Wednesday, 13 June 2012

Raikan Kemalasan Berfikir.

Lagi membaca tulisan di thenutgraph.com.

Berkerut2 dahi saya, menggaru2 kepala. Bagaimana ni? Mereka sedang mentertawakan tindakan pihak agama, tindakan orang agama.

Susah benar. Kadangkala apa yang mereka tuliskan itu, tidak salah pun. Kita semua perlu mengambil kira wujudnya manusia yang suka berfikir dan bertanya kenapa. Kita semua perlu sedar bahawa telah ramai golongan yang bangun memikirkan tentang agama walaupun bukan semua amalan dan suruhan agama mereka ikuti. Kita semua perlu pertimbangkan keperluan mereka dalam beragama. 

Saya kira sudah cukup untuk kita pentingkan manusia yang malas berfikir. Sudah lama benar kita utamakan golongan begitu dalam apa2 urusan dalam agama, sehingga perbincangan perkara2 baru dalam sesuatu hukum, pasti kita akan selitkan, nanti ‘masyarakat akan keliru.’ Nampak benar kita raikan mereka yang malas berfikir dengan mengutamakan mereka dalam apa2 hal. Sedangkan yang rajin berfikir dan bertanya kenapa ini, kita abaikan soalan2 mereka. Kita tinggalkan mereka mencari sendiri jawapan untuk diri mereka. Apabila mereka tersalah jalan, masuk ke jalan liberal, kita haramkan mereka pula. 

Apakah ini benar2 ajaran Islam?

Apabila saya membaca tulisan2 mereka, saya seperti sedang melihat seorang pelajar cemerlang Kristian sedang berdepan dengan seorang pelajar Muslim tercorot. Siapa yang akan menang logiknya?

Tindakan pihak agama dan orang agama di Malaysia sebenarnya sedang ditertawakan mereka. Saya sedih sekali. Saya sekarang tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Saya tahu pihak agama dan orang agama tidak pernah ada niat jahat pada agama. Mereka cuma tidak mampu bertindak dengan matang dan cemerlang untuk berhadapan dengan golongan seperti ini. 

Justeru, saya menyeru kepada kita semua. Marilah kita mula memikirkan agama ini pada kaca mata mereka yang rajin berfikir. Mari kita draftkan ijtihad hukum2 dengan memikirkan rasional semasa, dengan meraikan manusia yang suka bertanya dan berfikir.

Mari kita bertindak dengan cerdik atas nama agama. Cukuplah memberi alasan masyarakat akan keliru dengan membaca buku Irshad Manji contohnya. Sudah kerap kali benar saya mendengar alasan masyarakat akan keliru, masyarakat akan keliru. Bak kata seorang tokoh, ‘dia yang keliru, kata masyarakat yang keliru. Takkan masyarakat bodoh sampai tara tu?’

Sudah sampai masanya kita berhenti melayan dan meraikan golongan yang malas berfikir dan berubah, cukuplah! Daripada kita uruskan agama ini hanya untuk kepentingan mereka, baiklah kita seru kepada mereka supaya rajin berfikir. Kalau rasa keliru dengan apa-apa perkara, bacalah, tanyalah, kajilah. Itu ubatnya. Bukan perkara agama yang perlu jadi statik hanya kerana meraikan puak2 ini. Saya sudah cukup letih!

Pihak agama pun satu hal. Kenapa rajin benar untuk haramkan buku-buku? Kalaupun buku-buku itu bercanggah dengan agama, lawanlah dengan buku juga, dengan ilmu juga. Bukan hanya dengan kuasa. 

Kalau nak guna kuasa, kenapa tak haramkan juga filem2 yang jelas2 bersalahan dengan agama? Tidak menutup aurat, gejala sosial yang melampau, rancangan2 tv yang jutaan banyak bertentangan dengan agama, majalah2 yang entah apa-apa tu,kenapa tidak haramkan? 

Saya kira jawapannya ialah kerana rancangan tv itu semua dikhaskan untuk mereka yang malas berfikir. Jadi tak mengapa. Manakala buku2 ini, untuk mereka yang rajin berfikir, jadi tak boleh. Agama di Malaysia ini kan memang khusus untuk mereka yang malas berifkir! 



