Friday 8 April 2011

DIDIKLAH HATI MENSYUKURI DAN MEREDHAI !

Duhai, apakah lagi yang perlu aku sesalkan. Langkah sudah ke depan, tinggal separuh mahu dihabiskan. Cukup2 lah menyesali. Semestinya aturan Allah yang terbaik untuk diri. Berhenti, berhenti menyesali. Mulakan, mulakan janji buat hati, bahawa bidang ini aku ceburi kerana Ilahi.
Semakin aku selak, belek dan gali segala apa yang berada dalam perubatan (orang, silibus, dan kerjaya ), semakin aku payah menyingkir sesal, malah makin mengukir benci pada semua yang berada dalam bidang pendidikan, ( terutama sistem dan pelaksana ).

Biarlah, yang berlalu, cukup di situ. Yang di depan, bukan hanya di tunggu, tapi berusaha menjadi yang terunggul. Kerana sememangnya, aku dicipta untuk menjadi hebat, kan?
Emosi mula terganggu, bersama fizikal yang lelah dan penat.. Allah, aku mahu mengingatiMU.
Mama, aku mahu pulang. Tapi tanggungjawab ini seperti rantai melilit kaki ku, amanah ini seperti gari, terkunci rapat pada tanganku. Walaupun penuh benci, aku harungi jua bidang ini.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...