Friday 25 May 2012

Ayat 30


Carian di Google menunjukkan ;

Keyword : Untukmu Muslimah - About 1,010,000 results (0.33 seconds)
Keyword : Untukmu Muslimin - About 610,000 results (0.43 seconds), inipun tidak ada yang tepat frasanya berbanding ‘untukmu muslimah’ yang berjela-jela banyaknya.




Nampaknya suka benar memberi nasihat kepada Muslimah. Dan sukar pula untuk mencari nasihat kepada Muslimin.

Jika dahulu saya antara yang gemar tergelak apabila mendengar ceramah agama yang ‘memperlekeh’ wanita yang tidak menutup aurat. 

Saya menjadi manusia yang berubah kini. Tidak lagi selesa saya mendengar mereka yang berkata leceh dan menjadikan wanita sebagai bahan lawak.

Feminis atau apa, tetapi bukankah Islam SANGAT membela wanita? Mengapa hari ini Islam boleh dituduh sebegitu menghina wanita? Maaf kalau telahan saya salah, tetapi saya rasa satu faktornya ialah persembahan Islam oleh orang agama (orang agama lagi salah, saya memang suka menyalahkan mereka, kan? Nanti dulu, baca sampai habis.)


Ops, saya bukan ahli SIS. Baca contentnya, analisis isi. Bukan analisis siapa yang menulis. Yang itu nombor dua nombor tiga. 

Meletakkan semua kesalahan, tanggungjawab dan beban kepada PEREMPUAN adalah faktor wanita yang berfikiran kritikal bangun mengamuk! Seperti SIS mengamuk.

Berlainan ‘wanita solehah’ yang hanya diam tunduk dan angguk menerima segala lontaran nasihat, bahkan kadang-kadang ‘lemparan’ arahan dari ustaz. Diikuti gelak tawa hadirin. 

Seolah olah, ‘hahahaha...padan muka kena tutup aurat!! Kalau tak tutup aurat nanti kena rogol...hahah padan muka..!’

“Tu la, tak tutup aurat, kan dah kena rogol, padan muka!’

Bila dikemuka fakta, perempuan yang pakai tudung pun kena rogol, nenek tua, budak kecik pun, apa cerita?

“Yang tu sebab dia tengok perempuan lain yang seksi, tapi tak ada peluang, bila dah ada peluang tak kisah la siapa pun.”

Salah perempuan juga! 

Ya benar, perempuan yang tidak menutup aurat itu berdosa. 

Jika dirujuk dalam surah al-Nur, Allah mendahulukan kepada kaum lelaki untuk menundukkan pandangan (ayat 30), barulah diikuti dengan kaum wanita untuk menutup aurat (ayat 31). 

Tetapi memandangkan ramai penyebar agama di negara ini adalah lelaki, lalu mereka hanya menekankan ayat 31 dan meninggalkan kepentingan dan keutamaan ayat 30.

Dan, ustazah di negara ini pula, ‘solehah’. Tidak ada siapa pun yang bangun menuntut supaya jangan diletak kesalahan semata pada perempuan, tetapi pada lelaki lebih utama! 

Dan, masyarakat pun tidak tahulah akan wujudnya ayat 30 itu. Tertubuhlah SIS (yg bukan ustazah) yang menuntut hak wanita dalam Islam kerana mereka tidak didedahkan dengan hak, tetapi disumbat pengetahuan tentang peranan wanita yang berjujut sebagai isteri, ibu, serta semua kesalahan dan dosa disandarkan kepada wanita sebagai puncanya. Mereka bangun berteriak menuntut hak.

Dan orang pun melihat SIS menghina Islam, mencabar hukum Tuhan. Mereka perlu diharamkan.

Saya tidak banyak tahu tentang SIS. Bukan tentang mereka pun yang mahu saya utarakan. Tetapi tentang kita, kita yang kononnya faham dan sebar Islam ini.

Cukup-cukup lah kita menomborduakan wanita. Slogan ‘Islam tidak mendiskriminasikan wanita’ dilaung-laung, namun diikuti menyuruh wanita itu dan ini, tanpa diseimbangkan dengan peranan lelaki hanya menampakkan ke’senget’an kita.

Islam agama yang adil. Sebarkan keadilan itu. 

Bahkan Islam sangat mengambil berat tentang wanita. Sebarkan ayat-ayat tentang itu. 


Fantastic Four - preachers-to-be! Spreading the beauty of Islam.


Pelik. Di saat agama Islam dituduh sebagai agama yang menindas wanita, penyebar-penyebar agama ini semakin galak dan meriah menyebar tentang peranan wanita, apa yang mereka perlu buat dan beri kepada lelaki. Semakin cenderung memilih pendapat yang lebih ketat kepada wanita. Apakah ini?

Sepatutnya, pada ketika Islam dituduh agama yang menghina wanita, datangkanlah ayat-ayat yang memuji wanita, menggembirakan wanita, tentang hak wanita, keistimewaan wanita dalam Islam. Itu sepatutnya yang tersebar!

Malangnya, yang banyak disampaikan ialah ancaman kepada wanita, kalau ada keistimewaan pun mesti bersyarat. Contohnya, ‘wanita akan dapat pahala seperti pahala berjihad apabila menghidangkan air kepada suami.’ Ada juga yang kena buatnya. Tak apa lah, kalau pun itu hadis sahih (saya tak tahu) tapi pandai-pandai lah guna dalam strategi dakwah. 

Untukmu muslimin, (dah banyak sangat untukmu muslimah kan, ambik ni ha!) baca wasiat dari nabi ini untukmu.

“Wahai manusia! Takutlah kepada Allah dalam perkara MEMBABITKAN PEREMPUAN. Sesungguhnya kamu mengambil mereka demi mendapat perlindungan Allah dan menjadikan mereka halal dengan kalimah Allah. Adalah WAJIB memuliakan hak mereka sebagai isteri...”

(sebahagian ucapan Baginda SAW di Haji Perpisahan sebagaimana dipetik dari kitab Cahaya Abadi (Ar Rahiqul-Makhtum) oleh Safiurrahman Mubarakfuri.)

Untukmu Muslimin, teruskan menasihati wanita supaya menutup aurat, JUGA mulakanlah menyebarkan wajibnya menundukkan pandangan. Kerana sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu!

-‘Enti nak buat tajuk apa pembentangan kelas tafaquh minggu depan?’ YDP persatuan Islam bertanya.
-‘Saya ingat nak buat tentang tajuk supaya lelaki tundukkan pandangan.’
-‘Oh, tundukkan pandangan tu, ada dalil ke?’ 

Gulp! Sedih nya saya. Dia YDP, aktif dalam gerakan Islam di kampus, johan musabaqah, tapi...

Emm, apapun, cara tanya 'ada dalil ke?' itu saya suka.


;)

kali ini saya menulis terlebih panjang. yay!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...