Thursday, 11 August 2011

Agar Poligami Digemari.


Ramainya yang sensitif mengenai poligami. Mengapa ya? Entah, saya belum bersuami.
 Apa pun, tak salah untuk me’muntah’ pendapat.

Pertama, ramai yg berfalsafah, ‘saya mahu menjadi seperi Fathimah dan Khadijah, tidak pernah mereka dimadukan’. Kenapa? Apakah menjadi Fathimah dan Khadijah itu lain kemuliaan berbanding Aisyah, isteri2 nabi yang lain, juga Hajar dan Sarah? Kalau pandai berkata pada lelaki ‘nak ikut sunnah nabi tang poligami je, tang lain x mau ikut..’ maka begitu juga lah kpd perempuan yg berhasrat menjadi Fathimah dan Khadijah hanya untuk amalan monogami, amalan2 lain mahu jadi seperti siapa? Ning Baizura? Celine Dion? Atau Rosmah?

Kedua, 
Anda sedang menaiki sebuah kereta bersama suami anda. Ada 3 seat kosong di belakang. Sepanjang perjalanan yg jauh, anda bertemu ramai perempuan2 yg berjalan kaki di jalanraya. Mereka tiada kereta, juga tiada pemandu. Mereka terdedah kepada bahaya kiri dan kanan, depan dan belakang, kerana mereka sendirian. 

Di jalanraya yg penuh dengan kereta dan kemudharatan2 lain, adakah anda akan menumpangkan perempuan2 itu bersama2 anda? Adakah anda akan menumpangkan mereka, atau anda terus hanya melihat, melambai dan tersenyum lalu meneruskan perjalanan berdua?

Analoginya mudah,
Kereta, pernikahan.
Pemandu, suami.
Penumpang, isteri.
Jalan raya, kehidupan.

anda hanya mungkin tidak akan menumpangkan saudara2 perempuan anda jika 

1. Destinasi anda berbeza dengan mereka.
Matlamat kehidupan anda dan perempuan2 itu sama sekali berbeza. Anda mungkin mahu ke syurga, dan tidak mereka. Anda mungkin menuju kepada Tuhan, dan mereka mungkin berbeza. Lalu anda sama sekali tidak boleh menumpangkan mereka.

2. Suami anda seorang pemandu yg tak ada lesen, tak pandai memandu.
Kehidupan anda bersama suami sangat menyeksakan, kerana suami merupakan lelaki yang tidak pandai memimpin, tidak berilmu, berpenyakit atau lain2 perangai yg memudharatkan org lain. Anda lebih baik menasihatkan suami anda untuk tidak bernikah dengan orang lain sehingga dia betul2 mampu memandu kehidupan.

3. Kereta anda buruk, kalau mereka naik sama, mungkin runtuh atau tak boleh jalan.
Pernikahan anda sendiri belum bahagia. Tidak terurus ekonomi, tidak stabil emosi, atau masih berbalah setiap hari. Masakan mahu berkongsi dengan orang lain kehidupan begini, kan?

4. Suami anda tak mau tumpangkan mereka.
Suami anda memang tidak ada niat untuk berpoligami. Not interested at all.



Baru2 ni, dalam akhbar ada mencatatkan statistik lelaki yg belum berkahwin di Malaysia adalah lebih ramai dari wanita yg belum berkahwin. Jadi, tak perlu la berkongsi2 kan?

Lelaki yang belum berkahwin itu adalah keseluruhan lelaki2 di Malaysia yang menghuni pusat serenti, yg mendiami penjara, yg menggeluti dadah, yg bergelandangan di tepi2 jalan, yg sakit mental, dan paling sedikit yang menuntut di universiti2.

Jadi, adakah perempuan2 yg berkelulusan, beragama, dan beriman mahu ‘berpemandukan’ lelaki2 yg tak ada matlamat hidup pun? Dari menaiki kereta bersama pemandu yg mabuk, lebih baik berjalan kaki sendiri kan? Dan bertambah lebih baik jika ada yang sudi menumpangkan. =)

Lelaki bujang yang belum berkahwin dan yg berkualiti amat sedikit jumlahnya. Mereka ini sangat berharga di mata perempuan yang mahu berkahwin. Mereka menjadi rebutan, yang disana mahu, yang disini nak, yang disitu gila kan dia, mereka bebas memilih mahu yang mana. Lumrahnya, mereka akan memilih yang paling cantik (kerana hanya cantik dapat diukur, iman dan taqwa Tuhan sahaja ada nialaiannya). Lalu, bagaimana perempuan yg kurang cantiknya? 

