Thursday 11 August 2011

Agar Poligami Digemari.


Ramainya yang sensitif mengenai poligami. Mengapa ya? Entah, saya belum bersuami.
 Apa pun, tak salah untuk me’muntah’ pendapat.

Pertama, ramai yg berfalsafah, ‘saya mahu menjadi seperi Fathimah dan Khadijah, tidak pernah mereka dimadukan’. Kenapa? Apakah menjadi Fathimah dan Khadijah itu lain kemuliaan berbanding Aisyah, isteri2 nabi yang lain, juga Hajar dan Sarah? Kalau pandai berkata pada lelaki ‘nak ikut sunnah nabi tang poligami je, tang lain x mau ikut..’ maka begitu juga lah kpd perempuan yg berhasrat menjadi Fathimah dan Khadijah hanya untuk amalan monogami, amalan2 lain mahu jadi seperti siapa? Ning Baizura? Celine Dion? Atau Rosmah?

Kedua, 
Anda sedang menaiki sebuah kereta bersama suami anda. Ada 3 seat kosong di belakang. Sepanjang perjalanan yg jauh, anda bertemu ramai perempuan2 yg berjalan kaki di jalanraya. Mereka tiada kereta, juga tiada pemandu. Mereka terdedah kepada bahaya kiri dan kanan, depan dan belakang, kerana mereka sendirian. 

Di jalanraya yg penuh dengan kereta dan kemudharatan2 lain, adakah anda akan menumpangkan perempuan2 itu bersama2 anda? Adakah anda akan menumpangkan mereka, atau anda terus hanya melihat, melambai dan tersenyum lalu meneruskan perjalanan berdua?

Analoginya mudah,
Kereta, pernikahan.
Pemandu, suami.
Penumpang, isteri.
Jalan raya, kehidupan.

anda hanya mungkin tidak akan menumpangkan saudara2 perempuan anda jika 

1. Destinasi anda berbeza dengan mereka.
Matlamat kehidupan anda dan perempuan2 itu sama sekali berbeza. Anda mungkin mahu ke syurga, dan tidak mereka. Anda mungkin menuju kepada Tuhan, dan mereka mungkin berbeza. Lalu anda sama sekali tidak boleh menumpangkan mereka.

2. Suami anda seorang pemandu yg tak ada lesen, tak pandai memandu.
Kehidupan anda bersama suami sangat menyeksakan, kerana suami merupakan lelaki yang tidak pandai memimpin, tidak berilmu, berpenyakit atau lain2 perangai yg memudharatkan org lain. Anda lebih baik menasihatkan suami anda untuk tidak bernikah dengan orang lain sehingga dia betul2 mampu memandu kehidupan.

3. Kereta anda buruk, kalau mereka naik sama, mungkin runtuh atau tak boleh jalan.
Pernikahan anda sendiri belum bahagia. Tidak terurus ekonomi, tidak stabil emosi, atau masih berbalah setiap hari. Masakan mahu berkongsi dengan orang lain kehidupan begini, kan?

4. Suami anda tak mau tumpangkan mereka.
Suami anda memang tidak ada niat untuk berpoligami. Not interested at all.



Baru2 ni, dalam akhbar ada mencatatkan statistik lelaki yg belum berkahwin di Malaysia adalah lebih ramai dari wanita yg belum berkahwin. Jadi, tak perlu la berkongsi2 kan?

Lelaki yang belum berkahwin itu adalah keseluruhan lelaki2 di Malaysia yang menghuni pusat serenti, yg mendiami penjara, yg menggeluti dadah, yg bergelandangan di tepi2 jalan, yg sakit mental, dan paling sedikit yang menuntut di universiti2.

Jadi, adakah perempuan2 yg berkelulusan, beragama, dan beriman mahu ‘berpemandukan’ lelaki2 yg tak ada matlamat hidup pun? Dari menaiki kereta bersama pemandu yg mabuk, lebih baik berjalan kaki sendiri kan? Dan bertambah lebih baik jika ada yang sudi menumpangkan. =)

Lelaki bujang yang belum berkahwin dan yg berkualiti amat sedikit jumlahnya. Mereka ini sangat berharga di mata perempuan yang mahu berkahwin. Mereka menjadi rebutan, yang disana mahu, yang disini nak, yang disitu gila kan dia, mereka bebas memilih mahu yang mana. Lumrahnya, mereka akan memilih yang paling cantik (kerana hanya cantik dapat diukur, iman dan taqwa Tuhan sahaja ada nialaiannya). Lalu, bagaimana perempuan yg kurang cantiknya? 

‘ada la tu jodohnya, jgn risau, jodoh di tgn Tuhan.’

Semua perkara di tangan Tuhan, sayang. Tidak ada pun perkara di tangan mak sedara kita. Fikir2kan..

*geram eh tengok isteri2 yg duk puji2 suami kt fb, blog, yg duk crita2 yg suami depa baik, tp x bagi suami kahwin lebih. Kalau pmpuan biasa2 buat camtu xpa, ni pmpuan2 alim2, pun xpaham2 ka? Ngeee..

*anda berhak untuk tidak bersetuju 100% dgn tulisan ini. Kerana ini hnya ngomelan dari sy tanpa merujuk mana2 dalil dan nas. Apatah lagi sy hanya budak2 yg blum mumayyiz..Hihih..

3 comments:

  1. Salam dik..
    Akak tidak menentang poligami tetapi akak tidak pernah menggalakkan. Akak tidak menghalang suami akak berpoligami tetapi akak tidak pernah menyuruh.

    Apa yang adik tulis ada benarnya, tetapi ada juga yang akak rasa sedikit tidak setuju. Susah menghurai perkara sebegini kerana contoh2 di sekeliling kita tentang poligami yang indah, sangat sedikit adanya.

    Apa pun, jika ada pilihan elakkanlah poligami. Kasihan lelaki itu, kerana berlaku adil sangat payah. Jangan membebaninya.

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. Salam akak..
    ya benar,apa yg akak tulis tidak ada salahnya. kerana,tiap hati punya rasa sendiri,tiap akal punya fikir yg sendiri, saya menghargai dan menghormati.

    Islam pun bukan menggalakkan poligami,tetapi menghidangkan 1 solusi.

    Lelaki perlu dikasihani. Wanita yg belum berkawhin tidak perlu dikasihani.hehehe..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...