Friday, 25 May 2012

Ayat 30


Carian di Google menunjukkan ;

Keyword : Untukmu Muslimah - About 1,010,000 results (0.33 seconds)
Keyword : Untukmu Muslimin - About 610,000 results (0.43 seconds), inipun tidak ada yang tepat frasanya berbanding ‘untukmu muslimah’ yang berjela-jela banyaknya.




Nampaknya suka benar memberi nasihat kepada Muslimah. Dan sukar pula untuk mencari nasihat kepada Muslimin.

Jika dahulu saya antara yang gemar tergelak apabila mendengar ceramah agama yang ‘memperlekeh’ wanita yang tidak menutup aurat. 

Saya menjadi manusia yang berubah kini. Tidak lagi selesa saya mendengar mereka yang berkata leceh dan menjadikan wanita sebagai bahan lawak.

Feminis atau apa, tetapi bukankah Islam SANGAT membela wanita? Mengapa hari ini Islam boleh dituduh sebegitu menghina wanita? Maaf kalau telahan saya salah, tetapi saya rasa satu faktornya ialah persembahan Islam oleh orang agama (orang agama lagi salah, saya memang suka menyalahkan mereka, kan? Nanti dulu, baca sampai habis.)


Ops, saya bukan ahli SIS. Baca contentnya, analisis isi. Bukan analisis siapa yang menulis. Yang itu nombor dua nombor tiga. 

Meletakkan semua kesalahan, tanggungjawab dan beban kepada PEREMPUAN adalah faktor wanita yang berfikiran kritikal bangun mengamuk! Seperti SIS mengamuk.

Berlainan ‘wanita solehah’ yang hanya diam tunduk dan angguk menerima segala lontaran nasihat, bahkan kadang-kadang ‘lemparan’ arahan dari ustaz. Diikuti gelak tawa hadirin. 

Seolah olah, ‘hahahaha...padan muka kena tutup aurat!! Kalau tak tutup aurat nanti kena rogol...hahah padan muka..!’

“Tu la, tak tutup aurat, kan dah kena rogol, padan muka!’

Bila dikemuka fakta, perempuan yang pakai tudung pun kena rogol, nenek tua, budak kecik pun, apa cerita?

“Yang tu sebab dia tengok perempuan lain yang seksi, tapi tak ada peluang, bila dah ada peluang tak kisah la siapa pun.”

Salah perempuan juga! 

Ya benar, perempuan yang tidak menutup aurat itu berdosa. 

Jika dirujuk dalam surah al-Nur, Allah mendahulukan kepada kaum lelaki untuk menundukkan pandangan (ayat 30), barulah diikuti dengan kaum wanita untuk menutup aurat (ayat 31). 

Tetapi memandangkan ramai penyebar agama di negara ini adalah lelaki, lalu mereka hanya menekankan ayat 31 dan meninggalkan kepentingan dan keutamaan ayat 30.

Dan, ustazah di negara ini pula, ‘solehah’. Tidak ada siapa pun yang bangun menuntut supaya jangan diletak kesalahan semata pada perempuan, tetapi pada lelaki lebih utama! 

Dan, masyarakat pun tidak tahulah akan wujudnya ayat 30 itu. Tertubuhlah SIS (yg bukan ustazah) yang menuntut hak wanita dalam Islam kerana mereka tidak didedahkan dengan hak, tetapi disumbat pengetahuan tentang peranan wanita yang berjujut sebagai isteri, ibu, serta semua kesalahan dan dosa disandarkan kepada wanita sebagai puncanya. Mereka bangun berteriak menuntut hak.

Dan orang pun melihat SIS menghina Islam, mencabar hukum Tuhan. Mereka perlu diharamkan.

Saya tidak banyak tahu tentang SIS. Bukan tentang mereka pun yang mahu saya utarakan. Tetapi tentang kita, kita yang kononnya faham dan sebar Islam ini.

Cukup-cukup lah kita menomborduakan wanita. Slogan ‘Islam tidak mendiskriminasikan wanita’ dilaung-laung, namun diikuti menyuruh wanita itu dan ini, tanpa diseimbangkan dengan peranan lelaki hanya menampakkan ke’senget’an kita.

