Tuesday, 16 August 2011

Citra Cinta Buat Kekanda

Mahu berkongsi sesuatu yg sangat menarik, Tulisan seorang adik kepada abangnya. Indah sungguh. Website si abang : www.drmaza.com.


Terasa lama tak ke temu, aku di hutan batu memburu cita-cita yg entah bila kan bertamu dan kau di lautan ilmu melayari perjuangan penuh liku...Pada sejenak pertemuan lalu, ku rangkul sebakul ilmu dan pesanmu yang sempat ku jala di teluk bicara antara kita..kau kakandaku... ku coret citra tentang dirimu sekalipun aku sebenarnnya tidak cukup tahu...

Lahirmu di cerok desa bukan di sibuk kota...Kau putera pertama buat keluarga...Ibu bilang kau luar biasa...tapi aku tidak tahu mengapa...Sungguh, ibu itu lebih kenal anaknya...bila aku mendewasa, maka aku sendiri bilang, kau kekandaku, kau luar biasa...

Seawal sang mentari menjengah diri, sealur cahaya merangkak di kaki langit...kau sudah berdiri...ke rumah tuhan kau bertamu, mencari secebis kekuatan untuk bekalan sepanjang jalan... Siang hari, hari-hari, hari minggu... kau memerah minda mencari idea...tiada cuti atau ruang henti...tika mana idea bertandang, saat itu kau berjuang...

Sungguh, kau seorang pejuang..kendatipun bukan parang dan senapang di medan perang, minda dan penamu senjata di medan juang...Kau pendekar beraksi di gelanggang...bukan gayung mahupun garuda menjadi pencak, tapi bicara dan katamu yang cukup lunak menerajang masuk ke gendang-gendang telinga seluruh warga, mengetuk-ngetuk pintu hati segenap manusia...Tutur yang kau atur bersandar kalam tuhan dan citra rasul...tiada rekaan, tiada dogengan...kerana hakikat kau tegar pada tekad...yang benar harus harus diwar-war...biar manusia sejagat sedar...dalam perjuangan tiada tawar menawar...

Manusia, pelbagai manusia...luarnya sama, dalamnya beza...luarnya beza, dalamnya sama..luarnya beza, dalamnya beza...luarnya sama, dalamnya sama...Ada yang pura-pura sama, ada yang pura-pura beza...Maka, apa yang kau bilang, ada yang senang, ada yang tentang... Mereka terima senang bagai suluh cahaya terang ke lubuk jiwa yang suram dan kelam...buah minda yang kau gugurkan, dibiar ranum menjadi benih di tapak semai yang lama terabai...hujahmu dibiar menjadi hujan menyirami tanah yang kontang dan gersang...Lalu dengan izin Kerajaan Semesta, sepohon insaf bertunas, mendewasa menjadi sekebun takwa...dan dirimu kekanda, menyaksi kebun berhasil luar biasa, tiada kau bersorak berpesta, sebaliknya berteleku syukur di hadapan Ashakur...Bagi mereka yang menentang, bicaramu bagai selumbar-selumbar bisa, merobek ke dalam struktur jiwa...ada yang berpekak telinga berbuta mata...ada yang berantakan dengan kata dan nista...dan kau terima dengan senyum bersahaja...busuk hina cerca mereka, kau buat baja...ini juga pemberian dari yang Esa...

Kekanda...aku tahu kau juga manusia...sehebat mana minda, dan sepatah mana bicara...hatimu pasti masih punya deria... Mampu rasa luka dan derita... Mana tajam bicara tak menguris jiwa... Mana lunak suara tak meruntun sukma... Terkadang kau ketawa...Mungkinkah hatimu berairmata? Tika bibir tersenyum mesra, matamu tidak turut serta... Apakah di saat matamu terpejam lena, mindamu ligat mencari idea? Kekanda, sungguh rapi kau kunci hempedu perjuangan di peti kalbumu..tak terlihat di raut wajah, tak terpamer di laku tingkah...Pastinya di bening pagi, saat waktu bagai terhenti, jiwa mu yang parah, kau pasrah dan berserah pada si Dia yang Maha Gagah...