‘ada la tu jodohnya, jgn risau, jodoh di tgn Tuhan.’

Semua perkara di tangan Tuhan, sayang. Tidak ada pun perkara di tangan mak sedara kita. Fikir2kan..

*geram eh tengok isteri2 yg duk puji2 suami kt fb, blog, yg duk crita2 yg suami depa baik, tp x bagi suami kahwin lebih. Kalau pmpuan biasa2 buat camtu xpa, ni pmpuan2 alim2, pun xpaham2 ka? Ngeee..

*anda berhak untuk tidak bersetuju 100% dgn tulisan ini. Kerana ini hnya ngomelan dari sy tanpa merujuk mana2 dalil dan nas. Apatah lagi sy hanya budak2 yg blum mumayyiz..Hihih..

Sunday, 7 August 2011

Khabar Dari Abang

Khabar Dari Abang
Katanya mahu jadi pejuang
Tidak lagi boleh pulang
Hanya kini perlukan wang
Tunai mahupun hutang

Bersimpuh emak merintih
Kepada Tuhan dicerita pedih
Tiada upaya lagi memerah keringat
Pada usia tua menjelang tamat
Emak seharusnya sudah habis berkhidmat

Namun, khabar dari abang
Emak redha walau bukan senang
Meminta wang dari orang
Bagai memikul malu selautan
Demi perjuangan abang
Emak rela kan.

Khabar dari abang
Dia berjuang untuk tanah air
Bumi watan harusnya kembali dimiliki
Jangan biar ia ditelan sang pendengki

Tetapi,
Emak disini siapa mahu peduli?
Yang setiap hari membilang helaian baki
Agar cukup untuknya membahagi
Buat si adik kecil yang masih mengaji
Juga buat si abang pejuang yang belum mampu berbakti!

*emak itu tetaplah selamanya emak. Untuk Harun dan ibunya, semoga dibukakan jalan sudahnya. Mama bercerita bila pulangnya dari Thailand baru2 ini.

Ini Bahagia Kita.


Menatap gambar2 percutian keluarga di laman2 facebook dan blog sahabat2 mengundang cemburu. Bilakah agaknya diri berpeluang menikmati secebis masa bersama keluarga yang diisi dengan aktiviti bersama. Bilakah agaknya dapat diatur 1 percutian keluarga, mengumpul dari yang sulung samapi bongsu, menambah rasa sayang dan rindu. 

Masing2 sibuk dengan peranan dan taklifan di bahu yang memang tergalas berat pada diri yang berilmu. Masing2 punya jadual padat yang terisi untuk masyarakat. Setiap masa dan saat barangkali sudah ditempah orang di pelbagai tempat. Sehingga masa untuk bersama keluarga pun sekadar ‘jika ada masa’.

Pun begitu, gambar2 yang saya tatap sebentar tadi, bukanlah mereka yang tidak punya tanggungjawab lain selain keluarga. Mereka malah lebih tertonjol sebagai aktivis, sukarelawan, dan pemimpin masyarakat pun.

Mungkin,

Inilah bahagia cara kita. Kita memilih untuk bermesra sambil menikmati masakan ibu sahaja. Kita lebih selesa bahagia dengan cara berada di rumah bergurau senda.  Kita gembira berbalas hujah dan berpendapat beza. Ya, itulah bahagia cara kita.

Jika ada yang bertanya, ‘keluarga besar awak tak ada family vacation ke?’
Kita jawab sahaja ‘kita ada cara sendiri untuk bahagia.’

Terjemahan pada bahagia itu berbeza pada setiap manusia. 

Pernah merasa hilangnya cinta?
Pernah berdarah tajamnya lidah?
Pernah ada tanya di mana sakitnya?
Pernah ada tunggu hadir nya keluarga?
Ya, pernah berdoa untuk sampai ke syurga bersama.

Thursday, 4 August 2011

Mengurus Perbezaan.