Islam agama yang adil. Sebarkan keadilan itu. 

Bahkan Islam sangat mengambil berat tentang wanita. Sebarkan ayat-ayat tentang itu. 


Fantastic Four - preachers-to-be! Spreading the beauty of Islam.


Pelik. Di saat agama Islam dituduh sebagai agama yang menindas wanita, penyebar-penyebar agama ini semakin galak dan meriah menyebar tentang peranan wanita, apa yang mereka perlu buat dan beri kepada lelaki. Semakin cenderung memilih pendapat yang lebih ketat kepada wanita. Apakah ini?

Sepatutnya, pada ketika Islam dituduh agama yang menghina wanita, datangkanlah ayat-ayat yang memuji wanita, menggembirakan wanita, tentang hak wanita, keistimewaan wanita dalam Islam. Itu sepatutnya yang tersebar!

Malangnya, yang banyak disampaikan ialah ancaman kepada wanita, kalau ada keistimewaan pun mesti bersyarat. Contohnya, ‘wanita akan dapat pahala seperti pahala berjihad apabila menghidangkan air kepada suami.’ Ada juga yang kena buatnya. Tak apa lah, kalau pun itu hadis sahih (saya tak tahu) tapi pandai-pandai lah guna dalam strategi dakwah. 

Untukmu muslimin, (dah banyak sangat untukmu muslimah kan, ambik ni ha!) baca wasiat dari nabi ini untukmu.

“Wahai manusia! Takutlah kepada Allah dalam perkara MEMBABITKAN PEREMPUAN. Sesungguhnya kamu mengambil mereka demi mendapat perlindungan Allah dan menjadikan mereka halal dengan kalimah Allah. Adalah WAJIB memuliakan hak mereka sebagai isteri...”

(sebahagian ucapan Baginda SAW di Haji Perpisahan sebagaimana dipetik dari kitab Cahaya Abadi (Ar Rahiqul-Makhtum) oleh Safiurrahman Mubarakfuri.)

Untukmu Muslimin, teruskan menasihati wanita supaya menutup aurat, JUGA mulakanlah menyebarkan wajibnya menundukkan pandangan. Kerana sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu!

-‘Enti nak buat tajuk apa pembentangan kelas tafaquh minggu depan?’ YDP persatuan Islam bertanya.
-‘Saya ingat nak buat tentang tajuk supaya lelaki tundukkan pandangan.’
-‘Oh, tundukkan pandangan tu, ada dalil ke?’ 

Gulp! Sedih nya saya. Dia YDP, aktif dalam gerakan Islam di kampus, johan musabaqah, tapi...

Emm, apapun, cara tanya 'ada dalil ke?' itu saya suka.


;)

kali ini saya menulis terlebih panjang. yay!

Tuesday, 22 May 2012

Kenapa Saya Mencari Ilmu?


Entri ini ditulis setelah saya pulang dari kedai fotostat, menghantar dua buku yang saya pinjam di perpustakaan untuk disalin semula, agar boleh saya bawa pulang dan menelaahnya pada cuti semester nanti.
Tetapi kenapa? Untuk apa saya lakukan semua itu? Jika untuk cemerlang dalam ujian, buku-buku itu bukan termasuk dalam sukatan pelajaran saya. Risalah Taqlid oleh Ibn Qayyim, dan Sharh Aqidah Washathiyyah oleh Ibn Taimiyyah bukan antara mata pelajaran wajib saya untuk bergraduasi. Lalu kenapa?

Saya berkira-kira sendiri. Mencari sebab. Mencari jawapan pada persoalan. Saya teringat kepada satu hadis yang saya baca dalam buku Himpunan Hadis Sahih di rumah semasa menuntut di Maahad dahulu. Hadis itu saya tulis di belakang buku latihan Tafsir saya. 

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

Mungkinkah saya lakukan semua ini untuk berdebat-debat? Untuk membuktikan mereka yang saya tidak setujui itu salah? Ancaman neraka itu terlalu azab untuk saya memberikan jawapan ya.