Kekanda...kerana kau juga manusia...pastinya kau kenal lelah dan penat...namun rehatmu sering tak ku lihat... terkadang kau terbang di langit biru ke pelusuk bumi yang lagi satu, menabur ilmu dan memberitahu...sesaat kau kembali, belum sempat kaki bertapak, kau harus pergi menabur bakti...di sana, di sini..di mana-mana...tidak henti-henti... sejenak ke rumah...kau ukir senyum buat anak dan isteri...Ah, kekanda...pastinya kudrat mu bukan tulang empat kerat, tapi gigihnya semangat jihad... Kalau kerana gaji dan angka pastinya kau bersenang suka bersama keluarga...Kalau kerana nama dan puja, pasti kau kempen dan rebut kuasa...Namun kau bagai berdiri sendiri, berkecuali dari yang merebut kerusi, mahupun yang tak ambil peduli...Pasti ini kerana si Dia dan kekasihnya... aku tahu kau cinta...jika tidak, pasti kau menjeruk rasa...dan kerana cinta, kau tak kenal putus asa...

Kekanda...tidak manusia nan tidak gawal...justeru, kerana kau juga manusia, pasti kau tak lepas terkhilaf cara terlanjur kata...namun akurmu pada tegur menyerlahkan budimu yang luhur... Mungkin aku terlalu memujimu...dan aku tahu bukan itu yang kau mahu...Namun kekanda...biar kau bakar semangatku...mungkin kita di padang berbeza...namun aku juga ingin menjadi kesatria...

Aku senang bersamamu..Bertamu di teratak mu bagai melangkah ke ujana ilmu...bukan mahligai mewah, tetapi rumah khutubkhanah...Kau sering menglipur lara dan melawak senda...Namun disebalik itu kau memberitahu apa yang aku tidak tahu...pada tutur kata, kau semat nasihat dan kata hikmat...agar aku bisa ingat...lantas ku pahat rapat, dengan paku yang paling kuat, iaitu iman dan taat...

Ah, biar kalam bersulam madah, berkisah tentangmu, pasti tak pernah sudah...Cukuplah, sekajang citra seruang kata ku ukir untuk dirimu yang mungkin tak pernah tahu, kau sering di hatiku...menjadi obor suluh menyemarak semangat jihad di sanubari adindamu...Kakanda,doaku agar kau tegar dan teguh merempuh badai di tengah arungan manusia yang pelbagai citra demi melestari cintamu pada si Dia...Moga korban raga dan jiwa mu, kelak menjadi saksi saat kau dan Dia bertemusua...

kepada kekanda2 saya, saya mengagumi kalian, seperti adik ini mengagumi abangnya.

Friday, 12 August 2011

ADA SEORANG BUDAK


Ada seorang budak
rupanya biasa sahaja
tidak buruk tidaklah jelita
Tapi punya cinta dan cita
seluas semesta.

Ada seorang budak
Ilmunya sebutir pasir cuma
Tapi mahu bercerita semua
Mahu mengulas isu dunia
Kadang kadang isu agama

Ada seorang budak
Lagaknya fasih berhujah
Padahal hanya menyumpah
Dari hati yang keluh dan resah
Sedang ilmu tidak langsung dijamah

Ada seorang budak
belajarnya bukan agama
tapi konon tahu belaka
di sana sini mahu besengketa
jangan jangan sudah gila !

Memang!
aku ini rasanya seperti gila.


*hahaha..tak,tak..aku tak gila.nauzubillah. ini tiada kaitan dgn yg hidup dan mati, sekadar mainan perkataan, susunan huruf dan gerakan jari yang menekan papan kekunci laptop. Sudahku tanya pada jari, pada huruf, mengapa mesti ia ditekan, mengapa mesti ia disusun begitu..jawapannya-entah.

Thursday, 11 August 2011

Agar Poligami Digemari.


Ramainya yang sensitif mengenai poligami. Mengapa ya? Entah, saya belum bersuami.
 Apa pun, tak salah untuk me’muntah’ pendapat.

