Ok saya terasa. Cukup terasa.
Fine. Lepas ni buka internet, kita update facebook ‘hari
ni saya PMS la..’ atau pun, ‘babi punya olang la...bla bla bla..’, ‘td sy pukul
nyamuk yg gigit kt pipi darah banyak..’, like gambar-gambar comel, upload
gambar jari luka, rambut sakit, kuku tercabut,
yeah..ok!
Jangan dengar ceramah di youtube. Jangan buka web
tokoh-tokoh ilmuan. Jangan buka web Tariq Ramadan, jangan baca Dr Jamal Badawi,
jangan kenal Yusuf Estes. Jangan follow twitter-twitter ulama’ tempatan mahupun
dunia, jangan like facebook diorang. Kalau diorang buat status (amanat,
pesanan, nasihat mahupun kaedah ilmiah) cepat2 baca yang kat bawah, jangan baca
apa-apa ilmu! Jangan, jangan, nanti sesat! Nanti kita jadi orang yang cari ilmu
tanpa guru, tak berguru ni kan sesat. Nak cari ilmu, kena bertalaqi, mungkin kena
ambil sanad kot. Haha, yang sanad ni saya tambah sendiri. *mengaku*
Ok, kembali kepada kewarasan. Tinggalkan emosi.
Saya tahu mereka tidak bermaksud begitu. Saya tahu
kebimbangan mereka terhadap kelompok yang sudah merasa cukup alim dengan hanya
berguru di hadapan laptop. Lalu, menuduh dan menghukum ulama’-ulama’ tertentu
sesat. Benar, kelompok begitu ada kalanya wujud dalam kalangan anak muda.
Perkara tersebut amat buruk pastinya.
Merasa diri hebat dan banyak ilmu memang sifat yang
buruk. Belajar di mana-mana pun, bertalaqi bersanad sekalipun, apabila ada
sifat ini dalam diri, ia tetap busuk!
Cuma, yang berlutut di hadapan guru, akan tumpah bersama
ilmu itu akhlak dan kemuliaan guru. Secara langsung dididik dan ditarbiyah
guru. Mereka juga akan mendapat kefahaman yang jelas, boleh bertanya secara
langsung, tidak keliru, dan berbagai faedah yang mereka dapati. Pada zaman Nabi
juga, kaedah inilah yang diamalkan dalam mendalami ilmu.
Namun, lupakakah kita kepada sabda Nabi?
Dari Abi Bakrah ra, dari Nabi saw,
sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadithku)
menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharap
orang yang disampaikan hadith itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham
daripada yang menyampaikannya." (HR Bukhari dan Muslim)
Mungkin sahaja pendengar sekunder lebih memahami. Sebab
itu dalam kalangan tabi’in ada yang lebih alim dari sahabat. Ada sahaja. [tafsir
ini sy dengar dari internet, x tau la boleh pakai x]
Cara penyampaian ilmu pada hari ini adalah berbeza.
Internet sebagai wasilah. Arahan nabi untuk menyampaikan kepada yang tidak
hadir dapat diaplikasikan dengan efektif sekali di internet. Atau, bagi mereka
internet itu bid’ah?
Dan saya juga tahu apa yang mereka maksudkan ialah orang
yang tidak pakar tiba-tiba mahu menjadi pakar hanya kerana berguru di hadapan
laptop. Benar, itu salah sama sekali. Ilmu di hadapan laptop tidak pernah akan
cukup. Untuk dicedok setempurung pun belum tentu, apatah lagi untuk seluas
langit dan bumi. Ilmu benar-benar perlukan guru. Benar sekali. Tidak boleh mana-mana
orang pun yang mengaku dirinya alim hanya kerana berguru dengan internet.
Salah!
*berguru dengan siapa baru boleh mengaku alim?*
Seterusnya saya juga tahu, apa yang mereka maksudkan
ialah orang-orang muda yang belajar dalam bidang yang berbeza tiba-tiba mahu
mengulas bidang yang berbeza. Mengulas kononnya dia lah yang punya lautan ilmu.