Saya sering mendengar ‘belajar kerana Allah’. Namun dari Maahad hingga kini, saya masih keliru tentang apa sebenarnya maksud ‘belajar kerana Allah’. Ia terlalu general. Saya tidak faham dari dahulu sampai sekarang. Tidak mungkin saya memberi jawapan yang saya sendiri tidak faham kepada hati saya yang bertanya. Hati orang lain boleh ditipu, hati sediri mustahil untuk didusta.

Justeru, apa jawapannya?
Wahai Tuhan, kenapa? Kenapa aku lakukan semua ini?

Setelah mengorek ngorek jauh di dasar hati, akhirnya saya bertemu jawapannya.
Pada saat manusia keliru antara hitam dan putih, saya tidak mahu menjadi antara mereka. Biar mereka berkata yang hitam itu putih, atau putih itu hakikatnya hitam, saya tetap akan berjalan mencari kebenaran. Ya, itu jawapannya, mencari kebenaran.

Sama ada kelabu itu salah mahupun benar, biar saya teroka sendiri hakikatnya. Saya sudah letih mendengar sana sini berbicara. Jika bicara suci mengundang faham dan ikhlas, saya gemari. Tetapi jika bicara keji yang menghukum insan sebelum Tuhan menghukum, atau ‘lebih Tuhan dari Tuhan’, maka saya benci. Tidak kira pihak mana.

Kadang saya simpati melihat manusia yang megikut tanpa tahu asal usul dan hujung pangkal. Lalu melabel dan menyebar-nyebar. Sekali lagi, tidak kira pihak mana.

Justeru, mari kita mencari kebenaran. Kalau dahulu saya gemar membaca tulisan ustaz dan ustazah, saya cuba bertukar kepada sumber lain, tulisan ulama sendiri yang diterjemah. Semoga suatu hari nanti, saya bisa membaca sumber primer, yang tidak diterjemah. Buat masa ini jauh lagi dari kemampuan. Bertatih lah dahulu, sebelum berlari laju!

Adab-adabMenuntu Ilmu Agama, link ini sangat informatif.



Monday, 14 May 2012

Kasih untuk Nasih


Menghampiri hari ulangtahun pertama buat permataku, Nasih.

Tiada apa yang Su upaya nukilkan di sini, kerana harapan di jiwa lebih besar dari hanya apa yang termuat di maya ini.

Tahukah Nasih, pada setiap lincah gerak, pada keletah dan gelak ria, ada harapan yang melatari hati yang memandang.

Untukku lihat nanti, seorang insan mendewasa dengan iman, di tangannya ada benih damai untuk ditabur di setiap lantai.

Dia ikhlas menyampaikan, seperti nama yang diberikan. 

Justeru damailah dunia, murnilah bumi, berkasih sayanglah insan. Kerana Nasih yang menyampaikan.

I never want this to go unsaid,
So here I write, you are always in my heart!

comel sangat
hahah..sape suruh comel sgt..kan dah kena.

Sunday, 13 May 2012

Remember...



5 years ago, I was wrong when I tend to blame others not to take care of mom. 17 was an age of crisis I think. I was in 5 Science 1, which people surrounding me were so brilliant,genius and highly excellent in all doings. Yet for me, it was a greatly difficult to socialize with them. I suffered inferiority, low self esteem and felt - I was the worst. And the feeling brought me to a circumstance of tension and stress. 

Back to home, looking mom was alone, everyday. And as a human, especially teens, the blame was always not to self, I chose to point fault to others. 

I keep blaming others. Until now, I know how the situation was. To believe mom has 8 children, why only 3 or 4 has to responsible for her?

I might be having a little change of heart..

Selamat Hari Ibu buat ma. 

Khilafnya hukum sambutan hari ibu, haram atau tidak, masing2 ada huraiannya. Namun, tidak pernah ada khilaf tentang wajibnya berbakti pada ibu, wajibnya berkhidmat dan menjaga kebajikan ibu. Syiah atau Ahbash, Wahabi atau ASWJ, hatta Islam atau kafir, semua mengaku, kedudukan ibu perlu dimulia tinggi. Bahkan, WAJIB diberi khidmat bakti.

Jangan biar ibu hanya berbangga punyai anak seperti kita, tapi biar ibu merasa tangan kita menghulur bakti pada ibu. Jangan nanti, mulut ibu menyebut mulia anak-anaknya, di sana sini, setiap masa, pada semua manusia ibu bercerita, tetapi pada hari ibu memerlukan, dari anak orang lain juga yang ibu meminta pertolongan.

