Esok malam, saya akan pulang ke kampung. Biarpun tidak bercuti, hanya mengharapkan dua hari hujung minggu, saya mahu pulang memeluk bonda.
Saya rindu.
Hampir dua bulan saya tidak pulang ke rumah itu. Walaupun bertemu bonda baru baru ini di Putrajaya dan Langkawi , tetap tidak sama dengan bermalam dengan bonda di teratak kami, bersarapan bersama waktu pagi dan memasak bersama di dapur itu dan makan beramai ramai dengan kakanda kakanda yang ada.
Merindui juga dengan anak anak saudara di kampung. Tapi mereka sudah menginjak besar, susah mahu peluk cium sekarang.
Semoga saya selamat pulang dan datang kembali. Amin.
When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Wednesday, 10 April 2019
Tuesday, 22 January 2019
Tentang Takdir
Lima Bulan Pertama
.
Setiap hari kita ternanti nanti takdir apa yang bakal kita depani. Apakah lebih indah dari sangkaan, ataupun yang sememangnya kita minta dijauhkan, tetapi tetap juga ia datang?
.
Memikirkan jalan takdir di depan, di situlah teruji sikap sebagai hamba. Bahawa harusnya sebagai hamba, bersangka yang baik baik kepada Tuhannya. Takut dan curiga, perlu dilenyapkan dengan keyakinan Allah Maha Baik Sentiasa. Namun tidak menghalang untuk sentiasa berjaga dan meminta minta untuk sebuah takdir yang indah.
اللهم اني اسالك ان تجعل كل قضاء قضيته لي خيرا
Doa yang diajar Nabi sentiasa memenuhi keinginan di hati, lengkap dan sempurna.
.
Tentang perkahwinan, ada banyak sangkaan yang perlu saya uruskan. Saya menyangka berbagai kemungkinan, sehingga saya begitu tertekan sebelum aqad dilangsungkan.
.
Saya bertanya kepada bakal pasangan, tetapi jawapannya masih tidak memberi saya tenteram. Lalu saya berfikir, dia juga seperti saya. Tidak pun tahu apa di hadapan, maka bagaimana boleh dia memberi kepastian kepada sebuah persoalan?
.
Saya damaikan perasaan hanya dengan memenuhi hati dengan bersangka baik kepada Tuhan.
.
Ketika menjejak lima bulan pertama, ternyata yang baik baik yang saya minta, semua Allah kabulkan. Saya malu sendirian, berfikir yang bukan bukan kepada Tuhan.
.
Saya tahu, hari hari di depan nanti, ujian dan cabarannya akan ada sentiasa. Saya merayu kepada Tuhan, untuk Sentiasa menjadi Maha Baik kepada saya seperti selama ini Dia Memberi tanpa henti.
.
Keperluan seorang hamba sebenarnya hanya ada satu, iaitu Tuhan. Maka ia cukup.

Sunday, 16 December 2018
Sepi
Entah kerana usia yang menjangkau tua, ataupun kerana baru merapat dengan manusia,
selalu sahaja rasa sedih apabila ditinggalkan.
Padahal, yang pergi itu tidak pun memudahkan apa apa urusan kita. Bahkan memperbanyak perkara dalam hidup kita, iya.
Padahal, sebelum ini tidak ralat pun bersendiri.
Sungguh perasaan ini tak best. Ia beban yang menggerutukan kelicinan jiwa.
Tak boleh ke kalau nak rasa biasa biasa je?

Tuesday, 13 November 2018
Kembali
Dua tahun sunyi.
.
Bukan berhenti menulis, tak pernah. Tetapi berpindah ke medium lain yang lebih mudah.
.
Demikian insan sering melupakan setelah ada yang mengganti. Mohon kemaafan. Sekarang kembali..!
.
Ada banyak cerita yang ingin dikongsi. Banyak sekali.

