Thursday 28 April 2011

Mana Yang Benar?

Menjadi lebih baik merupakan keperluan semua. Sama ada sebuah organisasi perlu menjadi lebih baik, seorang ibu perlu menjadi lebih baik, mahupun seorang nelayan juga perlu sentiasa mendorongkan diri ke arah yang lebih baik. Seruan tajdid merupakan seruan untuk menjadikan amalan agama lebih baik, lebih asli dan lebih benar mengikut panduan Rasulullah. Itu yang saya faham dari istilah tajdid. Dan, saya menyokong gerakannya. Tiada yang salah.
Maaf, saya tidak ada dalil dan hujah yang kukuh untuk dibentangkan. Saya hanya orang awam yang menonton segala perdebatan (baca:perbalahan) yang berlaku dalam kalangan ahli agama. Mereka begitu mudah menuduh pihak2 tertentu dengan tuduhan yang tidak sedap di dengar. Sama ada betul atau tidak tuduhan mereka, saya masih belum bertemu jawapannya. Saya masih dalam proses pencarian kebenaran yang hakiki. 
Walaubagaimanapun, dengan akses teknologi yang terhidang, saya mampu mendengar dan melihat pendapat2 dari pelbagai pihak. Blog, youtube dan facebook golongan2 ini saya selami. Pada satu pihak, ada kata2 yang indah didengar, sopan dilantun dan penuh hujah dan dalil. Manakala pihak yang satu lagi kata2 mereka yang penuh gelar menggelar, cerca mencerca dan tidak kurang gambar2 buruk yang diedit untuk pihak lawan, disamping terdapat juga hujah balas yang ditampal di blog2 mereka. Saya yang dhaif ilmu agama ini gagal membandingkan hujah2 mereka. Apatah lagi untuk membandingkan keshahihan dan ketepatannya, saya hanya mampu membaca dan meneliti dengan ilmu yang kosong. Jika membaca hujah2 mereka, kedua2nya sama, saya tidak tahu yang mana benar. Jadi, kerana kekangan ilmu di dada, saya tidak mampu menggunakan hujah mereka sebagai satu2nya factor untuk saya nilai (nilai bagi diri saya sendiri).
Namun, ada satu lagi kayu ukurnya. Adab. Penyampaian dan kesantunan dalam berhujah. Ya, bahagian itu jelas dan nyata. Dan, bukan hanya saya yang mampu menilai, malahan semua orang yang waras juga saya rasa boleh menilai secara logic yang mana beradab dan yang mana tidak. Yang mana menggambarkan akhlak Islam dan yang mana tidak. Orang2 awam seperti saya yang melihat perdebatan itu, kadang2 bukan melihat pada content perdebatan, tapi pada bahasa dan pertuturan yang digunakan. Pada kemuliaan akhlak yang dipamerkan. Biarpun berlilit serban, berjubah dan bertanda sujud di dahi, tapi jika lisan dan tulisannya tidak sedap didengar dan dibaca, saya menjadi tawar untuk menerima. Bukankah mahmudah itu akan mudah lekat dan dekat di hati?
 Pun, saya masih keliru. Cukupkah dengan hanya menilai adab lalu mampu memutuskan kebenaran? Saya perlu belajar, lagi dan lagi..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...