Remember when we knew nothing, but the face and voice of our mother. Remember how 'undefined feeling' we felt when mother was not around. Remember the hand dressing us, helping us holding a pencil, mouth-fulling us with foods. Remember the voices calling us. Remember, remember...remember all those things before we left her alone. Before we decide to make do'a for her, only.

I hope we do remember. Before she goes...and never return. Or before our heart stop beating , and being asked, 'what did you do to your mother?'



Agar Allah Mengampunkan...



Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Akan datang kepada kalian seorang yang bernama Uwais bin ‘Amir bersama rombongan dari Yaman, Murad dan Qiran. Dia terkena penyakit kulit dan sembuh kecuali tinggal di satu tempat sebesar sekeping dirham. Dia mempunyai seorang ibu dan sangat BERBAKTI kepada ibunya. Jika dia bersumpah atas nama Allah, tentu Allah akan mengabulkan untuknya..” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hadis Sahih Muslim, lelaki dari Yaman yang soleh, yang mustajab doa nya, yang berbakti kepada ibunya.

“Adakah dari kalangan kamu ada Uwais?”  berkali-kali sahabat bertanya.

Setiap kali rombongan Yaman datang, sahabat memburu dan mencari insan bernama Uwais. Lama mereka mencari. Sehingga lah pada zaman pemerintahan Umar, barulah Uwais mereka temui.

Rupanya Uwais hanya kuli biasa, seorang penjaga kuda.

Umar mendekati Uwais, dan bercerita tentang Nabi pernah menyebut tentangnya. Mustajab doanya. Umar meminta Uwais mendoakan untuknya. Apa yg Umar minta dia doakan?

Umar, Nabi sudah pun menjamin dia dengan syurga. Bersama Nabi dalam perjuangan. Menangis dalam solatnya. Pun berusaha lama mencari Uwais, bersungguh-sungguh mencari Uwais yang dikatakan Nabi mustajab doanya. Untuk dia minta Uwais mendoakan sesuatu untuknya.

Apa yang Umar mahu minta Uwais doakan sehingga bersungguh-sungguh benar dia mencari Uwais? 

Supaya umurnya panjang? Supaya keluarganya bahagia? Supaya hidupnya senang? Supaya jalan juangnya mudah? Supaya dirinya sihat?

Bukan. Bukan itu semua.

“Berdoalah agar Allah ampunkan dosa ku.” hanya itu permintaan Umar untuk dimustajabkan.

Hebatnya sahabat memburu keampunan Allah.

Kalau kita diberi peluang 5 minit berdoa untuk dimustajabkan, mungkin kita terlupa pun untuk memohon ampun. Yang ada dalam senarai panjang permintaan, mungkin kepentingan keduniaan. 

Thursday, 10 May 2012

Jika Mahu Tahu II


Mengikut nasihat Dr Zaharuddin dalam ceramahnya Teknik Penulisan Blog (wpun sy selalu ngantuk bca blog dia,hehhe), beliau tidak menggalakkan menyambung penulisan dengan tajuk yang sama kepada bahagian 2 atau 3 kerana perkara ini akan menyebabkan pembaca keliru dan jemu.

Tapi saya tetap mahu buat juga. Sebab pembaca blog saya ialah saya sendiri. Kahkahkah..

Jika mahu tahu, saya beberapa kali telah bersua muka dengan Tok Guru. Di Maahad telah berapa kali beliau kunjungi. Manakala yang paling saya ingat sewaktu beliau datang merasmikan penutup program Akademi Sastera Siber 2 pada tahun 2007. Masa tu meja makan saya paling hampir dengan meja makan VIP yang beliau duduk. Saya tengok beliau sangat lemah dan letih masa tu, tapi tahan je. Waktu itu sudah larut malam.

