Friday 8 April 2011

KEMARAU NILAI


Alhamdulillah, sudah habis study, sekarang serahkan pada ALLAH. Study, study jugak, tapi saya bukan hanya study 24 jam tanpa tahu apa di sekeliling saya. Hujan ke, kemarau ke, banjir ke. Sekarang ni, hujan fitnah berlaku. Dan, kemarau social dan nilai bagi manusia. Saya risau untuk menjadi pendidik masa depan, bagaimanakah anak2 yg bakal saya depani jika bapa2 dan atuk2 mereka buat hal seperti ini? Klip video seks disebarkan. Dijadikan ‘buletin utama’. Ada di mana2. Malah, digalakkan tengok untuk membuktikan pemimpin pembangkang itu jahat. Kata ustaz Zaharuddin, kita sekali2 tidak boleh menuduh manusia berzina, selagi tidak didatangkan 4 saksi mengikut hudud. Ia adalah tuduhan yg berat, dan haram di sisi Islam jika tanpa saksi. Kata Dr Asri pula, jgn terlibat dgn tuduh2an itu, selagi tiada bukti, kita tidak layak menuduhnya sekalipun dia memang buat. Kalau memang dia pun yg buat, tp buktiny dan saksi tidak mampu kita bawa, maknanya ALLAH tak mahu kita tuduh dan hokum dial ah. Jadi, berhentilah, berhentilah, berhentilah!

Sungguh aku telah muak dengan semua ini. Pemimpin2 ini sebenarnya memang ‘bukan cerdik’. Mereka hanya memeikirkan kuasa. Mereka takut kuasa mereka hilang, lalu dicipta segala bagai benda untuk dijadikan isu. Aku tidak tahu sangat cerita2 begini, geli untuk aku membacanya, sekadar membaca ulasan2 cendekiawan lebih baik untuk aku. Yang pasti, minda mereka terlalu murah untuk mencipta dan menyebarkan isu2 gila seperti ini. Ya ALLAH, kurniakan Malaysia pemimpin yang suci!
Aku, aku lah nanti yang akan berdepan dengan anak2 yang membesar dengan suasana ini. Masakan kuih bulan yang di bentuk, roti canai hasilnya, kan? Sudah pasti jika suasana ini yang membentuk anak2, maka anak2 jenis begitulah yang akan lahir, dan yang paling menakutkan, akulah yang akan berdepan dengan kerenah mereka. Salahkah nanti jika aku persalahkan pemimpin2 ini jika nanti anak2 ini berperangai seperti syaitan?
Letih, sudahlah memikirkan KFT sahaja aku sudah pengsan, tambah lagi dengan isu2 murahan seperti ini. Aku jadi layu. Semoga zuriat dari aku mampu mengubah suasana ini, dan menghilangkan manusia2 seperti ini dari negara, apatah menjadi pimpinan negara. Ya, aku berharap dan berdoa untuk lahirkan zuriat2 mujahid yg akan menegakkan Islam di Malaysia. Insha Allah..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...