Padahal, dia belajar bidang ‘Root Architecture’ (contoh) yang belajar
mengenai struktur akar pokok jauh di dalam tanah sana, tiba-tiba mahu pula
mengulas mengenai solat hormat waktu yang dilakukan manusia di dalam kapal
terbang. Dalil dan hujah semua bergurukan internet.
Patutkah?
Memang tidak patut. Dia bukan ahlinya. Nanti jadi sesat
dan menyesatkan. Tapi, adakah hanya perlu listen, listen, listen?
Baiklah. Kalau begitu jangan marah pihak di sebelah sana
sahaja yang melakukan pembodohan (stupidification), rupanya di pihak kita juga
ada ciri-ciri pembodohan.
Kata Dr Asri, Islam agama hujah. Bicara agama perlu
bercakap untuk AKAL (mind) dan JANTUNG HATI (soul). Fitrahnya, apabila akal
mahupun hati manusia dijentik bicara agama, refleksi akan berlaku. Jika tiada
refleksi, bermakna bicara itu sia-sia.
Mengulas kembali apa yang difahami melalui sesuatu
ceramah, bacaan atau perbincangan adalah refleksi akal manusia. Ulasan yang
menyenaraikan ciri-ciri, huraian dan rujukan adalah perkara biasa. Menuduh
peribadi seseorang atau menghukum orang spesifik berdasarkan ciri-ciri yang
dipelajari sebagai sesat adalah dua tindakan yang berbeza. Satu betul dan satu
salah.
Dahulu boleh lah mewajibkan semua bertalaqi untuk
dapatkan ilmu. Sebab yang nak ilmu hanya dua tiga kerat. Hari ini, berapa ramai
orang yang view UAI dalam youtube? Seramai itulah mahukan ilmu, walaupun
mungkin ada yang mahukan lawak pada mulanya, tapi akhirnya insya Allah dapat
ilmu. Jadi, ada sheikh mana yang sanggup bertalaqi dengan seramai itu?
Kalau ada cuba
bagitahu saya. Siapa yang tak mahu berguru? Penuntut ilmu sesat mana yang tidak
mahu ada guru? Orang sombong dan angkuh sahaja yang begitu. Cuma kami ini tidak
ada peluang untuk menunut dengan ulama seperti mana mereka. Tapi apabila kami
mencari ilmu dengan teknologi, mereka marah pula. ‘Cara menuntut ilmu yang
betul adalah dengan berguru. Lihat bagaimana kami berguru.’
Ya, tetapi peluang itu bukan semua orang boleh nikmati. Saya
malah selalu bayangkan indahnya kalau ada seorang alim duduk di depan saya. Maka
banyak persoalan saya akan saya rungkaikan. Sejam dua jam pun jadilah kalau bukan
berhari-hari pun. Tapi di mana saya mahu cari peluang begitu? Di mana, dimana,
dimana???!!!!
Orang yang marah-marah sangat berguru dengan youtube ni,
dah berapa orang bertalaqi dengan dia? Dan dia bertalaqi dengan berapa orang
ulama?
Tapi kadang-kadang menuntut ilmu dari internet ni seronok
juga. Daripada saya duduk berlutut dengar ustaz ceramah cerita Israiliyyat yang
tak sahih, lebih baik saya duduk depan laptop baca artikel ulamak dan terus ada
rujukan sahih yang boleh klik-klik je kitab online. Kalau angkat tangan tanya
ustaz tu mana rujukan dia, nanti kita dituduh wahabi pulak..oppss lari tajuk.
Jadi kesimpulannya apa? Buat lah sendiri. Letih.
Panjang pula cerita kali ini. Inilah post-exam syndrom. Menulis
entah-apa-apa.
![]() |
ni halal ke x ni? |