Lebih setahun tertubuhnya Ulama
Muda UMNO (ILMU) secara rasmi. Saya antara yang mengikuti perkembangan mereka
dan ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan.
PREJUDIS
Usai pengumuman 40 ilmuan muda
tanah air menyerahkan borang kemasukan dalam parti UMNO, ramai yang prejudis
akan kemampuan mereka untuk berdakwah dalam UMNO. Sikap prejudis sebegini kononnya
berasas dengan melihat sejarah kemasukan golongan agamawan ke dalam UMNO.
Setiap kita mempunyai hak untuk menilai, maka
sesiapa jua bebas membuat penilaian, tetapi asas kepada penilaian mestilah adil
dan berasaskan Al Quran dan Sunnah. Mengharapkan sesuatu kumpulan kalah dalam
perjuangan dakwah hanya kerana berbeza pandangan politik tidak diajar dalam
Islam. Kalaupun ragu-ragu dengan kejayaan mereka, janganlah sesekali menafikan
usaha dakwah mereka. Berdoalah agar dakwah mereka berjaya dan mereka thabat di
landasan Islam.
Jangan hanya untuk kemenangan
parti, maka kita harapkan dakwah mereka gagal semata-mata untuk menjadi modal
politik kita. Asas Al Quran dan As Sunnah mana kah yang kita gunakan?
ADIL DALAM MENILAI
Kita seringkali menilai bukan
berdasarkan penilaian yang dalam. Asal sahaja seseorang itu bukan dari parti
kita, maka apa sahaja tindakannya kita bangkang. Sesuatu perkara yang kita kira
tidak menguntungkan parti kita, maka kita sanggah walaupun hakikatnya perkara
itu menguntungkan Islam.
Berprinsip dalam kehidupan
perlulah tunjangnya kebenaran. Jangan pancakkan prinsip kita di atas medan
parti. Natijahnya, kefanatikan yang akan lahir serta idea-idea kritis tidak
akan berkembang kerana hanya mengangguk kepada semua tindakan parti.
Belum pun ILMU bersuara, baru
sahaja diumumkan penubuhan, telah dahulu ada pihak yang menghukum. Hukum pula
bukan sekadar hukuman tidak bersetuju, tetapi diberi keputusan neraka dan
sesat. Itulah mereka yang bukan sahaja tidak adil dalam menilai, tetapi tidak
langsung membuat penilaian.
Saya suka apabila dalam Wacana
PRU 13 baru-baru ini, Ust Fathul Bari sering bertanya persetujuan sesuatu
kenyataannya dengan persetujuan penonton. Dapat dilihat bahawa banyak perkara
yang sama-sama kita setujui asasnya, cuma mungkin apabila ia datang dari lisan
parti lawan, maka kita enggan mengakuinya. Itulah satu sikap yang benar-benar
perlu dibakar.
BERBEZA PANDANGAN
Perbezaan dalam memahami sesuatu
nas bukanlah sesuatu yang baru. Malah dalam kalangan sahabat sendiri,
interpretasinya berbeza-beza. Tidak ada dua orang manusia yang akal dan jiwa nya
serupa semua. Pasti ada perbezaannya. Dan Islam membuka ruang pada perbezaan. Soal
aqidah, itu jelas dan tetap. Tetapi soal feqah, kita boleh berbeza-beza jika
tiada nas yang tetap. Apatah lagi soal pengurusan, siasah dan pendapat-pendapat
isu semasa, maka ia lebih lagi dibolehkan berbeza.
Justeru, janganlah kita menghukum
seseorang hanya kerana pandangannya berbeza selagi dia membawa nas dan dalil
sebagai asas kepada pendapatnya itu. Seharusnya kita perlu menghukum orang yang
mengeluarkan pendapat tanpa meneliti nas tetapi meneliti kepentingan parti. Itu
yang perlu kita hukum.
Sebenarnya dengan kewujudan ILMU,
masyarakat secara tidak langsung telah di dedahkan dengan pandangan yang
pelbagai. Jika dahulu hanya ada satu pihak yang membawa dalil agama, tetapi
hari ini ada pihak lain yang membawa dalil juga. Jika dahulu, semua dalil yang
dibawa oleh parti Islam akan diterima bulat-bulat kerana ia kelihatan benar
belaka.
Tetapi hari ini ada pihak yang
akan menyeimbangkan dan menilai dalil yang dibawa sama ada ia benar-benar tepat
pada konteks ataupun tidak. Bukan kah ini satu perkara yang baik apabila
pelbagai pandangan boleh didengar, dan masyarakat boleh meningkatkan daya
penilaian mereka bukan meningkatkan daya ‘kepengikutan’ dan ke’angguk’an kepada
semua dalil yang di bawa.
