Serpihan pemikiran ini saya
cantum akhirnya.
Pertamanya, blog ini bukan
dijadikan rujukan. Jadi, saya boleh tulis semua yang saya suka. Walaupun orang
lain tak suka.
Keduanya, ‘jangan pandai2 nak
bagi pendapat’ sudah saya balas dengan ‘tak payah la baca’. ;p
Marah kah apabila Nabi kita
dihina? Bagi yang ada iman, tentulah. Lagi anak kucing kecil kita jika
diburuk-burukkan pun menghadirkan marah, apatah lagi insan mulia junjungan
kita.
Islam pun tak menyekat fitrah. Kalau
sudah marah, bagaimana mahu menipu jadi cool? Tapi Islam ajar bagaimana
kawal rasa marah.
Sekali lagi,
kita kalah dengan emosi. Emosi di depan, kita tuntun di belakang. Nyut..nyut..nyut.
Maaf kalau saya
kata, umat Islam hari ini kebanyakannya, apabila dijolok menggelupur, apabila
dibiarkan, tertidur.
Di Tingkatan 3,
saya diajar oleh Teacher Aida, violence is always can’t be against with
violence.
Bagi saya,
kalau dah tak pandai semua cara lain untuk pertahankan Nabi, demonstrasi (yg terdedah kpd segala keburukan walaupun dinamakan aman) masih
bukan caranya.
Lebih baik
diam. Kata Imam Syafie, bila orang bodoh bercakap, jangan kamu jawab,
sebaik-baiknya diam.
Sam Bacile itu
kan bodoh. Sudah beberapa jenayah dilakukannya.
Apabila dia
gambarkan Muhammad terrorist, kita berteriak bukan, kita mengangkat sepanduk
tangan kanan menafikan tuduhan, tapi tangan kiri mengganas di sepanjang jalan. Apakah?
Bukan isu
haram, haram, haram demonstrasi ulama UMNO, tapi isu reaksi kita apabila berhadapan
provokasi sebegitu. Sekalipun kerana sayang, jangan melampau.
Bagi yang punya
autoriti dan ilmu, hasilkan lah sesuatu untuk membela Nabi kita.
![]() |
Violence: A vehicle sits smoldering in flames after being set on fire
inside the US consulate compound in Benghazi late yesterday |