Tuesday, 12 June 2012

Zuriat Kita


Pandanglah pada mata mereka. Usaplah ubun-ubun mereka. Mereka bukan asing, mereka zuriat kita yang perlu kita bimbing. Amanah dari Allah yang sangat penting.

Bukan kita yang menentukan syurga neraka buat mereka. Tetapi mereka yang mungkin lebih berhak menarik kita dari syurga. 

Tanggungjawab yang kita abaikan terhadap mereka. Perlindungan, tunjuk ajar dan bimbingan, semua itu kita tinggalkan. Tidak mungkinkah mereka menyalahkan kita pada hari Keputusan kelak? Tidak mungkinkah? Di dunia pun mereka boleh menuntut hak, apatah lagi di akhirat yang penuh keadilan hakiki. Pada hari itu, mereka yang tidak ditunaikan hak, akan menuntut. Menuntut dari semua yang dahulunya dipertanggungjawabkan.

Sekadar ingatan bersama kepada para ibu bapa, agar memimpin tangan anak-anak dengan berhati-hati sekali. Bukan sahaja bahaya dunia boleh menimpa mereka jika kita lalai, malah lebih menakutkan bahaya akhirat boleh menimpa kita jika pada mereka kita abai.

Janganlah hanya memikirkan apa yang bakal mereka beri pada kita di hari tua, tetapi panjangkanlah impian untuk melihat mereka di syurga. Saya belum punya anak, tetapi memandang si kecil yang cerdik itu terlalu menyentuh hati. Akankah mereka kita bimbing mengikut Nabi? Atau, mereka kah nanti menjadi penyebab kita membelok dari syurga? Segalanya bermula dari tangan kita, akhi.

Diamnya insan kadangkala jauh lebih mengetahui dari yang memekik memberi nasihat berjela. Cuma tahu belum tentu membawa ke daerah mampu. Bangunlah saudaraku. Kami semua menyayangimu.

Dahulunya saya bimbang mereka dibawa dunia bebas ke mana-mana. Namun seminggu bersama mereka, melihat mereka bijaksana, berdikari dan matang, memberi saya sedikit kelegaan. Mereka sesungguhnya dipimpin Tuhan. 

Masih kerisauan ada di jiwa. Mendengar ibu bercerita tentang mimpinya, sungguh membuatkan saya berfikir lebih dalam, mencari penyelesaian. Ya, mimpi bukan hujah. Terlalu dungu untuk hanya bertindak berdasarkan mimpi. Saya tahu. Namun peringatan itu datang dengan berbagai cara.

Semua ini tidak lain, kerana cinta dan sayang. Semoga kita semua dalam pimpinan Tuhan.



Sunday, 10 June 2012

Bid'ah Hasanah



Mari mencari kesepakatan. Anda mampu mengubahnya! Semuanya baik-baik sahaja, tiada siapa pun mahu berbalah. Senyum!


Kenapa enggan berubah?


Kata seorang pensyarah, bahawa dalam dunia akademik, ada politiknya sendiri, ada maruah dan egonya sendiri. Itu jawapannya kepada persoalan saya.

Pensyarah yang lain juga pernah berkata, setiap kelompok manusia memang akan mahukan pengaruh. Tidak semestinya kuasa, tetapi pengaruh dan kepercayaan. Bukan sekadar ahli politik gilakan pengaruh, tetapi setiap kelompok manusia. Profesional, orang-orang agama, pelajar, guru, peniaga dan sesiapa jua.

Beberapa minggu lalu, saya memberi cadangan kepada seorang ustazah di blognya agar berhentilah dari menguli isu cinta kepada mahasiswa di kampus. Mereka sepatutnya sudah melangkaui masalah cinta, mereka perlu berfikir kepada perkara-perkara yang lebih serius dan global.

