Friday 8 April 2011

KERANA AKU INGIN BERSAMAMU


Rasulullah, aku tidak pasti cintaku ini setanding dengan cintamu pada umat ini atau tidak. Aku tidak pandai menyusun kata cinta jua bicara rindu padamu, lalu aku hanya simpan dalam hati, di bibibr aku berselawat padamu, pada tindakan dan setiap gerak geriku aku cuba meniru gaya mu, mengikut saran mu, kerana cintaku padamu takkan mati.
Tapi, sering juga aku gagal. Bila hatiku marah, aku berkata buruk pada orang yang aku marahi wpun hanya dlm hati. sedangkan engkau begitu sabar, menyuapi lembut  buta yang mencaci mu. Mengapa tidak aku turuti..benarkah aku mencintaimu? Bila aku marah aku akan mendoakan keburukan utk orang itu, sedangkan engkau mendoakan kesembuhan utk si Yahudi yang terlantar sakit yang sebelumnya sering meletakkan najis di hadapan rumahmu. Engkau mendoakan hidayah bagi kaum yang melemparkanmu batu bertalu2 pd wajah sucimu. Jadi, benar2kah aku mencintaimu sedangkan aku tak menuruti pun perlakuan muliamu?
Bila aku gagal mendapatkan apa yang aku mahu, mudahnya aku berputus asa. Kataku, aku tak mampu lagi, Allah tidak mahu memberi padaku! Aku katakan aku memang tidak pandai. Sedangkan bila engkai dikecewakan umatmu dalam menyeru mereka pada tauhid, tidak ada sedikit putus asa pun dalam dirimu. Sehingga kau pernah berkata, jika di tgn kananku matahari, di tgn kiriku bulan pun, aku tak akan berhenti dari perjuangan ini. Nah, seutuh itu semangatmu. Lalu, benarkah aku mendakwa aku mengikut caramu? Padahal, setiap kegagalan aku tidaklah setanding hebat dengan ujian yang menimpamu.
Bila aku mendapat nikmat, aku sering berkata hebatnya diriku. Lihatlah, aku berjaya atas usaha dan kerajinanku. Sedangkan engkau beribadah pada malam hari sehingga bengkak2 kakimu smata2  yang utk berterima kasih pd Allah atas segala nikmat yg dianugerahi. Aku-lafaz Alhamdulillah pun jarang2 melintas di bibir. Jika ada pun sekadar melintasi, bukan makna dari hati. Astaghfirullah..
Bila aku lapar, aku akan makan semua makanan, sampailah aku kenyang. Saat berbuka puasa, aku akan menghidangkan semua makanan yang aku idamkan. Tapi engkau, hanya tamar dan air menjadi hidangan, makan sekadar menghilangkan lapar, tidak pernah sehingga kenyang, malah, kebanyakan masa dari hidupmu adalah dalam keadaan lapar. Sehingga engkau sanggup mengikat batu di perutmu agar rasa laparmu berkurang.
Rasul, tak pernah aku meragui cintamu pada umat ini, sehingga pada saat sakaratulmaut mu yang menguji itu, bukan sakitmu yang kau mengaduh, tapi keadaan umatmu yang kau bimbangkan. Rasul, engkau mengasihi kami, bgmana cinta kami padamu? Adakah hanya sekadar di bibir? Rasulullah, aku akan sedaya mencuba untuk mengikuti sunnahmu, aku akan menyuburkan cintku padamu. Aku akan turuti langkahmu, kerana aku mahu bersamamu di syurga nanti. Ini bukan dusta, bukan jua hanya bicara.tapi, pda tindakan dan amalan, akan aku buktikan. Selawat ke atas mu aku panjatkan.
-dari ummatmu yang mengharap syafaat dari mu. Sebutlah nama ku nanti Rasulullah sebagai salah seorang umat mu yang mendapat syafaat

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...