Friday 29 April 2011

Nasib Melayu di Bumi Melayu.


53 tahun itu sudah lama. Masa bermain sudah tamat. Masa untuk kita serius dan bekerja! Jika tidak, kita akan tinggalkan generasi yang lemah yang sepatutnya kita bimbangkan. Malaysia gagal mengasimilasi semua bangsa. Gagal! Gagal! Mempertahankan bangsa di bumi sendiri adalah wajar dan hakikat. Pergilah ke dunia mana pun, bangsa akan bermati2an untuk bangsanya sendiri, melainkan bangsa Melayu yang tidur dan menunggu mati. Bagi Melayu, Barat lah acuan kemajuannya. Kalau kita kaji ciri2 bangsa yang pupus, kita sudah miliki ciri2 itu.. jika akar ini semakin hari semakin longgar dan tercabut, maka keseluruhannya yakinlah akan tercabut jua.
Bukan memperjuangkan bangsa atau asobiyyah, tapi salahkah untuk memperbaiki keadaan sesuatu kaum yang lemah di samping tidak mengabaikan hak yang sepatutnya kepada kaum2 lain.

Antara inti pati program Duniaku Buku di IKIM, bersama Dr Ridhuan Tee Abdullah yang mengulas bukunya bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu. Mengapa Melayu? Katanya, sebab Melayu mengikut perlembagaan ialah orang Islam. Mengapa tidak dikatakan Nasib Muslim di Bumi Melayu? Sebab kebanyakan Muslim yang lemah ialah Muslim Melayu. Juga, antara cara untuk melihat Islam kembali kuat ialah dengan kuatnya Melayu, sebab majoriti Muslim di Malaysia ialah Melayu.
Benar, saya setuju keseluruhannya dengan Dr Ridhuan. Usah lihat Melayu yang haprak, Melayu yang bodoh dan dungu, tapi lihat Melayu yang cendekiawan dan agamawan, mereka sendiri bergaduh sesama mereka. Menuduh itu dan ini. Sungguh tidak saya hormati mereka itu. 
Mendengar, membaca dan menghayati idea Dr Ridhuan Tee Abdullah sungguh mengujakan. Menjadi Melayu di bumi Melayu di Malaysia seperti tertindas! Mahu atau tidak, perjuangan ini wajib kita hadapi, demi maruah sebuah agama yang kita anuti dan bangsa kita yang ditakdirkan Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...