Lalu beliau kemukakan sebab menolak cadangan saya, bahawa cinta asas kepada semua perkara, jika berdebat isu-isu besar nanti masyarakat akan berbalah, tidak ramai yang akan berminat, dan berbagai-bagai lagi sehingga saya pun letih mahu memautnya kembali kepada jalan utama perbincangan dek terlalu bermain dengan kata-kata.

Lalu saya mendapat jawapan. Kenapa enggan berubah?

Pertama kerana ada ego dan maruah. Kedua, kerana berebut pengaruh. Itu jawapannya.

Datangkanlah berbagai alasan - masyarakat akan berpecah, manusia akan keliru, banyak lagi kemungkaran yang lebih besar – datangkanlah. 

Demikianlah. Saya pun punya ego dan maruah. Saya pun mahu mempengaruhi ramai orang. 

Tetapi pertimbangkanlah ego dan pengaruh dengan apa yang Allah dan Nabi sarankan. Jangan terlalu sibuk mempertahankan maruah dan pengaruh sehingga enggan berubah. Lebih teruk, enggan mempertimbangkan cadangan lain. 

Nilailah dengan apa yang Allah dan Nabi sarankan. Jangan hanya menilai dengan ilmu kita, kerana ilmu yang ada di dada kita, hanya sedikit. 

Pesanan untuk saya, dan kalian. 

Insya Allah, kelak kita bincangkan apakah dengan mendatangkan hujah yang berbagai, lalu masyarakat akan berpecah? Di mana perpecahan itu? Di mana kekeliruan itu? Atau perpecahan dan kekeliruan hanya sekadar alasan untuk malas berbincang? Hanya alasan untuk tidak mahu berubah?


Thursday, 31 May 2012

Birthday Mamamuiz


Mereka berkata tentang cinta
Yang kian hilang ditelan dusta
Kendati pedang sebagai senjata
Masih tiada apa yang ada di mata.

Aku berkata kenapa
Kerana aku masih merasa
Warna kasih sentiasa ada
Di hati, jiwa dan anggota.

Aku ada bonda yang bahagia
Aku ada kekanda yang ceria
Aku ada mereka yang aku cinta.

Tidak hilang sayang kerana wang
Kerana jarak bukan jadi penghalang
Apa-apa pun tidak mampu membuang
Pohon cinta yang kian menjulang
Nun sampai kepada Tuhan.

Untuk bonda,
Redhamu meraih syurga.
Kakak dan abang,
Engkaulah sebenar-benar bintang!

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEET SISTER. Semoga sentiasa bahagia sampai syurga!



Teruskanlah imamku, bidadari ini menunggumu!

Tajuk macam geli je kan.. eww...

Saya hanya mencadangkan supaya :
Ubah content dakwah ustazah kepada hanya berlegar masalah cinta Islamik mahasiswa kpd isu2 dunia, isu2 umat Islam di Palestin, Sunni-Syiah di Syria dan Iran, manhaj yang berbagai2, cara fikir yang benar, politik yang makin tenat, dan banyak lagi masalah umat utk ditekankan.

Atau pun, kalau memang kemampuan ustazah ialah dalam bidang cinta, maka halakan lah dakwah ustazah kpd remaja sekolah menengah, bukan mahasiswa jemaah Islam yg sudah ada fikrah ini. Ini hanya akan me'lembik'kan mereka yg sudah tidak berapa kuat.


Sudahlah yg masuk ke universiti zaman ini kualiti nya kurang. Diharaplah di universiti dapat menambah kualiti dengan menggelumangkan diri dengan dunia ilmiah, tetapi tidak. Kerana ada yang suka melayan ketidakkualitian mahasiswa ini dgn berbagai isu2 yang kelihatannya seperti berilmu tinggi. (napok supo biso do'oh doh tu..) Padahal, ia hanya surface yg tidak menambah apa2 kualiti.

Huh, beberapa kali sudah saya ulang perkara ini? Ada bahagian mana yang tidak faham?

Kalau setuju, katakan ya. Kalau tidak, kemarikan sebab.

