Tuesday, 6 December 2011

untitled II


Baiklah. Kebelakangan ni aku sangat sibuk praktis utk pementasan drama 30minit PGT203, hari kemuncaknya ahad ini. Sungguh2 mengerikan ini kenangan. Aku tak mahu ulang. Aku benci berlakon! Kemudian segala bagai subjek2 yg ku ambil semester ini tidak kurang menyerabutkan. Kalkulus di tangga teratas menakutkan. Kerja bersusun2 di atas meja ini, tetapi petang2 begini, tambah pula puasa, sangat lah malas untuk selesaikan mereka. Jadi, jom berkongsi sesuatu yang lain.

Ok, cukup pasal study. Sekarang pasal keliru pula. Lagi2 keliru. Eh bukan keliru, tapi pasal fenomena ilmu. Begini, hari tu aku ikuti Seminar Gerakan Teroris, Takfir dan Jihad di Youtube. Panelnya Ust Fathul Bari, Dr Fadhlan Othman, Us Idris Sulaiman, Us Fauzan Yahya. Punya terkejut aku mendengar Ustaz Idris Sulaiman mengkritik (atau sebenarnya mengatakan salah sungguh) terhadap Dr Yusuf Qaradhawi. Ya, sebagai pengikut aliran Salafi yang selalu mendengar ceramah Dr Asri, aku juga selalu dengar Drmaza kritik tokoh2 tertentu, tapi kritiknya beradab, selalu dimulai dengan ‘dengan menghormati kesarjanaan beliau,..’ lepas tu baru kritik. Tapi ini memang ‘kata’ sungguh. Katanya kalau nak pilih halaqah atau usrah, jika naqib nya menjadikan Dr Yusuf Qaradhawi sebagai rujukan, atau Syed Qutb sebagai rujukan, maka jangan ikuti halaqah itu kerana mereka bukan ulama sunnah. Katanya Dr Yusuf Qaradhawi menggunakan akal dahulu dari nas. Oh, aku kepeningan lagi. 

Lepas tu, part Us Fathul Bari pula dalam seminar tu. Beliau pula gelarkan Ayatullah Khomeini sebagai Ayatussyaitan. Aku terkedu lagi. Eh, kenapa macam ni? Sedangkan mereka golongan salafi yang sangat terbuka menerima pendapat yang pelbagai dan berbeza. Jadi, kenapa jadi sempit begitu? Hanya Dr Fadhlan Othman yang sangat cool, dan bersantun dalam menyampaikan. Dalam facebook, kawan2ku yang memang anti dengan salafi-UMNO ni makin gembira sebab dapat ‘point’ baru. Aku sahaja yang terkedu.

Aku terjumpa ini dalam web UZAR.

KECAMAN TERHADAP SYEIKH AL-QARADAWI

Ada yang bertanya, “Ada pihak yang mengutuk dan mengeji Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, bukan beliau guru ustaz, mengapa ustaz berdiam diri?”

Saya jawab :” Biarlah mereka dengan dunia kutukan mereka, sedang Syeikh Qaradawi sedang menambah pahala”.

Juga saya katakan “Syeikh Al-Qaradawi tidak perlukan saya untuk menjawab bagi pihaknya, segala tulisan, sumbangannya serta pengiktirafan jutaan ulama sedunia dari Timur, Barat, Utara dan Selatan sudah cukup sebagai jawapan KEPADA PENGHASADNYA, biarlah mereka hidup dengan sangka buruk mereka, biar mereka yang berhati batu itu dengan dunia mereka”

“Kalau dijelaskan sekalipun, bukan ingin diterimanya..” tambah saya lagi.

Selebihnya, banyak prioriti lain yang jauh lebih utama untuk dilakukan berbanding membaca baris-baris fitnah, kutukan dan kritikan bernafsu amarah pihak yang membenci  Syeikh Al-Qaradawi mahupun diri saya sendiri.

Tiadalah masa atau banyak faedah untuk saya jawab dan melayannya di waktu saya kekurangan waktu untuk memilih pelbagai keutamaan lain.

Dan, jawapan drmaza apabila aku tanya soalan tentang perkara ini, katanya, ‘mereka itu golongan literalis yang mengaku salafis.’

Ok, aku faham sekarang.