Pertama, ramai yg berfalsafah, ‘saya mahu menjadi seperi Fathimah dan Khadijah, tidak pernah mereka dimadukan’. Kenapa? Apakah menjadi Fathimah dan Khadijah itu lain kemuliaan berbanding Aisyah, isteri2 nabi yang lain, juga Hajar dan Sarah? Kalau pandai berkata pada lelaki ‘nak ikut sunnah nabi tang poligami je, tang lain x mau ikut..’ maka begitu juga lah kpd perempuan yg berhasrat menjadi Fathimah dan Khadijah hanya untuk amalan monogami, amalan2 lain mahu jadi seperti siapa? Ning Baizura? Celine Dion? Atau Rosmah?

Kedua, 
Anda sedang menaiki sebuah kereta bersama suami anda. Ada 3 seat kosong di belakang. Sepanjang perjalanan yg jauh, anda bertemu ramai perempuan2 yg berjalan kaki di jalanraya. Mereka tiada kereta, juga tiada pemandu. Mereka terdedah kepada bahaya kiri dan kanan, depan dan belakang, kerana mereka sendirian. 

Di jalanraya yg penuh dengan kereta dan kemudharatan2 lain, adakah anda akan menumpangkan perempuan2 itu bersama2 anda? Adakah anda akan menumpangkan mereka, atau anda terus hanya melihat, melambai dan tersenyum lalu meneruskan perjalanan berdua?

Analoginya mudah,
Kereta, pernikahan.
Pemandu, suami.
Penumpang, isteri.
Jalan raya, kehidupan.

anda hanya mungkin tidak akan menumpangkan saudara2 perempuan anda jika 

1. Destinasi anda berbeza dengan mereka.
Matlamat kehidupan anda dan perempuan2 itu sama sekali berbeza. Anda mungkin mahu ke syurga, dan tidak mereka. Anda mungkin menuju kepada Tuhan, dan mereka mungkin berbeza. Lalu anda sama sekali tidak boleh menumpangkan mereka.

2. Suami anda seorang pemandu yg tak ada lesen, tak pandai memandu.
Kehidupan anda bersama suami sangat menyeksakan, kerana suami merupakan lelaki yang tidak pandai memimpin, tidak berilmu, berpenyakit atau lain2 perangai yg memudharatkan org lain. Anda lebih baik menasihatkan suami anda untuk tidak bernikah dengan orang lain sehingga dia betul2 mampu memandu kehidupan.

3. Kereta anda buruk, kalau mereka naik sama, mungkin runtuh atau tak boleh jalan.
Pernikahan anda sendiri belum bahagia. Tidak terurus ekonomi, tidak stabil emosi, atau masih berbalah setiap hari. Masakan mahu berkongsi dengan orang lain kehidupan begini, kan?

4. Suami anda tak mau tumpangkan mereka.
Suami anda memang tidak ada niat untuk berpoligami. Not interested at all.



Baru2 ni, dalam akhbar ada mencatatkan statistik lelaki yg belum berkahwin di Malaysia adalah lebih ramai dari wanita yg belum berkahwin. Jadi, tak perlu la berkongsi2 kan?

Lelaki yang belum berkahwin itu adalah keseluruhan lelaki2 di Malaysia yang menghuni pusat serenti, yg mendiami penjara, yg menggeluti dadah, yg bergelandangan di tepi2 jalan, yg sakit mental, dan paling sedikit yang menuntut di universiti2.

Jadi, adakah perempuan2 yg berkelulusan, beragama, dan beriman mahu ‘berpemandukan’ lelaki2 yg tak ada matlamat hidup pun? Dari menaiki kereta bersama pemandu yg mabuk, lebih baik berjalan kaki sendiri kan? Dan bertambah lebih baik jika ada yang sudi menumpangkan. =)

Lelaki bujang yang belum berkahwin dan yg berkualiti amat sedikit jumlahnya. Mereka ini sangat berharga di mata perempuan yang mahu berkahwin. Mereka menjadi rebutan, yang disana mahu, yang disini nak, yang disitu gila kan dia, mereka bebas memilih mahu yang mana. Lumrahnya, mereka akan memilih yang paling cantik (kerana hanya cantik dapat diukur, iman dan taqwa Tuhan sahaja ada nialaiannya). Lalu, bagaimana perempuan yg kurang cantiknya? 

‘ada la tu jodohnya, jgn risau, jodoh di tgn Tuhan.’

Semua perkara di tangan Tuhan, sayang. Tidak ada pun perkara di tangan mak sedara kita. Fikir2kan..

