Carian di Google menunjukkan ;
Keyword : Untukmu Muslimah - About
1,010,000 results (0.33 seconds)
Keyword : Untukmu Muslimin - About
610,000 results (0.43 seconds), inipun tidak ada yang tepat
frasanya berbanding ‘untukmu muslimah’ yang berjela-jela banyaknya.
Nampaknya suka benar memberi
nasihat kepada Muslimah. Dan sukar pula untuk mencari nasihat kepada Muslimin.
Jika dahulu saya antara yang
gemar tergelak apabila mendengar ceramah agama yang ‘memperlekeh’ wanita yang
tidak menutup aurat.
Saya menjadi manusia yang berubah
kini. Tidak lagi selesa saya mendengar mereka yang berkata leceh dan menjadikan
wanita sebagai bahan lawak.
Feminis atau apa, tetapi bukankah
Islam SANGAT membela wanita? Mengapa hari ini Islam boleh dituduh sebegitu menghina
wanita? Maaf kalau telahan saya salah, tetapi saya rasa satu faktornya ialah persembahan
Islam oleh orang agama (orang agama lagi salah, saya memang suka menyalahkan
mereka, kan? Nanti dulu, baca sampai habis.)
Ops, saya bukan ahli SIS. Baca contentnya,
analisis isi. Bukan analisis siapa yang menulis. Yang itu nombor dua nombor
tiga.
Meletakkan semua kesalahan,
tanggungjawab dan beban kepada PEREMPUAN adalah faktor wanita yang berfikiran
kritikal bangun mengamuk! Seperti SIS mengamuk.
Berlainan ‘wanita solehah’ yang
hanya diam tunduk dan angguk menerima segala lontaran nasihat, bahkan
kadang-kadang ‘lemparan’ arahan dari ustaz. Diikuti gelak tawa hadirin.
Seolah olah, ‘hahahaha...padan
muka kena tutup aurat!! Kalau tak tutup aurat nanti kena rogol...hahah padan
muka..!’
“Tu la, tak tutup aurat, kan dah
kena rogol, padan muka!’
Bila dikemuka fakta, perempuan
yang pakai tudung pun kena rogol, nenek tua, budak kecik pun, apa cerita?
“Yang tu sebab dia tengok
perempuan lain yang seksi, tapi tak ada peluang, bila dah ada peluang tak kisah
la siapa pun.”
Salah perempuan juga!
Ya benar, perempuan yang tidak
menutup aurat itu berdosa.
Jika dirujuk dalam surah al-Nur,
Allah mendahulukan kepada kaum lelaki untuk menundukkan pandangan (ayat 30),
barulah diikuti dengan kaum wanita untuk menutup aurat (ayat 31).
Tetapi memandangkan ramai
penyebar agama di negara ini adalah lelaki, lalu mereka hanya menekankan ayat
31 dan meninggalkan kepentingan dan keutamaan ayat 30.
Dan, ustazah di negara ini pula, ‘solehah’.
Tidak ada siapa pun yang bangun menuntut supaya jangan diletak kesalahan semata
pada perempuan, tetapi pada lelaki lebih utama!
Dan, masyarakat pun tidak tahulah
akan wujudnya ayat 30 itu. Tertubuhlah SIS (yg bukan ustazah) yang menuntut hak
wanita dalam Islam kerana mereka tidak didedahkan dengan hak, tetapi disumbat
pengetahuan tentang peranan wanita yang berjujut sebagai isteri, ibu, serta
semua kesalahan dan dosa disandarkan kepada wanita sebagai puncanya. Mereka bangun
berteriak menuntut hak.
Dan orang pun melihat SIS
menghina Islam, mencabar hukum Tuhan. Mereka perlu diharamkan.
Saya tidak banyak tahu tentang
SIS. Bukan tentang mereka pun yang mahu saya utarakan. Tetapi tentang kita,
kita yang kononnya faham dan sebar Islam ini.
Cukup-cukup lah kita
menomborduakan wanita. Slogan ‘Islam tidak mendiskriminasikan wanita’
dilaung-laung, namun diikuti menyuruh wanita itu dan ini, tanpa diseimbangkan
dengan peranan lelaki hanya menampakkan ke’senget’an kita.
Islam agama yang adil. Sebarkan keadilan
itu.
Bahkan Islam sangat mengambil
berat tentang wanita. Sebarkan ayat-ayat tentang itu.
 |
Fantastic Four - preachers-to-be! Spreading the beauty of Islam. |
Pelik. Di saat agama Islam
dituduh sebagai agama yang menindas wanita, penyebar-penyebar agama ini semakin
galak dan meriah menyebar tentang peranan wanita, apa yang mereka perlu buat
dan beri kepada lelaki. Semakin cenderung memilih pendapat yang lebih ketat
kepada wanita. Apakah ini?
Sepatutnya, pada ketika Islam
dituduh agama yang menghina wanita, datangkanlah ayat-ayat yang memuji wanita,
menggembirakan wanita, tentang hak wanita, keistimewaan wanita dalam Islam. Itu
sepatutnya yang tersebar!
Malangnya, yang banyak
disampaikan ialah ancaman kepada wanita, kalau ada keistimewaan pun mesti
bersyarat. Contohnya, ‘wanita akan dapat pahala seperti pahala berjihad apabila
menghidangkan air kepada suami.’ Ada juga yang kena buatnya. Tak apa lah, kalau
pun itu hadis sahih (saya tak tahu) tapi pandai-pandai lah guna dalam strategi
dakwah.
Untukmu muslimin, (dah banyak
sangat untukmu muslimah kan, ambik ni ha!) baca wasiat dari nabi ini untukmu.
“Wahai manusia! Takutlah
kepada Allah dalam perkara MEMBABITKAN PEREMPUAN. Sesungguhnya kamu mengambil
mereka demi mendapat perlindungan Allah dan menjadikan mereka halal dengan
kalimah Allah. Adalah WAJIB memuliakan hak mereka sebagai isteri...”
(sebahagian ucapan Baginda SAW
di Haji Perpisahan sebagaimana dipetik dari kitab Cahaya Abadi (Ar
Rahiqul-Makhtum) oleh Safiurrahman Mubarakfuri.)
Untukmu Muslimin, teruskan
menasihati wanita supaya menutup aurat, JUGA mulakanlah menyebarkan wajibnya
menundukkan pandangan. Kerana sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu!
-‘Enti nak buat tajuk apa
pembentangan kelas tafaquh minggu depan?’ YDP persatuan Islam bertanya.
-‘Saya ingat nak buat tentang
tajuk supaya lelaki tundukkan pandangan.’
-‘Oh, tundukkan pandangan tu, ada
dalil ke?’
Gulp! Sedih nya saya. Dia YDP,
aktif dalam gerakan Islam di kampus, johan musabaqah, tapi...
Emm, apapun, cara tanya 'ada dalil ke?' itu saya suka.
;)
kali ini saya menulis terlebih panjang. yay!