Thursday, 15 September 2011

Safar pulang..

 
Bila Su nak balik ni? Lama dah Sufi tunggu kat depan pintu ni..

Rindu nak peluk2 Su..nak gi shopping2 dgn Su.

Aisyah pun rindu Su jugak, walaupun Su dah tak larat nak kek-kong Aisyah.
Tunggu Su esok...!

Wednesday, 14 September 2011

Giant @ Bayan Baru



Kali pertama menjejakkan kaki di Giant at Bayan Baru. Membeli barang2 keperluan bilik. Bersama Ika dan K.Bhai. Sambil2 temankan Ika gi Bank Islam untuk baiki kad atm nya yang rosak.. jalan punya la jauh..penat sungguh, dah lama tak jalan jauh, sape suruh 4 bulan duk rumah relax je..kan skarang dah terkejut kaki ku.

malam tadi, ramai kawan2 datang beraya di bilik. sebagai tuan punya bilik yang sangat berhati mulia, saya menidurkan diri time mereka datang beraya. ahahaha..mahmudah kan?

saya tidur waktu Maghrib lagi, diorang datang lepas Isyak,duk borak dengan Ika sakan, walaupun sgt terganggu tidur saya, tapi saya tetap malas bangun. pukul 11.30 baru la diorang blah.

yg lawaknya ada sorang kawan Ika tanya,
"rumet hang sapa Ika?"

"Zahidah."

" Zahidah yg mana? tak kenai pun." kakak Pendidikan Khas tu tanya Ika. hahah..sukanya saya tak dikenali. alhamdulillah..

"Ala, Zahidah yang pakai tudung labuh tu.." Dayah pulak mengexplainkan diriku.
"yang mana?" dia still x kenal.

masa tu saya tengah tidur sambil menutup muka, jadi, kak mariah yang pendidikan khas yang tak kenal saya tu, tak boleh nampak muka saya.
"Zahidah tu orang Kelantan jugak, dia Sains Pendidikan.." Ika cuba lagi menerangkan. still K.Mariah tak kenal.
Nasib baik setakat itu sahaja cubaan mereka untuk mentafsirkan seorang zahidah.
mau saja sy bagi cadangan pd Ika, lainkali klu sesape tak kenal Zahidah,ckp je 'ala Zahidah yg selalu ponteng perjumpaan PBSM tu'.  haa..mesti depa kenai...hihih..

Hahaha..walaupun saya kelihatan seperti tidur, telinga saya tidak tidur. hebat tak?

sekian.

Tuesday, 13 September 2011

Setia pada Muhammad.


Diceritakan apabila diberitahu kepada Nasibah bt Ka’ab al Ansoriyyah tentang suami dan anak2 nya yang terbunuh syahid di medan Uhud, beliau bertanya kembali?

“Rasulullah macamana?”

“Rasulullah selamat”

Lalu beliau berkata,
“jika begitu keadaannya, musibah lain  itu selepas mendengar selamatnya rasuulullah kecik shj..tak apalah mati anak, bapa dan suami pun, asalkan aku mendengar Rasulullah selamat..”

Begitu juga Abu Bakar, apabila dipukul teruk, buka je mata terus tanya, kaifa rasulullah?

Zaid juga ditanya oleh Quraisy yang mahu meyeksanya,  mahu tak jika digantikan dirimu dgn Muhammad?

Kata Zaid “Aku tak suka duduk dgn keluargaku dgn senang, tiba2 aku mendengar Muhammad terkena duri. Apatah untuk aku menggantikannya di tempatku ini,”

Kata Abu Sufyan, aku tak pernah melihat org mencintai org lain seperti mana aku melihat shbt2 Muhammad mencinta Muhammad.

Abu Ubaidah al Jarrah membelah kepala ayahnya dlm peperangan. Org arab sgt sensitif dgn bapa dan keluarga, sbb tu salasilah dia jaga. Tiba2 mereka (shbt nabi) boleh berperang dgn ayahnya hanya kerana ayahnya menentang Rasulullah. 

An yakunallahu wa rasuluhu ahabba ilaihi mimma siwahuma. Mereka merasa manisnya iman.

Kemuncak kepada tauhid dan aqidah ialah al wala’ wal barra’. Setia dan berlepas diri.

Sebab itu sewaktu Amerika menyerang Arab Saudi, Amerika menyuruh pengajian tauhid di universiti2 dihapuskan terutama dalam bab al wala’ wal barra’.


Begitu sahabat mempertahankan nabi. Marilah kita juga kini mempertahankan sunnah. Kita akan bayar berapa pun harganya, berjanjilah..