*geram eh tengok isteri2 yg duk puji2 suami kt fb, blog, yg duk crita2 yg suami depa baik, tp x bagi suami kahwin lebih. Kalau pmpuan biasa2 buat camtu xpa, ni pmpuan2 alim2, pun xpaham2 ka? Ngeee..

*anda berhak untuk tidak bersetuju 100% dgn tulisan ini. Kerana ini hnya ngomelan dari sy tanpa merujuk mana2 dalil dan nas. Apatah lagi sy hanya budak2 yg blum mumayyiz..Hihih..

Sunday, 7 August 2011

Khabar Dari Abang

Khabar Dari Abang
Katanya mahu jadi pejuang
Tidak lagi boleh pulang
Hanya kini perlukan wang
Tunai mahupun hutang

Bersimpuh emak merintih
Kepada Tuhan dicerita pedih
Tiada upaya lagi memerah keringat
Pada usia tua menjelang tamat
Emak seharusnya sudah habis berkhidmat

Namun, khabar dari abang
Emak redha walau bukan senang
Meminta wang dari orang
Bagai memikul malu selautan
Demi perjuangan abang
Emak rela kan.

Khabar dari abang
Dia berjuang untuk tanah air
Bumi watan harusnya kembali dimiliki
Jangan biar ia ditelan sang pendengki

Tetapi,
Emak disini siapa mahu peduli?
Yang setiap hari membilang helaian baki
Agar cukup untuknya membahagi
Buat si adik kecil yang masih mengaji
Juga buat si abang pejuang yang belum mampu berbakti!

*emak itu tetaplah selamanya emak. Untuk Harun dan ibunya, semoga dibukakan jalan sudahnya. Mama bercerita bila pulangnya dari Thailand baru2 ini.

Ini Bahagia Kita.


Menatap gambar2 percutian keluarga di laman2 facebook dan blog sahabat2 mengundang cemburu. Bilakah agaknya diri berpeluang menikmati secebis masa bersama keluarga yang diisi dengan aktiviti bersama. Bilakah agaknya dapat diatur 1 percutian keluarga, mengumpul dari yang sulung samapi bongsu, menambah rasa sayang dan rindu. 

Masing2 sibuk dengan peranan dan taklifan di bahu yang memang tergalas berat pada diri yang berilmu. Masing2 punya jadual padat yang terisi untuk masyarakat. Setiap masa dan saat barangkali sudah ditempah orang di pelbagai tempat. Sehingga masa untuk bersama keluarga pun sekadar ‘jika ada masa’.

Pun begitu, gambar2 yang saya tatap sebentar tadi, bukanlah mereka yang tidak punya tanggungjawab lain selain keluarga. Mereka malah lebih tertonjol sebagai aktivis, sukarelawan, dan pemimpin masyarakat pun.

Mungkin,

Inilah bahagia cara kita. Kita memilih untuk bermesra sambil menikmati masakan ibu sahaja. Kita lebih selesa bahagia dengan cara berada di rumah bergurau senda.  Kita gembira berbalas hujah dan berpendapat beza. Ya, itulah bahagia cara kita.

Jika ada yang bertanya, ‘keluarga besar awak tak ada family vacation ke?’
Kita jawab sahaja ‘kita ada cara sendiri untuk bahagia.’

Terjemahan pada bahagia itu berbeza pada setiap manusia. 

Pernah merasa hilangnya cinta?
Pernah berdarah tajamnya lidah?
Pernah ada tanya di mana sakitnya?
Pernah ada tunggu hadir nya keluarga?
Ya, pernah berdoa untuk sampai ke syurga bersama.

Thursday, 4 August 2011

Mengurus Perbezaan.

Indahnya hidup apabila pandai mengurus perbezaan. Sesungguhnya, jika kita ikhlas mahu berdakwah, tiada niat sedikit pun mahu berbalah.

Yang kat bawah ni saya petik dari drmaza.com sewaktu beliau menziarahi tok guru Pondok Pasir Tumbuh.

"Ya, saya akur bahawa terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara sesetengah pihak termasuk saya dengan beberapa pandangan dan pendekatan yang biasa dipegang atau diamalkan di sebahagian pondok pengajian tradisional melayu.