Indahnya hidup apabila pandai mengurus perbezaan. Sesungguhnya, jika kita ikhlas mahu berdakwah, tiada niat sedikit pun mahu berbalah.

Yang kat bawah ni saya petik dari drmaza.com sewaktu beliau menziarahi tok guru Pondok Pasir Tumbuh.

"Ya, saya akur bahawa terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara sesetengah pihak termasuk saya dengan beberapa pandangan dan pendekatan yang biasa dipegang atau diamalkan di sebahagian pondok pengajian tradisional melayu.

Pun begitu, ia bukanlah sebab untuk kita tidak menghormati tokoh dan menghargai antara satu sama lain. Ukhuwwah dan kasih-sayang sesama muslim tidak wajar diputuskan hanya kerana pandangan yang berbeza dalam beberapa masalah furuk.

Manusia ini, selagi dia manusia akan ada perbezaan pendapat antara mereka. Mereka yang pernah berada bawah didikan Nabi s.a.w iaitu para sahabah baginda pun mempunyai perbezaan pendapat dalam kalangan mereka. Apatah lagi kita yang sudah jauh jarak waktu antara kita dan baginda s.a.w.


Saya memegang tangan Tuan Guru Hj Hashim

Setiap insan –setelah mempelajari hujah dan dalil- hendaklah berpegang dengan pendapat yang dia yakini paling diredhai Allah. Ini kerana setiap kita akan menjawab untuk diri sendiri di hadapan Allah Azza wa Jalla atas jalan yang dipilih. Tiada siapa yang dapat menolong, melainkan keikhlasan kita dalam beragama. Tanda keikhlasan itu, seseorang memilih apa yang dia yakin –berdasarkan ilmu yang dipelajari- bahawa itulah yang Allah mahu dalam beragama. Bukan atas emosi, bukan atas fanatik. Sebaliknya, atas ikhlas dan yakin.

Selepas itu, kita akur nanti akan ada perbezaan. Kita hormati pilihan setiap saudara muslim kita. Dengan syarat, ianya dalam lingkaran ilmu. Soal keikhlasan, niat dan hasrat setiap kita hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita tidak dapat menilai apa yang terselit dan berselindung dalam dada orang lain. Hakikat batin setiap insan menjadi rahsia Allah yang kita tiada ruang untuk kita masuk campur mengenainya.

Maka, tiada siapa dapat memaksa orang lain mengikut pandangannya atau ulama pilihannya. Entah berapa ribu para ilmuwan sepanjang sejarah ilmu dalam Islam ini yang telah melahirkan pelbagai pendapat. Mereka semua itu pun di bawah lembayung Ahlus Sunnah wal Jamaah. Setiap mereka telah berhujah dan berbeza pandangan.

Kita ini menuruti rangkaian sejarah yang sama. Memilih dan memberikan pendapat. Tujuannya hanya satu; mencari keredhaan Allah dan memilih jalan dalam beragama yang diyakini memenuhi kehendak Allah dan rasulNya.

Tiada siapa boleh berkeras kuasa ke atas orang lain dalam persoalan ilmu, melainkan sekadar berbicara dengan hujah dan alasan yang dia yakini. Kemudian, dia patut berkata seperti al-Imam as-Syafi’i r.a. (wafat 204H) yang menyebut:
“Pendapatku betul, ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul”.
Demikian zuhud dan waraknya imam yang agung itu. Bukan seperti sesetengah orang, pendapatku betul, pendapat orang lain sesat dan terroris! "


~ cuba bandingkan dengan blog abu-syafiq.blogspot.com dan ustazmoden.wordpress juga http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/04/wahabi-akui-ulama-halal-liwat.html

~macam budak2 pulak kan gaduh2? padahal ustaz2..

What's inside our fridge?


Ingatkan tak ada makanan bila semua orang puasa. Tadi buka peti tengok, banyak juga benda yang boleh dimakan. Wow!

1.       Cendol
2.       Jelly
3.       Variety of fruits - mango, guava, sunkist, pineapple, durian, watermelon.
4.       Beverages -Chill soy drinks, 100 plus.
5.       Walls fruit salad ice cream
6.       Aiskrim jagung magnolia

Itu je kot, entah la kalau ada yg tak perasan.

