Tuesday 28 October 2014

Saya Sayang Ustaz



Saya membaca perbincangan di Whatsapp itu. Pernah tak kalian rasa, apabila kita ada sesuatu untuk dikata, mesti jadi berdebar-debar. 

Tambah pula kita memang dah lama nak bersuara. 

Macam dalam kelas, kalau pensyarah tanya soalan, dan kita ada jawapan untuk itu, mesti jadi berdebar-debar nak bersuara. Tapi, debar-debar je lah, kadang angkat tangan jawab, kadang diam juga.

Macam dalam perbincangan dalam Whatsapp ni. Baca je, terus berdebar kencang.

Nak je bagitahu banyak benda. Tapi, memandangkan dekat facebook dah kena marah, malas pula nak campur. Ahakssss..

Akhirnya, tulis je lah ‘banyak benda’ tu, letak kat sini. Tak ada siapa nak marah, kan?

Saya nak tanya seikhlas hati ni.

Sebenarnya tak boleh ke para asatizah terangkan kepada saya dan orang ramai tentang kepelbagaian hukum dalam Islam. Tentang hukum2 dalam mazhab yg banyak dan pandangan yang luas. Terangkan dengan baik sampai orang faham. Jangan belum terang atau ajar dah kata orang keliru dan tak faham.

Biasakan orang awam dengan pandangan yg banyak. Baru lah tak terkejut beruk kalau ada apa2 yang lain sikit dengan pengamalan kita sampai nak bunuh bagai.

Contohnya isu ni dah boleh jadi titik mula asatizah didik masyarakat dengan hukum mazhab lain dan terima pengamalan hukum tu dalam masyarakat bagi yang nak amalkan.

Ataupun dalam sesebuah negeri memang kena stick dgn 1 mazhab je? Saya keliru sungguh ni.

Sebenarnya kalau berterusan dengan cara macam ni, lagi orang keliru. Agama ape kebenda kalau sempit?

Saya ingat lagi, sampai sekarang, rasa lagi sakit tu.

Saya pernah tanya seorang ustaz tv pasal talfiq masa saya pergi satu program tu. Saya jangka boleh tambah faham. Program tu berbayar lagi! 

(Sampai sekarang saya hairan, bagaimana ustaz ni boleh tersenarai dalam group program ni?)

Tapi jawapan dia 80% ialah nasihat kepada saya untuk tumpukan dalam bidang saya iaitu sains. Hanya 20% tentang talfiq. Itu pun x clear. Dia kata memang talfiq tak boleh.

Saya rasa hina sebab semata-mata saya pelajar bukan bidang agama, saya tak diberi penerangan yg saya mahu. Lembab sangat ke saya sampai tak boleh faham kalau dia explain? Bodoh? Kalau saya tak faham sekalipun, dia kena ajar sampai saya faham.

Memang itu lah tugas ustaz! Buat apa dibayar mahal-mahal kalau setakat nak bagi jawapan klise macam tu. Memang saya nak marah!!


Sedangkan, masa saya gi jumpa Dr Maza kat usm, saya tanya dia satu soalan, dan dia huraikan sejelas-jelas nya. Memang ada yang saya tak faham dan imam yang saya x pernah dengar nama. Tapi saya tanya lagi dan dia bagitahu la sampai saya faham. Tak payah bayar pun nak jumpa dia, ketuk bilik, maasuk, bincang.

Baru-baru ni banyak kali juga saya ikut kelas Maulana Asri. Maulana ajar dua kitab. Pagi nya Mukhtasar Sahih Muslim, dan petangnya pula Syarah Sahih Muslim Imam Nawawi.

Maulana ni dia tak lawak, dia serius.

Yang datang ke pengajian tu, ada pelbagai peringkat. Yang tua, yang muda, yang bawa anak kecil. Biasanya pagi tu ramai dan penuh. Tapi petang tu, memang tak ada orang, yang tinggal mak cik dan pakcik sahaja. Mungkin petang Ahad semua nak duduk dengan family.

Saya nak bagitahu, pengajian petang tu, mak cik dan pak cik ni biasa lah, mudah mengantuk. Mereka tidur.

Tapi Maulana, steady je ajar. Maulana selalu lebih banyak mengajar ilmu berkenaan hadis berbanding menghuraikan ibrah hadis tu.

Jadi, bila masuk bab usul hadis, banyak lah istilah-istilah yang macam-macam. Mu’allaq lah syawahid la, semua payah-payah. Tapi Maulana masih istiqamah mengajar benda berat macam tu depan orang tidur. Bayangkan!

Tak ada maknanya Maulana nak buat lawak semata-mata nak suruh orang bangkit. Cuma ada juga la dia selitkan kelakar, tapi mungkin satu dalam 3 sesi pengajian kot.

Macam UZAR pernah kata, ‘kelas pengajian ni tak ada lawak-lawak, kalau mengantuk, tidurlah, tak apa, itu maksudnya Allah tak bagi kita ilmu la.’

Walaupun bunyinya agak tegas, tapi memang begitulah. Cuma, kasih sayang Allah tu sangat luas. Saya tengok makcik pakcik tidur dalam kelas Maulana pun rasa kasih dan kasihan, apatah lagi Allah.

Apa saya nak cerita ni? Hahaha..

Nak bagitahu, macam mana keadaan sekalipun, ustaz perlu jadi profesional. Tak ada alasan nak bagi jawapan mudah macam tu!

Ustaz Adlan pun sama. Kenal tak Ust Adlan? Dia mengajar Sahih Bukhari. Hari tu dia datang lewat sedikit. Saya dah mula tak sedap. Ustaz datang lewat ni sangat tak kena.

Tapi apabila saya dengar perkongsian dia, rasa menyesal pula marah-marah tadi. Nak menangis pulak.

Sebabnya, dengan segala persiapan lengkap yang dia buat sebelum datang mengajar, memang lebih dari berbaloi lewat 15 minit. Penuh illmu. Dia lewat sebab sebelumnya dia mengajar di tempat lain yang agak jauh.

Kalau tengok Facebook Ustaz Adlan (Adlan Abd Aziz), banyak perkongsian, dan memang nampak beliau selalu bersedia sebelum ceramah. Serius, bersungguh-sungguh! Itu yang kita mahu.

Hey, awak nak ajar agama Allah awak boleh buat main-main? Habis tu, bila orang main-main kan agama, awak marah!!

Berjasanya ustaz-ustaz yang tolong buka dan baca kitab untuk kita. Saya sayang mereka semua.

Tapi ustaz-ustaz yang asyik bermudah-mudah bermain lidah di atas pentas, saya tak sayang.

Membuang masa.

Macam tu la cerita dia, bahawa asatizah jangan lah mudah jemu ajar masyarakat yg bodoh macam saya ni. 

Ajarlah, kami nak faham. Kenapa payah sangat nak faham?

Kbye...

Yang saya marah-marah dan tak sayang ni ialah kepada ustaz yang tak bagi penerangan dan ilmu dan bermudah-mudah menggoreng goreng. Saya tak maksudkan abang-abang saya. Abang saya, mestilah saya sayang dowh...

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...