Kemudian, tengok lagi debat Abu Syafiq dengan Dr Fadhlan dan Hafiz Firdaus. Selalu duk baca blog AbuSyafiq sangatlah keras dan syadid bahasanya. Tapi sangat menghairankan, kali ini ketiga2 panel penuh adab dan sopan. Tapi yang ni aku tengok separuh je, sebab sambil2 dengar YouTube dan download diskusi tu, aku baca forum di alfikrah.net, ramai yang merungut video yang di upload di Youtube tu tak penuh dan dipotong part Dr Fadhlan jawab Abu Syafiq. Maklumlah, yang uploadnya pihak yang satu lagi, jadi ada la part2 yang dipotong. Dengan kecewanya, aku pun tak mahu la dengar semua itu, walaupun mula2 sangat la excited nak dengar. Siapa2 nak dengar ada la beberapa part yang sempat aku download. 

gambar yg tiada kaitan ;
sy jahit kasut yg putus talinya, tgk2 jarum yg patah! sedihnya mama..!


ada org bagi...cantik tak? kt dlm tu ada pearl.
gambar budak tu menangis sbb rindukan Su.
gambar jam2 yg sgt sy syg.
*bunyi seruling kedengaran di bawah. Setiap petang ada sahaja lagu yang dimainkan. Bila aku jenguk ke tingkap, tidak ada bayang pun siapa yang memainkan (seram tak?). Oh si peniup seruling, apa kata hari ini mainkan lagu happy birthday utk cik manis ini..?ok, jom berbuka..


22

10 Muharam 1411 – 10 Muharam 1433.
Twenty two.

6 December 2011 - 32nd birthday of my handsome-macho-comel brother.
‘Dikdah, wat air laici ke Abe Mat.’ – favorite qoutes by him.
Jalannya di medan juang itu moga diiringi Tuhan.
Keringatnya meruntuh kezaliman itu moga diganjari Tuhan senikmat2 ganjaran.


Masa terus berjalan dan berjalan. Hari demi hari, kita makin dekat dengan mati.
Semoga hari demi hari, kita makin diberati pahala, diampuni dosa,dan  disayangi semua!

Jika hidup ini kita yang punya, pasti hanya gembira mahu kita rasai. Kerana hidup ini bukan milik kita, tempuhi semua yang diberi Nya. Nanti, Dia akan ada sesuatu untuk kita.

Kerana hidup bukan milik kita, lalui dengan redha.

22 tahun bernafas, berapa sudah ujian yang ditempuhi. Berapa banyak doa yang telah Tuhan makbulkan. Berapa titis airmata telah Allah keringkan. Berapa kali Allah telah memberi penyelesaian ketika kita meminta jawapan. Cabaran yang kita depani dengan penuh payah, telah Allah mudahkan hari ini. Halangan yang kita temui, telah pun Allah alihkan. Pernah kita kira semua itu? Sudah cukupkah syukur kita? Muhasabahlah. Jika berasa jawapnnya sudah cukup, muhasabah lah dua kali.;)

Ucapkan saya Selamat Hari Lahir. Doakan saya selamat sampai akhir..



Monday, 5 December 2011

Hujah Poligami II


Maaf ya ustaz thtl...

Nak tanya lagi, kenapa Ali radhiallahu 'anhu tak boleh tambah isteri masa tu?

Jawapan saya:

Ali bin Abi Thalib ra pada zaman Rasulullah SAW hidup dalam keadaan ekonomi serba minimum. Sehinggakan apabila Fatimah wafat, beliau dikebumikan pada waktu malam kerana tak cukup kain kafan secara sempurna.

Antara kewajipan suami untuk bernikah dan bernikah lagi ialah kemampuan memberi nafkah kepada isteri/isteri-isteri. Jika tak mampu cukup seorang isteri. Jika masih tak mampu jangan kahwin lagi.

Apabila Allah melapangkan sedikit rezeki Ali, beliau berhajat untuk nikah lagi. Akan tetapi tersilap pilih calon kerana puteri Rasul Allah tidak boleh dimadukan dengan puteri musuh Allah.

Ali melamar puteri Abu Jahal ketika Fathul Makkah. Selepas Fathul Makkah Rasulullah sakit dan wafat. Enam bulan selepas itu Fatimah juga wafat.