Syukur lah, kita mewah dgn makanan. Ramai orang tak ada makanan kat luar sana.mereka semua perlukan kita. Semalam tengok dokumentari tentang sisa pepejal di Malaysia. Malaysia antara negara membangun yang paling banyak membuang sisa pepejal makanan setaraf dengan negara maju. Wow, belum maju pun membazir tak tentu hala. Kita lah tu kan? Ok, muahasabah.

child dies for hunger every 6 seconds starvation – juesatta.

Wednesday, 27 July 2011

My very bad PMS !


Everything was going wrong. Everybody seemed to annoy me too much. Those things I feel when I had my PMS phase. Oh, its so challenging. 

This emotional disturbance will engulf me every month. Probably 2-3 days before my menses. I have tried very hard to overcome all these things. It didn’t work any though. Then, how should I?

Dear all people surround me, sorry for everything. Sorry for bad ill-favored face that I expressed. Sorry for slothful answer that I replied. Sorry, sorry and sorry a lot! 

Ok then,the Holy month of Ramadhan is closer than we think-in less than 4 days. I don't want to go on 30 days of fasting, and the end result remains the same old me. So, compete in doing all the good deeds, increase in reading Noble Quran with understanding, and increase in giving charity in this Ramadhan. 
Bye. 

*Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. the three most prominent symptoms are irritability, tension, and dysphoria (unhappiness). [from wiki]
* sorry for incorrect English. still in learning.

Sunday, 24 July 2011

kern-do-re

Hari kenduri selesai!  Yeay...


Ni masa pagi Jumaat, sehari sebelum kenduri, on the way nak pergi ke rumah Kak Ti, bawak Muiz yang ngada2 nak pakai spek dlm kereta. Sampai rumah Kak Ti pun nak pakai lagi. Tak tau apa masalah dia. Silau cahaya iman Su dia agaknya.

Barang2 mentah yang belum diproses. Ada ulam2, bawang, serai, lengkuas, semua ada. Walaupun  menunya simple, tapi rumit juga menyiapkan. (mcm sy je jo dapur..heheh)..



Bila ramai makcik2 dah datang, sy pun xtahu nak buat apa. K.Mah dan Kak duk masak tengahari utk makcik2 tu. Sup ayam dan sayur goreng je. Saya ambil kesempatan utk menyelinap masuk dlm bilik, bwk budak Muiz ni, biar Mama dia duk kat dapur. Hahaha..seronok. 

Lepas Zohor, sy dan K.mah balik rumah jap, mandi dan solat zohor. Pastu boleh pulak tertidur. Tp sekejap je, dlm 7minit setengah kot. Pastu k.mah kejut, siap bg nasihat lg suruh sabar. Hahahha..

 
Bila dah boring, xda kerja nak buat, sy duk dlm bilik, baca buku ni, nak cari dalil utk Kak. Hihih..


Ni bihun goreng K.mah pagi Sabtu tu. Memang dia jadi penggoreng bihun sepenuh masa pagi tu. Lepas 1 kuali, 1 kuali lagi dia goreng, nasib baik sedap juga. Dan ramai yang berminat utk makan, termasuklah, kak zan, kak ini, dan kak imah yg sering menyebut ‘nok tera bihun mah eh..’ 

Ni pulak bekas2 yg perlu kitorang basuh. Tak sempat nak ambil gambar banyak2, sebab semua org tgh serius time ni, nanti sy wt keluar handphone ada yg mengata pulak nanti.

Budak kecik ni lagi. Sy tukar tempat dgn mama budak ni, biar mama dia kat dapur, sy yg jaga Muiz ni. Punya la pandai budak ni,. Time aku jaga jugak la dia nak berak la (terpaksa la basuh), nak nangis la, last2 sy bagi je kt mama dia. Hah, ambik!

Ok, dah siap semuanya, alhamdulillah, selesai. Pagi tadi sy ke rumah kak ti lagi, ambik biskut banyak2, ambik ais, dan tak terkecuali, basuh periuk. Dengan penuh kesungguhan sy menyental periuk itu di depan mek. Ingatkan yg dia punya, alih2 yg org lain punya yg mmg dah hitam sejak azali lagi. Aduh...

Walaupun penat, tapi kami seronok.

Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...