Imam al Bukhari mati sendiri bersama temannya, kerana dia dihalau dari kampungnya, difitnah sesat. Kini, beliau disanjung dan dikenang. Biarlah apapun kita dikata, yang penting kita setia pada Muhammad.

(pengisian dari onekuliah.blogspot.com)

Monday, 12 September 2011

Just Me and Them.






Oho ho ho.. rindu nya dekat semua2. Rindu2..

If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.  ~Claudia Ghandi


anyway, hari ini dah settle semua pendaftaran dan jadual kuliah. satu slot tutor lagi tak isi.

Paper yang saya ambil sem ini 

-Kalkulus untuk Pelajar Sains
-Kimia Organik II
-Bahasa Inggeris Saintifik & Perubatan
-Zoologi Invertebrata
-Zoologi Vertebrata
-Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Guru


ingat nak tambah 1 lagi paper ;

- Science of Hadeeth by Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

tapi kena pi jumpa dia dulu, sebab kursus luar school. tanya dia bagi tak education student ambik paper dia. heheh..
Patutkah??

Saturday, 10 September 2011

4 bulan sudah.


Dengan nama Allah..

Sunyi sekali pagi ini. Terlalu sunyi. Saya sendiri di rumah. Mungkin begini perasaan Mama apabila sendiri. Sunyi. 

Suasana raya baru-baru ini riuh sekali. Kanak-kanak berkejaran bermain malah bergaduhan juga. Ia memberi jutaan warna untuk dirindui. Yang dewasa pula berhujah berdebat. Memberi pendapat dan berkongsi ilmu. Begitu kemesraan dizahirkan.

Dan, apabila semua yang digauli terpaksa pergi, yang sendiri di sini akan sunyi. Udara bisu di rumah yang menemani. 

Saya seperti  ingin bermimpi, bahawa saya masih lama di sini. Bukan hanya tinggal 2 hari cuti untuk dinikmati. Oh, saya masih mahu bercutiiiiii!!!

Bayangan USM ada dimana-mana. Di bilik, di dapur, di hadapan TV. Saya perlu akui, 4 bulan sudah berlalu-dari Nasih yang masih dalam kandungan, sehingga si comel itu sudah pandai tersenyum sekarang.

Pagi Isnin ini, saya ialah seorang pelajar tahun 3, Sains dengan Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM. 

*saya minta maaf banyak4 pada k.ti sebab terpaksa cancel our plan today, as it differs with our earlier plan. There’s nobody fault..
*rasa sgt sedih sbb nak kena pergi penang dah...:(


Tuesday, 6 September 2011

Emisi Sebuah Cinta


Tanpa kata tanpa senda
Aku mencinta
Tanpa pena tanpa bicara
Aku memuja.

Ah, lelahnya memikul cinta
Sendiri.
Emisinya tidak dipandang
Cahayanya tdak dikenang
Dan, hati ini masih,
Masih juga mencinta

Musim hujan yang datang
Tidak menyiram licin cinta
Kemarau panas yang panjang
Tidak mengering segar puja

Tiada tangan menyapu airmata
Luka hati tiada yang mengubat
Tapi rohmu madu berkuasa
Menyembuh segala mudarat

Jeritan tanpa suara
Tangisan tanpa airmata
Harapan yang takkan nyata
Sesungguhnya,
cinta itu tidak memerlukan apa-apa!



*jika ada yg meminta, itu bukan cinta, jika ada yg mengharap bahagia, itu juga bukan cinta. Jika masih menaruh balas, juga bukan namanya cinta.
*dirimu dan cinta ialah laut dan keasinan.

Sunday, 4 September 2011

Again, I Think..

If I am allowed to hate him, I hate him. Bags of hate for him. He who was introducing my brother to the ‘money’ world. He who was bringing over my brother the trick to collect more and more money. He who was influencing my brother into that way of thinking. He who was stealing my brother's time to collect money for him then defaulting my brother for completing his master.

Otherwise, my brother will be somebody else, that understands current situation and needs. Somebody who helps people clarify all the confusion. Not to add on the ‘dizziness’ more. Somebody who has the upper education level, has the high-ranking credibility instead of just being an ustaz! 

Initially my brother was not acting and thinking like this. My brother had a lively intellectual potential to be curved and lined for the sake of Islam. Unfortunately, my brother meet him..

Oh, if time can be returned, my brother should not work there at the start of his career. 

I better not write much. Or I only create sin. Sorry for emotional tone.

Bye.

stop hating and prejudgement, munibah!

Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...