Ali berpoligami selepas itu. Jadi beliau tidaklah menunggu lama untuk melamar muslimat yang lain pula.

nak tanya soalan:

Jika anda ada anak perempuan, apakah anda akan memberikannya kpd Poligamis?

Ya, saya akan izinkan.

Hidup di alam poligami bersama suami yang sudah berpengalaman adalah jauh lebih baik berbanding lelaki yang baru hendak mengenal erti "suami".

Baik mono atau poli, yang penting anak perempuan kita ialah mendapat suami yang bertanggungjawab, shalih, jujur dan berakhlak mulia. Jika lelaki yang memiliki ciri ciri ini datang melamar anak perempuan saya, saya akan izinkan meski pun dia sudah ada isteri pertama kedua .....

Satu poin tambahan khas untuk poligami, apabila lelaki itu datang melamar, kita boleh semak rekod dan prestasinya sebagai suami berdasarkan kehidupan bersama isteri/isteri-isteri sedia ada.

Beza dengan lelaki bujang, kita tidak tahu bagaimana prestasinya sebagai suami sesudah bernikah kelak. Sebelum nikah semua lelaki mendapat markah tinggi. Bila dah nikah....

Saya jawab mono, sbb nabi Adam Allah ciptakan dgn seorang isteri saja. Very Happy

Kita umat Nabi Muhammad atau umat Nabi Adam? Very Happy

Setiap umat ada syari'atnya yang tersendiri, maka kita ikut syari'at kita.

Syari'at Nabi Adam, anak sesama anak sendiri boleh nikah, cucu dan cucu menikah sesama sendiri sehinggalah seterusnya. Sweat Drop

mula2 tak nak poligami, sampai kerat jari berjanji... sekali Allah s.w.t. kilas hati terus nak berpoligami... amacam?

Sebab itu suami-suami yang matang tidak akan berjanji bahawa dia tidak akan berpoligami. Sebaliknya dia membiarkan isu ini terbuka.

Siapa tahu, masa kini rezeki bulanannya cukup-cukup aje. 10 tahun kemudian Allah lapangkan rezekinya berlipat kali ganda.

Daripada beli Harley Davidson, BMW 535 Twin Turbo, join kelab golf mewah atau beli kapal layar tersendiri, lebih baik berpoligami. 


Suami saya kata, sebelum berpoligami, khatam bab adil dulu..

Pada pandangan saya subjek adil tak boleh nak khatam. Ia tiada noktah, tiada sijil, macam ilmu juga.

Sebagaimana diterangkan pada awal thread, adil itu tidak bersifat matematik atau kesamarataan.

Kalaupun boleh khatam, kenalah teori dan praktikal. Macam mana nak praktikal kalau tak nikah yang kedua, ketiga dan keempat? 

MUSTAHIL untuk Allah Taala menghukumkan sesuatu untuk kebaikan HANYA pada suatu kaum sahaja dan membiarkan kaum lain menderita. MUSTAHIL untuk Allah taala mengharuskan POLIGAMI untuk di”nikmati” hanya oleh kaum lelaki, dan membiarkan kaum wanita menderita dengan penghukumanNYA. Sifat Maha Pengasih dan Maha PenyayangNYA merangkumi kedua-dua kaum, lelaki dan perempuan, termasuklah apabila DIA mengharuskan poligami. Jangan kita berburuk sangka dengan Allah Taala.
em..bagus juga cadangan Su tu..poligami..

dan banyak lagi di sini.

*ok,dah la cakap pasal poligami,banyak sgt dah cakap, mari mengamalkannya pula..hehe..kesian. eh silap, sekian.

Sunday, 4 December 2011

untitled




rindu.









nothing to say

Antipati



Labrakan dalam diam
Bau hanyir kenangan
Terus menerus
Mereka  berdendam

Sampai bila jari menuding
Menyumpah mencaci maki
Hingga bulan matahari
Pun menjadi benci

Entah
Barangkali, barangkali
Mereka itu binatang.

*Maaf. Saya sudah pening dgn semua! Stop that stupidity..

Thursday, 1 December 2011

Hujah Poligami


(i)

[Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.]

Maka inilah bukti AQ tidak menggalakkan poligami sebab cinta suami akan cacamarba....hingga cinta kpd anak-anak dgn isOne hancus berkecai...
                               
