Sunday 7 August 2011

Khabar Dari Abang

Khabar Dari Abang
Katanya mahu jadi pejuang
Tidak lagi boleh pulang
Hanya kini perlukan wang
Tunai mahupun hutang

Bersimpuh emak merintih
Kepada Tuhan dicerita pedih
Tiada upaya lagi memerah keringat
Pada usia tua menjelang tamat
Emak seharusnya sudah habis berkhidmat

Namun, khabar dari abang
Emak redha walau bukan senang
Meminta wang dari orang
Bagai memikul malu selautan
Demi perjuangan abang
Emak rela kan.

Khabar dari abang
Dia berjuang untuk tanah air
Bumi watan harusnya kembali dimiliki
Jangan biar ia ditelan sang pendengki

Tetapi,
Emak disini siapa mahu peduli?
Yang setiap hari membilang helaian baki
Agar cukup untuknya membahagi
Buat si adik kecil yang masih mengaji
Juga buat si abang pejuang yang belum mampu berbakti!

*emak itu tetaplah selamanya emak. Untuk Harun dan ibunya, semoga dibukakan jalan sudahnya. Mama bercerita bila pulangnya dari Thailand baru2 ini.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...