When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Thursday, 29 November 2012
Dear God
God, i dont want another test, i just want an honest answer,
for once i want to be certain i’m doing the right thing,
God, please dont leave crumbling and doubting,
please pick me again and use me for your reasons.
and most importantly,
plese dont leave me.
one of your millions of servants whose certain that shes wrong and You’re always right. -zaid-
Wednesday, 28 November 2012
Jangan Engkau Halalkan Murka Mu Ke Atas Ku
“Ya ALLAH aku mengadu
kepadaMu, lemahnya kekuatanku, sedikitnya strategi ku, hinanya aku dalam
kalangan manusia. Wahai Tuhan yang Paling Penyayang di antara yang penyayang,
Engkau Tuhan orang-orang yang ditindas, dan Engkau Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau mahu
serahkan diriku ini, kepada orang jauh yang bermasam muka denganku, atau kepada
musuh yang akan memiliki urusanku? Sekiranya Engkau tidak marah kepadaku, maka
apa pun aku tidak peduli.
Sesungguhnya afiat Mu lah yang
paling luas. Aku berlindung dengan wajahmu itu yang menerangi segala kegelapan,
memperelok segala urusan dunia dan akhirat. Jangan lah Engkau turunkan marahMu
padaku, dan jangan juga Engkau halalkan
murkaMu ke atasku, tidak adalah daya dan kekuatan melainkan semuanya dari Mu.”
# apabila terasa lemah dgn segala,
ingatlah Nabi dahulu lebih teruk deraan buatnya.
Sunday, 25 November 2012
Muqallidin
Saya malas lah nak cakap apa-apa.
Letih.
Susah bercakap dengan orang yang dilatih jadi muqallidin ni. Tahu ikut dan buat je apa orang suruh. Wala' tak bertempat. Akal ada tak nak guna.
Patut la tamrin dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bukan nak fikir idea baru ikut keperluan dan tujuan.
Orang tak selera nak join jemaah dia, kata tak nak bagi sumbangan pulak.
Kalau dari awal-awal tahu pemikiran dia macam tu, tak da la nak buang masa kongsi pendapat dengan dia tentang semua isu.
Konon serba tahu, semua tahu. Balik baca novel cinta islamik la baik, cik.
Mari berhenti berfikir, ikut sahaja arahan ketua. Buat kerja banyak, jangan bercakap dan jangan berfikir.
"Seakan-akan Islam mengharamkan wujud lebih dari satu jamaah. Ini semua fikiran tanpa dalil aqli dan naqli. Jika kepelbagaian mazhab fekah yang menyebabkan berbeza cara ibadah boleh diiktiraf, apakah perbezaan pendekatan mengenai urusan dakwah hendak diharamkan?!!Akal yang luas lagi faham mencegah kita dari berfikir demikian." -drmaza-
#currently admiring Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor. Kalau semua orang PAS berfikiran macam dia, sekarang juga saya sokong PAS.
#kau pun satu, nak berbincang apa2, pilih la orang.

Thursday, 22 November 2012
Musim Yang Tidak Kekal
Saya -kalian juga
barangkali- selalu bermusim pada mengingati Gaza.
Sekali Zionis mengganas, sekali mata terbuka luas.
Apabila mereka diam mengatur strategi, kita nyenyak diteman
mimpi. Kita tidak pernah merancang secara rapi untuk masa depan Palestin.
“Kita berhutang dengan Palestin. Kita bukan memberi derma
atau sedekah kepada mereka, tapi kita membayar hutang kita pada mereka. Kerana
kita membiarkan mereka menjaga Al Aqsa tanpa kita di sana, sedangkan tanah suci
itu, tanggungjawab kita bersama.” – Dr Hafidzi Md Noor.
*ada kawan tanya, what makes it okay to publicly share gory
pictures of guts spilling smashed head Palestinian children killed by the
Israelis?
![]() |
Doa untuk Palestin. |
Friday, 9 November 2012
Ini Fikir Si Kerdil
Ada perkara betul, benarkanlah.
Apa yang lencong, betulkanlah.
Untuk menjadikan keadilan tegak, barangkali susah. Usaha mencari keadilan, juga mungkin payah. Serabut hitam dan putih menjadi kelabu di pandangan, sukar dibezakan.
Apa yang mudah, takluk lah jantung hati sendiri agar berada di wilayah keadilan. Suapkan darah dan daging di tubuh sendiri dengan keadilan. Minda sendiri, suburkan dengan aliran keadilan.
Ketikamana keadilan itu hilang, ciptakan kembali dengan kedua tangan. Buang peruntukan untuk makian dan cacian terhadap kezaliman. Bahkan, bukakan langkah penyelesaian.
Ini fikir sang budak, tentang pemimpin negaranya. Masih dalam fasa penilaian. Akan ada jawapan, setelah ada penjelasan.
We need reasons.

siapa yg lebih mantap penjelasan, dia akan menang. bukan siapa yg paling banyak pemberian, bukan juga yg paling banyak pakai jenama islam. kerana islam bukan pentingkan branding. |
We need reasons.
Thursday, 8 November 2012
Masa dan Manusia
Tertusuk pedang adalah tidak lebih sakit dari yang ini.
Ini sakit luar biasa yang mengundang derita sampai ke
hujung.
Sakit ini hanya timbul apabila berdepan dengan manusia.
Apabila sendiri, ia tak akan hadir.
Sakit hati. Sebab manusia tak tepati masa!
Masa bukan satu juzuk dari kehidupan. Tapi keseluruhan hidup
itu adalah masa. Masa untuk kita tamat, maka tamatlah nyawa juga.
Untuk manusia yang benar-benar manusia, tepati lah masa.
Melainkan kepada manusia yang hakikatnya tidak berapa manusia.
Sungguh saya ANTI makhluk yang tak tepati janji. Jubah
berlapik tiga atau tudung selabuh mana pun, bagi saya tetap munafiq.
Mood saya akan spoil kalau ada manusia yang
berdusta tentang masa dengan saya. Lebih baik saya disakiti cara lain dari saya
membuang masa menunggu mereka.
Mujur ada hadis yang boleh menenangkan gelegak.
‘Seorang Mukmin yang bercampur dengan masyarakat dan sabar
atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masayarakatnya, adalah lebih
besar ganjarannya dpd mukmin yang tidak bergaul dan tidak sabar dgn kepedihan
dan kepayahan dan kejahatan masyarakatnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ahmad)
Opss..tapi adakah saya sabar?
And, its not gonna wait for you..
Subscribe to:
Posts (Atom)
HARI RAYA 1446
Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....
-
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing. Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah ...
-
Seksualiti merdeka..ke mana hala tuju negara kita? Kepada kehancuran, atau kesejahteraan? Read this scary page.. Seberani itu mereka ber...
-
Usia 19-23 tahun saya di USM 4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi say...