Penyalahgunaan ayat, umpama Muhamad Abduh Very Happy

Ayat ini bukan kontra poligami tetapi pro poligami dan memberi jalan penyelesaian.

- Allah terangkan, nak buat adil 100% memang sukar.

- Buatlah sekadar yang mampu, asalkan tidak berat sebelah sehingga ke ratio 95% - 5%.

- Jika suami terus mengadakan pembaikan, Allah mengampunkan kesalahannya tidak berbuat adil 100%.

- Allah tidak berfirman, umpama: Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), oleh cukupkanlah dirimu dengan seorang isteri. Sebaliknya Allah menyuruh untuk meneruskan poligami dan usahakan yang terbaik. 

belajar berkongsi. taken from here


(ii)
Fatimah tidak pernah dimadu dengan sesiapa pun sepanjang hidupnya? jika jawapannya tidak pernah dimadu, maka mungkin juga benar bahawa hujjah penentang poligami bahawa rasulullah S.A.Wtidak izinkan sesiapa pun meyakiti anaknya?
Hujah ini menghina Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar al-Khattab kerana seolah-olah mereka berdua merelakan puteri masing-masing disakiti oleh Rasulullah yang berpoligami.

Juga menghina Rasulullah sebagai double standard, anak orang lain baginda sakiti dengan dimadukan, anak sendiri tidak boleh dimadukan.

Yang benar, boleh saja jika Ali bin Abi Thalib ingin memadukan Fatimah. Hanya calon pilihan Ali saat itu yang tidak bersesuaian dengan kedudukan Fatimah. Puteri Rasul Allah vs puteri musuh Allah.


(iii)
Sunnah berpoligami (menurut fahaman saya):

1) Berpoligami setelah kematian isteri pertama

- Kes apabila Khadijah wafat, baru nabi saw berpoligami.

Di atas bukan sunnah tasyri' tetapi ghairi tasyri'.

Ketika Rasulullah hidup bersama Khadijah, mereka berada di fasa Mekah. Sementara ayat poligami (anNisa 4:03) di turunkan di fasa Madinah.

Contoh:

Bolehkah si fulan menghalalkan arak untuk dirinya dengan hujah para sahabat pernah minum arak di fasa Mekah?

Bolehkah si fulanah enggan berpuasa di bulan Ramadan dengan hujah tidak berpuasa di bulan Ramadhan adalah sunnah Rasulullah di fasa Mekah?

Bolehkah kita meniru budaya Yahudi dengan hujah Rasulullah juga meniru budaya Yahudi di fasa Mekah?

Hukum-hakam dan sunnah diambil kita syari'at Islam sudah sempurna, yakni apabila Rasulullah wafat. Bukan apabila syari'at Islam baru bermula. 

belajar menerima kehadiran insan baru

(iv)
TD,

poligami adalah budaya arab dan AQ endorsed.

Bila Islam sampai ke tanah melayu, poligami bukanlah budaya rantau kita, maksudnya ia bukan budaya melayu berpoligami.

Maka sebab tu bila TD berkempien sehingga 100 mukasurat, ia tak bergedih sebab, poligami bukanlah budaya melayu

Syaikh,

Poligami ialah budaya atau syari'at Islam?

Memakai tudung juga bukan budaya wanita melayu sebelum kedatangan Islam....

Mengkafankan mayat juga bukan budaya melayu sebelum kadatangan Islam....

(v)
ye lah...isteri aku fobia dgr hadis yg berbunyi tak bau syurga...hehe

dia bg aku kawen lg dgn syarat aku dah mampu...aku ni cukup2 je skang ni...


Menjadi satu kelaziman apabila suami nak nikah lagi, isteri sedia ada membuat pelbagai alasan bahawa dia (suami) tidak layak untuk nikah lagi.

Padahal sebelum mereka bernikah satu masa dulu, suami juga serba serbi tak layak. Akan tetapi masing-masing sanggup berkorban untuk terus berkahwin.

Kenapa tiba-tiba untuk poligami lain pula cerita?


belajar memimpin dan dipimpin.

Dan banyak lagi di sini

Tidak Matang

Sangat tidak matang apabila dua pihak menjustifikasikan kebahagian masing masing. Bahawa merekalah terpaling bahagia, orang lain semua tak b...