Tidak perlu berkata, saya yang menegur meremehkan dakwah ustazah, saya yang menegur tidak memahami ustazah, saya mengharap maksum dari yg tidak maksum la, ada berbagai pendekatan dalam dakwah la, ada mana2 pendekataan ustazah sy kritikkah? Sy kritik content dan sasaran. Bukan pendekatan. Ayat saya berbelitkah?

‘The best will win’? Apakah anda kira saya bersaing dengan anda dalam dakwah? Saya bukan buat duit dengan dakwah! Tiada yg menang, tiada yg kalah.

Jika menang yg anda mahu, ya anda menang lah.

Kerana perjuangan saya bukan meraih menang dengan manusia, tapi menyuruh manusia untuk menang di dunia dan akhirat.

Letih juga berhujah dengan ustazah ni ya. Sangka saya, ustazah yg solehah hanya berlapang dada menerima, tidak ku sangka tahap kereaktifan nya juga boleh meningkat walaupun tanpa apa-apa catalyst sampingan. Bukankah itu bercanggah dgn definisi solehah di Malaysia? kui3...

Teyapi, saya tidak pernah menafi sumbangan ustazah kpd masyarakat. Tidak pernah. Malah saya membeli dan membaca buku ustazah 'Palestin kami datang' yg ditulis bersama Dr Zulkifli al Bakri. Saya tahu ustazah berbakti. Saya tidak pernah nafi.

Tidak mengapalah. Mungkin saya yang salah.

Kita cuba cara lain lah.

Teruskanlah sayangku, cik abang sayang, bidadariku, imam ku, khalifah ku, teruskanlah semua itu..teruskan lah cinta Adam untuk Hawa. Teruskan istikarah cinta mu, teruskanlah mencari makna cinta kita, mencari mahar untuk cinta, kerana itu asas utk cinta Ilahi.

 Untuk mahasiswa, jangan dibaca buku2 berat. Nanti tak ada yang mahu mendekat.

Jangan di ajar berdebat2, nanti perpecahan berlaku pada ummat. Jangan, jangan, Nauzubillah. Kita tak nak berpecah.

Biarlah masalah cinta terus dibincang sehingga selesai dahulu, kerana itu pokok yg menjadi ASAS. Yang lain2 akan lahir setelah perkara pokok selesai.

Macamana nak bincang isu Syiah di Iran dan Syria ukhti, jika masalah cinta pun mahasiswa tak lepas?

Sebab tu la kena bincang dan selesai yang ini dulu, ukhti Cik Su.


"Sindrom ini memang benar, sehingga saya pening melihat banner-banner program di sebuah IPTA, hari itu cerita cinta Adam dan Hawa, hari ini cerita itu lagi.

Kalau mahu hilangkan rindu-rinduan, bukan dengan berdoa kepadanya di dalam sujud, itu namanya menambahkan rindu dan virus zina hati dalam otak. Yang perlu ialah sibukkan diri dengan 1001 benda yang lebih berfaedah.

Akhir kalam saya: Jika belum buat apa-apa persiapan untuk bernikah sama ada daripada segi mental, fizikal, jangan gatal-gatal mencari pasangan." - Mohd Masri Mohd Ramli - lobaitampin.blogspot.com.

 Bak kata saifulislam, TAMPAR MUKA, TANYA IMAN!


Aik? Qaradhawi pun salam pempuan? Eh isu ni x boleh bincang, bincang cinta je ya...nt umat berpecah.

Nak bincang bid'ah pun umat berpecah, nak bincang isu2 lain selain cinta pun umat berpecah..Haih..

Dr Said Ramadhan Al Buthi menulis buku Bahaya Bebas Mazhab sebagai kritikan kepada buku tulisan Sheikh Al Khajandi.Sebab itulah umat berpecah? Oh begitu...
 
Ok, mari kita bercinta setiap hari.


Tuesday, 29 May 2012

untitled III

simple answers. nt org tnya jwb cam ni eh..



hamboi hamboi...






bye!

Tidak Matang

Sangat tidak matang apabila dua pihak menjustifikasikan kebahagian masing masing. Bahawa merekalah terpaling bahagia, orang lain semua tak b...