Thursday 21 April 2011

Penyakit Berjangkit.

 Ia bukanlah satu barah dalam kehidupan, tetapi ia merupakan satu penyakit berjangkit yang mudah dijangkiti kepada golongan yang rendah imunisasi iman dan jati dirinya. Ia boleh merebak dengan cepat sekali. penyakit sosial. Persoalannya, apakah penawarnya? Apakah ubat yang boleh mengubati penyakit ini secara keseluruhan tanpa meninggalkan sedikit pun simptom2 nya? Jika ada ubatnya, berapakah harga yang perlu dibayar? Dan di manakah boleh kita mendapati ubat tersebut? Saya terlalu risau melihat sangat ramai golongan yang dijangkiti penyakit ini. Bukan sahaja golongan muda, tetapi juga ibu bapa golongan muda tersebut, malah adik-adik yang masih belum akil baligh pun kian dijangkiti. Saya takut kalau-kalau keluarga saya turut dijangkiti, ataupun oarang2 yang saya sayang, atau mungkin saya sendiri. Nauzubillah.
Provide iman injection for your child.

      Saya mula melihat penularan penyakit ini dengan meluas apabila saya melangkah keluar dari bumi Maahad Muhammadi Perempuan. Sewaktu di Maahad, bukanlah semuanya murni dan suci, tetapi sakitnya tidaklah sampai berjangkit, penyakit yang dialami tidaklah sampai terbau-bau di merata-rata tempat. Ditambah pula, banyak tangan yang berusaha mencari penawarnya, banyak kaki yang melangkah pergi mencari ubatnya secepat mungkin. Namun, apabila saya keluar dari bi’ah itu, saya seperti hidup dalam satu dunia yang baru. Pelik. Takut. Gerun. Di Pusat Matrikulasi saya, saya hidup bersama mereka yang tinggi inteleknya. Biasanya, bukan pelajar2 kelas akhir yang layak ke Matrikulasi. Tapi, pelajar yang dikira pandai dan berkebolehan dalam akademik. Pun, saya tetap boleh diagnos penyakit. Bukan saya sengaja mencari2 salah dan buruk, tapi ia seperti terbau2 di hujung hidung saya. Apa yang boleh saya buat selain hanya menghidu sahaja bau itu dengan terpaksa. Saya hidup dalam kalangan mereka yang asyik bercinta, berpegangan dan bersentuhan tanpa malu dan rasa bersalah. Saya juga belajar bersama mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna, malah bangga dengan membukanya. Tetapi, ia masih boleh dikawal lantaran para pendidiknya masih ada yang sudi mencari penawar walau tanpa dibayar. Masih ada kalangan pensyarah yang mengingatkan dan menasihatkan. Undang2 Matrikulasi pula boleh dikategorikan sebagai salah satu ubatnya – wajib memakai baju kururng bagi perempuan untuk ke kuliah, tidak boleh keluar sampai lewat malam dan banyak lagi yang sedikit sebanyak bertindak sebagai pagar yang melindungi.

Mask your heart as well. with iman dan taqwa.
Pada usia 19 tahun, saya melangkah pula ke alam universiti. Di kampus ini, saya ditempatkan dengan mereka yang agak berbeza dengan ‘golongan matrikulasi’.  Mereka merupakan golongan yang gagal ditempatkan di matrikulasi, golongan yang kebanyakannya tidak mempunyai tahap akademik yang memuaskan. Hanya satu dua pusat pengajian di sini yang mementingkan pencapaian akademik yang tinggi sebagai prasyarat, selebihnya palajar hampir gagal juga layak mendaftar. Sekali lagi saya terkejut dengan dunia saya. Bukan sahaja penyakit berjangkit tentang rohani yang saya temui, tetapi juga emosi dan intelek, dari segi kematangan cara berfikir dan gaya hidup. Maaf, saya bukan mencela mereka. Tapi saya bercerita dengan niat untuk mencari penawarnya. Hidup saya semakin mencabar. Pertama kali saya berjumpa dengan mereka yang tidak solat, dan tidak tahu membaca alQuran. Mereka yang  bercelaru emosi, seperti tidak pernah susah. Mudah marah dan merajuk. Tindakan yang tidak rasional dan tidak logic. Sesekali hati saya tersentuh, saya kah yang ditugaskan olehNya untuk mengubati? Tapi, saya tidak kuat. Saya sendiri sedang mencari ubat2 untuk menguatkan imunisasi saya terhadap penyakit berjangkit ini, masakan saya seorang yang mampu mengubatinya. Saya pesimis dengan kemampuan saya. Lalu, saya hanya melihat, menangis, dan berdoa agar saya tidak dijangkiti, dan agar mereka berjaya diubati.
Sewaktu saya bercakap2 dan berbincang isu ini dengan ibu dan kakak saya, saya tertarik dengan kata2 ibu saya. “sampai hati mereka buat begini, meletakkan agama pada tempat yang serendah2nya.” Ibu berkata begini apabila saya mengatakan sistem univerisiti tidak mewajibkan subjek agama sedangkan subjek2 lain boleh diwajibkan seperti kokurikulum, keusahawanan, hubungan etnik, bahasa Inggeris dan lain2. Saya tidak tahu adakah melompat2 dalam kokurikulum itu lebih penting dari pengajian agama? Mungkin pelajar univerisiti lebih ramai sakit jasmani dari rohani. Mungkin.
Sudah tentu ubat bagi segala penyakit ada pada agama. Lalu, itulah jalan terbaik yang perlu di lalui agar penyakit berjangkit ini berjaya diubati dan tidak muncul2 lagi. Tapi, sistem negara ini yang tidak mewajibkan belajar agama di setiap peringkat menjadikan sistem pertahanan iman mudah dijangkiti. Sistem negara ini yang hanya meletakkan mereka yang rendah prestasi akademiknya dalam pengkhususan agama menambah kesukaran mencari ubat yang berkesan. Lahirlah golongan agama yang hanya tahu berbalah, berbalah dan berbalah! Muncullah pemimpin agama yang hanya tahu melabel, menfitnah dan mengampu! [Walaupun bukan semua golongan agama begitu dan masih ramai yang sedang berusaha mencari ubatnya.]
Pengamalan agama yang lemah dalam masyarakat juga membantu menjadi medium yang optimum untuk virus ini terus berkembang. Ditambah pula dengan agen pengangkutan media massa dan internet yang cukup efektif dalam penualaran wabak penyakit berjangkit ini. Lalu, daripada hanya golongan di bandar yang sakit, berjangkitlah juga pada mereka yang di kampung yang membonceng motosikal membeli budu sambil memakai seluar dibeli di pasar malam. Daripada hanya golongan yang tidak berminat dengan pelajaran yang sakit, berjangkit juga kepada golongan bijak pandai yang menjawab soalan Matematik berdua2an di tempat sunyi. Mereka yang muda menjangkiti ibu bapa mereka yang turut terkinja2 sakit lutut menyokong artis kesayangan mereka. Kemudian, ibu bapa yang sakit akan melahirkan dan mendidik anak2 kecil yang disusukan sambil mendengar lagu Lady Gaga.
Tulisan ini tidak akan sedikit pun menjadi ubat dan penawar. Saya tahu itu. Tetapi mungkin ia akan menyuntik kesedaran kepada sesiapa yang membacanya bahawa pendamik penyakit berjangkit ini perlu diubati segera.


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...