Baru membaca post Dr Zaharuddin tentang aurat wanita.
Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara
& punggungnya (krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan
di khalayak dengan kemaluannya sedang terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu?
namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata
kepada yg melihat, "cantik & besar atau tidak payu daraku,
punggungku?" di khalayak awam.
Bagi lelaki, sangat senang untuk berkata demikian. Malah,
perkataan apa pun senang sekali untuk diucapkan terhadap aurat wanita.
Jika saya seorang yang tidak menutup aurat dan menonjol-nonjolkan
badan, saya tidak akan berubah dengan membaca status demikian. Tambahan, perkara
itu datang dari mulut lelaki, yang tidak pernah merasai cabaran menutup aurat.
Cabaran untuk mujahadah nafsu melihat baju dengan fesyen terkini
yang semakin hari semakin canggih, apakah ustaz pernah merasa bagaimana nafsu
seorang wanita untuk berfesyen? Lelaki yang tidak punya keinginan sedemikian
begitu senang melemparkan hukum, haram! Kemudian tinggalkan perempuan ini
dengan hukuman haram tanpa sebarang jalan di depan. Islam itu penyelesaian,
bukan hukuman.
Cabaran berdepan dengan masyarakat yang majoritinya tidak menutup
aurat, malah ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat. Menjadi ‘orang asing’
dan pelik dalam keluarga sendiri bukan senang. Malah saya sangat ‘annoy’ apabila
banyaknya ‘songeh’ dalam menentukan halal nya satu tudung. Tidak boleh
menyerupai semua rahib-rahib Yahudi dan segala bagai. Padahal, tudung biasa
yang kita pakai ini pun, ada sahaja pendeta agama lain yang memakainya. Jadi?
Kenapa ya kita suka sangat nampakkan agama kita payah? Memang agama
ni payah ke?
Sangat kurang nasihat tentang bersabar dalam menutup aurat. Cukuplah
perli, cukuplah menjadikan wanita bahan lawak dalam ceramah. Saya benci.
Apakah ustaz fikir, semua yang payu daranya tertonjol itu memang
diniatkan untuk dilihat dan ditonjol-tonjol? Mereka mungkin tidak tahu. Mereka mungkin
tidak didedahkan.
Apabila melihat mereka yang tidak menutup aurat, kenapa kita tidak
berfikir, kelak nanti apa akan aku jawab di hadapan Tuhan kerana tidak
menyampaikan kepada mereka?
Jika kita hanya mampu mengubah kemungkaran dengan hati melalui
benci, bencilah. Jangan bersangka buruk. Malah menyebarkan lagi sangkaan buruk
kita itu.
Tetapi, siapalah saya di mata seorang doktor agama. Mungkin ada
kaedah dakwah begini dalam mana-mana kitab. Entah.
Sudah beberapa kali saya kurang selesa dengan ulasan Dr Zaharuddin
mengenai aurat wanita. Tetapi saya tetap kagumi beliau dalam memberi ilmu pada
masyarakat.
![]() |
| bila ust nasihat aurat macam tu kat perempuan, sy pun rasa nak buat mcm ni kat lelaki yg x jaga pandangan. |