Namun fenomena ini tidak akan
dilihat sihat bagi mereka yang hanya memikirkan keuntungan parti, bukan
keuntungan perkembangan minda masyarakat yang mahu berfikir. Situasi ini
dilihat merosakkan mereka yang malas berfikir, dan akan membuatkan mereka
keliru. Dan bagi puak yang begitu menjaga kebajikan pihak yang malas berfikir
ini, akan menentang budaya ini pastinya.
PAS LEBIH BERHATI-HATI
Suara ILMU sebenarnya akan
membuatkan PAS lebih berhati-hati dalam memetik apa-apa dalil untuk
menjustifikasikan tindakan mereka. Bukan sewenang-wenangnya mengusung agama
mengikut apa sahaja rentak mereka, kerana di pihak lawan tiada siapa pun yang
berautoriti dalam bercakap hal agama. Tetapi hari ini, PAS dilihat lebih berhati-hati
terutama soal Syiah yang sering ditimbulkan ILMU.
Bukankah perkara ini
menguntungkan apabila ada pihak luar yang akan menegur kesilapan PAS dari sudut
agama? Kerana selama ini tidak ada satu pihak pun yang kononnya ‘lebih agama’
dari PAS yang akan menilai tindakan PAS dari sudut hukum. Apa sahaja yang PAS
lakukan maka ia akan dihalalkan kerana pelakunya merupakan parti Islam. Hakikatnya,
tiada siapa pun yang maksum melainkan Nabi.
Maka kewujudan ILMU dilihat mampu
membaiki kelemahan PAS dalam banyak perkara agama. PAS perlu berterima kasih
pada ILMU barangkali kerana peringatan yang diberikan.
Saya sangat kurang selesa apabila
ada pihak yang tidak mahu dengar ulasan ILMU hanya kerana mereka itu UMNO. Saya
tidak tahu apa perkataan yang perlu diberikan kepada sikap ini. Mungkin perkataan
baru perlu dicipta DBP lantaran sikap ini semakin menjadi-jadi.
Mengenai UMNO sebagai parti
sekular yang memperjuangkan kebangsaan dan asobiyyah, perkara ini banyak dijadikan
alasan untuk menolak UMNO secara mutlak sehingga perkara betul yang dilakukanya
juga ditolak. Saya nasihatkan supaya kita membaca dari berbagai sumber. Jika orang
PAS menasihatkan kita, jangan hanya membaca Utusan atau menonton TV3, maka saya
juga nasihatkan jangan hanya membaca Harakah. Selain Harakah, banyak
sumber-sumber lain yang telah mengulas isu tersebut beserta dalil dan perincian
mengikut perlembagaan. Bacalah, dan nilailah. Supaya pada wacana-wacana akan
datang, tidak perlu lagi di tanya isu-isu begitu kepada panel kerana jawapannya
sudah lama dihidangkan, cuma saja tidak dihidangkan dalam Harakah.
Begitu juga mengenai pendapat
taat kepada pemerintah. Sebelum kita setuju atau tidak setuju dengan sesuatu
perkara, semaklah dahulu hujah dan dalil semua pihak. Setelah itu, nilailah dan
buatlah keputusan. Carilah banyak sumber tentang isu dan hukum taat kepada
pemerintah. Di sana akan membuka minda kita, walaupun kita tidak bersetuju
tetapi nanti kita tidak akan dengan mudah menghukum mereka yang berbeza
pendapat dengan label yang berbagai, kerana kita tahu asas kepada pegangan
mereka. Bersetuju atau tidak, itu hak kita untuk memilih. Cuma, bacalah dan kajilah.
Walau apa pun yang berlaku di
hadapan kita, mari kita letakkan Al Quran dan Sunnah sebagai suluhan. Bukan emosi
dan parti sebagai pegangan.
We have a right to correct others
but remember that they have a right to correct us too. Always be open to
correction.
Wallahu a’lam.
*hahaha..dan dan ku jd umno lps
tgk “wacana pru 13 : masa depan islam?”. Wacana sebegitu agak berisiko
sebenarnya utk kjaan klantan. Kerajaan kelantan perlu berhati2 dlm memilih
wakil umno sbg panel. Dari nk promot pas,org mcm aku jd nmpk umno plak
betul...len kali ajak wakil umno yg x cerdik. Baru la dia kalah.org2 mcm aku
sdg mmbuat penilaian demi pnilaian.*
Setuju atau tidak? (bca dgn gaya ufb tnya audien)
Sebelum 'menjebeh' , teliti dahulu hujah org lain. so,sy kena rajin2 la baca harakah n dgr ceramah pas..;) ok. i luv tokguru anyway.
Sebelum 'menjebeh' , teliti dahulu hujah org lain. so,sy kena rajin2 la baca harakah n dgr ceramah pas..;) ok. i luv tokguru anyway.
![]() |
@airport pc |