Tuesday 21 October 2014

Musim Anjing

Bila nak habis cerita anjing ni pun tak tahu. Sebelum habis, saya pun nak cerita anjing jugak lah.

Mula2 saya tengok twitter YB Nurul Izzah tentang kempen I Want To Touch A Dog beberapa hari sebelum program tu. Beliau kata Lets go!

Saya baca artikel yang dikongsi, tentang penganjurnya Syed Azmi Al Habsyi.

Semuanya ok, baik, bagus sangat. Rasa nak sertai, tapi dah beli tiket balik. Lagipun jauh jugak.

Bila dah habis program tu, semua bising. Macam2 fatwa keluar.

Seorang, tak setuju. Ustaz ni pun tak setuju. Eh Ustaz tu pun tak setuju jugak! Aik?

Kalau ustaz2 lain memang saya dah jangka tak setuju. Tapi kenapa 'ustaz2 saya' pun tak setuju?

Mari saya cerita kenapa saya setuju.

Sebab benda tak salah. Apa masalahnya?

Baik sapu kepala anak yatim? Baik sentuh quran?

Setahu saya organizer program tu memang terkenal dengan program2 kebajikan. Homeless people diorang tolong, haiwan2 terbiar diorang tolong, orang2 miskin bandar diorang tolong. Sukarela. Saya ulang, sukarela. Bukan atas nama apa2 jemaah atau pertubuhan.

Sebab tu kalau nak komen, baca sampai habis dulu. Kenal dulu. Buat malu je.

Haih.

Kenapa tak lembu kambing?

Sekali lagi saya kata baca dulu objektif program. Objektif nya, memang nak suruh orang Melayu tak takut dan allergic dengan anjing. Tak kan nak gi peluk kambing pulak.

Tak kan tak tahu orang Melayu ada yang benci dengan anjing kan. Tak payah nak buat poyo kata 'saya tak benci pun..saya biasa je dengan anjing. Dulu kat uk biasa je dengan anjing..tapi tak ada la sampai nak buat kempen..'

Cakap macam dia sorang Melayu kat muka bumi ni.


Kempen ni memang nak tunjuk kepada orang bahawa Islam bersikap ihsan kepada binatang hatta kepada anjing sekalipun. Anjing dalam Islam kan kalau terkena jilatannya kena sertu. Sampai binatang yang macam2 kena buat pun masih lagi orang Islam sayang. Apatah lagi binatang lain.

Lepas tu duk kutuk gambar orang kat program tu. Mulianya dia jaga tangannya tak sentuh anjing lah konon. Tapi perangai kutuk orang tu entah mazhab mana yang dia pakai.

Errggghhh..

Pagi tadi, sementara menunggu roti canai siap, di sebuah kedai di hadapan Sungai Kelantan, seorang pak cik bersemangat memberi komen.

"Kalau nak sangat pegang anjing, tukar mazhab la..bukan tak boleh pegang, tapi kena tukar mazhab."

Saya berfikir2 di pejabat agama ada borang tukar mazhab tak?

Lama jugak saya fikir.





No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...