Friday 8 April 2011

11 tahun tanpamu


27 Mac 2011, genap 11 tahun dia pergi. Bukan kerana benci, tapi kerana ada yang lebih dia cinta dari aku, dan lebih mencintai dia dari aku. Lalu, dia ke sana meninggalkan aku. Sedih? Aku juga punya jiwa untuk merasa. Tidak salah bersedih. Sedih itu dicipta untuk dirasa. Tapi redha lah pengubatnya. Aku hanya manusia hamba yang mengikut kehendak tuanku. Dan, aku yakin tuanku tidak pernah menzalimi aku. Malah, Dia Maha Menyayangi. Ayah pergi pada Dia lah. Aku juga akan ke sana. Pada waktu mana dan di bumi mana menjadi noktah hidupku, aku tidak tahu. Aku harapkan, aku ke sana, dapatlah aku digolongkan bersama ayah, dan orang2 lain yang turut menjadi hamba yang baik pada Dia. Sungguh-sunggguh aku mengharap. Agar, aku juga bias bersama keluargaku di syurga. Bukan tinggal aku keseorangan di seksa. Nauzubillah.
Untuk ayah, aku hadiahkan al fatihah, juga selautan doa. Moga ketemu di syurga nanti. Akan aku usahakan untuk mengikut lakaran peta oleh ayah di kain putihku. Aku cuba. Cuba bernafas dalam dunia sempit yang hanya seorang dua berpenghuni. Kerana yang lain sudah jauh dibawa lari ke dunia Barat yang hidupnya bertuhankan nafsu. Semoga aku dijauhkan. Amin..
Aku mahu tulis pada Isnin lalu, 27 Mac, tapi hari ini baru berkesempatan. Sibuk sangatkah aku? Atau tidak pandai mengurus masa? Aku muhasabah diri, sesungguhnya semua salah aku.
Dan, aku juga dikelilingi manusia. Bermacam2 sifat. Berbagai2 warna dan bentuk. Kadang2, aku menjadi letih berhadapan dengan mereka. Perempuan berumur 21 tahun sepatutnya sudah matang berfikir. Jangan lagi jadi persis budak sekolah menengah yang mahu merajuk2. Aduh..aku jadi malas mahu memikirkan benda2 picisan seperti itu. Tuhan, kuatkan aku berhadapan dgn mereka2 yg masih belum mengatahui erti hidup barangkali. Sedarilah, bukan semua manusia di sekeliling kita mampu mengikut selera kita. Huh!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...