Pun begitu, ia bukanlah sebab untuk kita tidak menghormati tokoh dan menghargai antara satu sama lain. Ukhuwwah dan kasih-sayang sesama muslim tidak wajar diputuskan hanya kerana pandangan yang berbeza dalam beberapa masalah furuk.

Manusia ini, selagi dia manusia akan ada perbezaan pendapat antara mereka. Mereka yang pernah berada bawah didikan Nabi s.a.w iaitu para sahabah baginda pun mempunyai perbezaan pendapat dalam kalangan mereka. Apatah lagi kita yang sudah jauh jarak waktu antara kita dan baginda s.a.w.


Saya memegang tangan Tuan Guru Hj Hashim

Setiap insan –setelah mempelajari hujah dan dalil- hendaklah berpegang dengan pendapat yang dia yakini paling diredhai Allah. Ini kerana setiap kita akan menjawab untuk diri sendiri di hadapan Allah Azza wa Jalla atas jalan yang dipilih. Tiada siapa yang dapat menolong, melainkan keikhlasan kita dalam beragama. Tanda keikhlasan itu, seseorang memilih apa yang dia yakin –berdasarkan ilmu yang dipelajari- bahawa itulah yang Allah mahu dalam beragama. Bukan atas emosi, bukan atas fanatik. Sebaliknya, atas ikhlas dan yakin.

Selepas itu, kita akur nanti akan ada perbezaan. Kita hormati pilihan setiap saudara muslim kita. Dengan syarat, ianya dalam lingkaran ilmu. Soal keikhlasan, niat dan hasrat setiap kita hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita tidak dapat menilai apa yang terselit dan berselindung dalam dada orang lain. Hakikat batin setiap insan menjadi rahsia Allah yang kita tiada ruang untuk kita masuk campur mengenainya.

Maka, tiada siapa dapat memaksa orang lain mengikut pandangannya atau ulama pilihannya. Entah berapa ribu para ilmuwan sepanjang sejarah ilmu dalam Islam ini yang telah melahirkan pelbagai pendapat. Mereka semua itu pun di bawah lembayung Ahlus Sunnah wal Jamaah. Setiap mereka telah berhujah dan berbeza pandangan.

Kita ini menuruti rangkaian sejarah yang sama. Memilih dan memberikan pendapat. Tujuannya hanya satu; mencari keredhaan Allah dan memilih jalan dalam beragama yang diyakini memenuhi kehendak Allah dan rasulNya.

Tiada siapa boleh berkeras kuasa ke atas orang lain dalam persoalan ilmu, melainkan sekadar berbicara dengan hujah dan alasan yang dia yakini. Kemudian, dia patut berkata seperti al-Imam as-Syafi’i r.a. (wafat 204H) yang menyebut:
“Pendapatku betul, ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul”.
Demikian zuhud dan waraknya imam yang agung itu. Bukan seperti sesetengah orang, pendapatku betul, pendapat orang lain sesat dan terroris! "


~ cuba bandingkan dengan blog abu-syafiq.blogspot.com dan ustazmoden.wordpress juga http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/04/wahabi-akui-ulama-halal-liwat.html

~macam budak2 pulak kan gaduh2? padahal ustaz2..

What's inside our fridge?


Ingatkan tak ada makanan bila semua orang puasa. Tadi buka peti tengok, banyak juga benda yang boleh dimakan. Wow!

1.       Cendol
2.       Jelly
3.       Variety of fruits - mango, guava, sunkist, pineapple, durian, watermelon.
4.       Beverages -Chill soy drinks, 100 plus.
5.       Walls fruit salad ice cream
6.       Aiskrim jagung magnolia

Itu je kot, entah la kalau ada yg tak perasan.

Syukur lah, kita mewah dgn makanan. Ramai orang tak ada makanan kat luar sana.mereka semua perlukan kita. Semalam tengok dokumentari tentang sisa pepejal di Malaysia. Malaysia antara negara membangun yang paling banyak membuang sisa pepejal makanan setaraf dengan negara maju. Wow, belum maju pun membazir tak tentu hala. Kita lah tu kan? Ok, muahasabah.

child dies for hunger every 6 seconds starvation – juesatta.

Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...