Dan jika mahu tahu juga, saya beberapa kali tidak hadir ke jemputan penyampaian hadiah pelajar cemerlang di PUTIK yang disampaikan oleh beliau. Waktu UKSA dan PMRU, saya memang tak dijemput sebab tak dapat anugerah pun. Waktu PMR dan SMU, saya dijemput ke PUTIK utk terima anugerah pelajar cemerlang, tetapi saya tidak hadir sebab tak ada ibubapa/penjaga mahu temankan seperti orang lain merai kejayaan. Waktu SPM pun sama saya tak pergi juga. (Anugerah SPM saya tak pergi sebab saya sudah di matrikulasi, saya wakilkan orang lain utk ambil duit). Mungkin masa tu hanya melayan emosi yang sedih, jadi saya lepaskan peluang itu dengan begitu saja. Sangat tak matang, kan? Ramai kawan-kawan pelik dengan sikap saya. Saya kata saya zuhud, tak suka naik-naik pentas ni (takrifan zuhud yang salah sama sekali!). Lagipun kejayaan itu kan perjalanan, bukan destinasi yang perlu dirai sebegitu rupa.Hakhakhak..

Macam tu lah. Sekarang ni pemikiran banyak dah berubah. Saya tak kisah pun tak jumpa orang yang saya minat, asalkan dia sentiasa sihat dan dipayungi rahmah Allah. Amin..

Walaupun dituduh bapa kafir, apa nak pelik, Nabi dulu pun orang kata gila. Tak lama dulu pun ada orang kata kat orang lain 'bapak syaitan', Wahabi. Emm, kat Malaysia tanah air ku ni memang meriah dgn gelar menggelar. Biasa la..yang sebelah hijau pun bukan tak pernah bagi gelaran kat orang kan?? kan?

Short Notes on Kirim Pahala Baca Quran



Mengirim pahala baca Quran kepada si mati, sampai ke? Ada kata boleh, ada kata tak boleh.

Ok, jom kita review pendapat ulama secara ringkas utk kita faham. Sekejap je, simple je.

1)      Imam Syafie kata, tak sampai. Kenapa? Sebab guna dalil ini.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (٣٨) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Terjemahan: Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya. (Surah an-Najm, 53: 38-39)

Sebab kedua, Nabi dan sahabat tak pernah buat. So, Lau kana khoiran, lasabaquna. Kalau benda tu baik, mesti mereka dahulu mendahului kita dalam berbuat kebaikan.

2)      Ibn Solah kata sampai. Ada juga sebahagian menyandarkan pendapat ini kepada Imam Abu Hanifah. Pahala yg dikirim sampai.

Contoh, baca al fatihah, kemudian doa, ‘ya allah jika ada pahala atas bacaan ini, maka sampaikanlah kpd si mati.’

Jadi, kalau Allah makbulkan doa itu, maka sampailah. Semuanya atas asas kemustajaban doa. Sebab doa ni, kalau Allah nak makbul, semua boleh jadi.

Tapi, mereka yg berpendapat sampai pahala ini, meletakkan syarat iaitu hendaklah tidak diberi upah. Sebab orang yang baca Quran sebab nak upah, memang tak dapat pahala, macamana nak sampai pahala tu pada si mati?

Dalam hadis riwayat Abu Dawud, Nabi kata :

‘Bacalah quran dan mintalah dgn Allah sebelum datang satu zaman puak yg baca quran tapi minta dgn manusia.’

Sedikit tentang apa nak buat bila ziarah kubur. Saidatina Aisyah dah siap tanya Nabi nak buat apa, dan Nabi pun dah jawab siap. Amalkan!

Katanya (`Aisyah), aku berkata, bagaimana aku hendak berkata kepada mereka wahai Rasulullah ! Jawab Baginda : Katalah “Kesejahteraan ke atas ahli perkampungan (ahli kubur) dari kalangan orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan. Allah memberi rahmat dari kalangan kita yang terdahulu dan dan yang kemudian, Insya Allah kita akan menyusuli kamu.” (Sahīh Muslim)

jadi, anda bebas nak pegang pendapat yg mana, asalkan tahu dalil..xpayah gaduh2..(xdak sape gaduh pun?) selamat beramal..


jumpa lagi di Short Notes akan datang,..

Tidak Matang

Sangat tidak matang apabila dua pihak menjustifikasikan kebahagian masing masing. Bahawa merekalah terpaling bahagia, orang lain semua tak b...