambar dan coraknya yang lebih. Saya jahil ilmu perniagaan, mungkin itu strategi perniagaan, atau mungkin untuk menarik sasaran tertentu, saya tidak tahu. Tapi saya sebagai pengguna dan pembeli berhak mengkritik. mungkin ada juga akan berkata, "Allah, nak beli buku2 agama pun berkira ke, ini untuk rohani kita juga." saya tidak serba salah untuk juga menjawab, "Allah, nak jual buku2 agama pun kena mahal2 ke, ini untuk saham akhirat kita juga"..jadi, pilihlah win-win situation.]
Begitu juga saya pernah mendengar banyak cerita tentang jemputan2 ceramah agama yang dikenakan bayaran yang tinggi. Seperti saya katakan tadi, bagaimana imej pendakwah Islam digambarkan, begitulah imej Islam dibayangan. Betapa besarnya peranan pendakwah untuk mengusung nama Islam dengan jujur dan asli. Sekali lagi, asli. Jangan hanya kerana strategi perniagaan, hadis2 palsu direka, dijaja dan dikomersialkan. Jangan hanya untuk keuntungan, pelbagai cerita2 yang sedap didengar disampaikan walaupun tidak tahu dari mana sumbernya. Islam tidak perlukan cerita2 rekaan untuk menarik manusia kepadanya. Sampai masanya, genarasi yang reti berfikir akan berasa pelik dengan cerita2 ajaib itu. Dan, Islam di mata mereka akan hanya dipenuhi dengan cerita2 seperti kartun.

Justeru, jadilah pendakwah dan peniaga yang bertanggungjawab! Hiduplah dalam ruang lingkup dunia pendakwah bukanlah pendakwah dunia.

 

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...