Sunday 19 October 2014

...

Hari ni saya nak perkenalkan anda dengan satu geng ni. Geng ni namanya indie.

Dulu saya pernah tengok band2 indie, penyanyi indie, tapi tak ada apa2 yang menarik pun. Saya teruskan hidup macam biasa.

Masa saya di USM, macam biasa hari minggu saya tonton youtube. Satu minggu tu, saya dengar kuliah Dr Maszlee. Dr Maszlee ada cerita tentang TFTN.

Saya cari apa dia TFTN tu. Saya pun mula la kenal Teach For The Needs dan pengasasnya Cikgu Zul yang tiga tahun lagi tua dari saya.

Saya tengok program2 yang diorang buat. Tabik!

Saya pun follow la Cikgu Zul. Saya beli buku dia Pedagogi Bahasa Tertindas, sebuah novel yang macam tak percaya akan kewujudannya. Kalaulah semua anak muda macam Cikgu Zul (termasuk saya)...haih.

Daripada buku tu saya kenal pulak penulis2 lain yang tulis buku dengan fixi. Masa kat MPH di airport Senai tempat saya beli buku tu, banyak buku2 fixi lain. Tapi saya beli satu dulu.

Bila dah jatuh hati dengan buku tu, saya pun mula cari buku2 fixi yang lain. Di MPH yg sama (biasa la kat Kelantan ni tak jumpa buku fixi, harap time pergi Johor je la dpt beli), saya beli buku kedua iaitu tulisan Hasrul Rizwan tajuknya Bercakap Dengan Jun.

Wah buku ni sangat best! Kalau Pedagogi Bahasa Tertindas banyak guna domain kognitif, yang ni banyak guna domain afektif. (Baru lepas baca buku pendidikan kannn...)

Pastu saya beli lagi buku Murtad tulisan Hasrul Rizwan. Dan yang terbaru di MPH Mid Valley baru2 ni saya beli buku Proletar Dua Menara oleh Fdaus Ahmad.

Emm, semua buku2 diorang saya puas hati.

Nak cerita nya diorang ni penulis indie. Indie ni ambil dari perkataan Independent. Diorang tak bergantung pada sesiapa pun. Semua buat sendiri. Berani. Berdikari. Buat.

Diorang pun ada buat projek The Wakaf Buku. Bina perpustakaan di rumah2 anak yatim, sekolah2 pedalaman. Diorang jugak buat tuisyen percuma untuk anak2 di rumah anak yatim. Pergi tengok kerja sekolah diorang, cek buku rekod, ajar diorang. Bagus sangat. Dan semua itu sukarela.

Saya pulak tengok yang sukarelawan2 tu tak ada la pakai macam golongan Islamis. Biasa2 je. Tapi jiwa dan anggota memang padu Islam.

Respek!

Diorang ni buat kerja. Bukan pandai komplen sistem pendidikan sekular lah, kerajaan jahat lah, macaaaaam maaaaacam. Tapi kerja satu habuk pun tak ada.. Semua benda nak kena bergantung dengan orang. Buat je la macam indie ni.

Saya kalau tengok diorang buat kerja, memang akan doa syurga la untuk diorang.

Saya tengok penulis2 indie ni bijak2. Ada yang doktor, engineer, alumni Maahad pun ada.

Sebenarnya teringin nak join. Tapi diorang ni kalau promosi nak cari sukarelawan2 mesti garang dan ada je warning apa2. Haih..








No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...