Sunday, 21 August 2016
Bolehkah penceramah meminta bayaran mahal?
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing.
Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah banyak saya hadiri ceramah2 berbayar, saya berbeza pula.
Pada saya, seseorang penceramah berhak menetapkann bayaran atas khidmat yang mereka berikan. Dan dari sudut aqad jual beli pun, saya rasa ia sah. Sebab kita memang dapat kesan dan ilmunya. Melainkan kalau aqad jual beli hantar pahala pada si mati. Tak ada resit pahala turun dari langit.
Em, jadi, tak perlu sekat hak penceramah.
Pada saya, saya sanggup bayar ceramah tinggi, tapi hasilnya sangat memuaskan kerana penceramah buat homework, ada banyak ilmu sahih yang diberikan untuk kita amalkan.
Berbanding penceramah yang tak letak harga, tapi sekadar omongan kosong, bergelak ketawa dan membebel. Itu lebih membuang masa yang tentunya lebih bernilai dari wang.
Sekarang ni saya tengah fikir nak ajak peenceramah yang boleh menyentuh hati para guru di sekolah saya termasuk saya untuk hadir beri peringatan. Saya rasa saya sanggup nak sponsor bayaran penceramah tu asalkan apa yang diberi kita puas hati. Bukan apa, guru2 ni saya rasa kering rohani (hahah suka hati je) sebab tu la suka gaduh2, cari pasal, dengki2, mengumpat2, cerita pasal orang tak habis2.
Tapi tak ada duit pula nakk sponsor. Dalam kepala otak saya ni, saya nampak penceramah2 yang memang pandai main hati dan perasaan. Kalau ajak Dr Rozaimi memang tak jadi
Mungkin Ust Pahrol, Ustazah Norhafizah Musa atau Ust Sallehuddin mungkin?
(sebab saya fikir, katakan ada 2 program, satu berbayar satu free, tapi jemputannya berbeza. yang berbayar tu selalunya banyak input, ada rujukan, yang free tu buat lawak dan membebel je. mesti la kita sanggup bayar kan?)
Beban
Hidup ini bukanlah untuk meniti masalah demi masalah. Walaupun hakikatnya ujian tanpa henti akan datang dan sepenuhnya kita akan hidup dalam ujian.
Tapi lihatlah dari kaca mata bagaimana Maha Penyayang mengajarkan kita. Bahawa setiap kesakitan itu ada dosa2 yang terampun, darjat2 yang ditinggikan. Bukanlah sekecil jangka di dunia ini harapannya, tapi seorang mukmin melihat jauh kediaman abadinya.
Kalau Allah telah siapkan tempat paling indah untuk hambaNya di sana, apakah akan ada lagi rasa beban berat duniawi di sini? Apalah bandingannya. Hiduplah dengan gembira sahabatku. Allah menyayangi kita. Percayalah.
Manhaj Salaf lebih mudahkah?
Mungkin ada yang menyangka ramai-ramai ikut manhaj salaf ni
mesti sebab nak benda mudah. Ya, manusia mestilah nak cari yang lebih mudah, tapi
tidak bermudah-mudah. Nabi pun apabila ada 2 pilihan (yang kedua2nya halal),
baginda akan pilih yang lebih mudah.
Tapi betulkah manhaj salaf ni atau so called being a Salafi;
lebih mudah?
Okay, saya bagi contoh ya.
Sejak 2005 saya baca tulisam drmaza, 2009 saya follow
youtube dan kenal ramai asatizah lain. Mereka, sangat tekankan tentang solat jemaah
di masjid bagi lelaki. Sehingga saya nampak kecenderungan mereka untuk memilih
pendapat wajib berjemaah itu sepertinya ada. Jadi, saya beranggap orang lelaki
kalau tak berjemaah di masjid ni kiranya tak cukup salafi lah.
Masa saya ke Seminar Solat baru-baru ni, Ustaz Fahmi
(pembentang) bertanya kepada audien, apakah hukum solat jemaah bagi lelaki. Ada
seorang peserta lelaki yang masih muda mengangkat tangan dan menjawab ia
merupakan fardhu ain yang wajib bagi setiap lelaki..! Saya ingatkan saya sorang
je yang rasa-rasa macam tu (mungkin sebab saya perempuan), rupanya ada juga
lelaki salafi yang berpegang pada pendapat tu. Beliau mengemukakan hujah hadis
nabi yang ingin membakar rumah sahabat yang tidak berjemaah di masjid. Ustaz
Fahmi tu pun terkagum sebentar, sebab peserta tersebut memilih pendapat itu.
Jadi, point saya di sini ialah, tak ada lah sebab mudah juga
orang memilih salafi ni.
Yang kedua, puasa qadha dan puasa ganti. Dulu-dulu saya
berpegang boleh digabungkan. Kan senang. Tapi bila dah belajar dengan
ustaz-ustaz salafi ni, pendapat yang tidak gabung lebih kuat pula. Jadi saya
yakin yang itu. Terpaksalah pegang yang itu. Kalau dah yakin dan jelas
pendapatnya lebih kuat begitu, tiba2 kita berpegang pada yang lemah hanya
kerana mudah, itu dipanggil tatabbu’ rukhas (bab inilah yang saya geram kat
seorang ustaz kat seminar berbayar yang saya hadir, tapi bagi jawapan semua
talfiq tu tatabbuk rukhas. Pastu nasihat saya focus bidang sains. Geram je
rasa..)
Ha, jadi, bukan juga senang pun kan?
Lagi, dalam manhaj ni, perempuan haidh boleh baca quran. Jadi,
sebelum ni kalau haidh, relaks aje la. Ini tak boleh la nak relaks.
Dan banyak lagi sebenarnya amalan2 sunnah yang sangat
ditekankan oleh para ustaz/ah kami. Berbanding dulu-dulu sebelum kenal manhaj
ni, banyak yang tak tahu.
Sebenarnya, kita ini ummat Nabi Muhammad yang memang akan
ada cinta kepada baginda. Semua itu tak perlu diterangkan kerana saya rasa
mesti semua orang akan ada, cuma perlukan sentuhan yang tepat saja untuk kita
sedari dan nikmati perasaan tu. Sebab tu kita tengok kalau ada agama lain hina
Nabi Muhammad, cepat saja ramai yang protes. Walaupun kadang2 orang yang protes
tu tak ada lah amal sunnah mana pun.
Sepanjang jadi mad’u ni, saya dapat rasa pendekatan yang
berbeza lahirkan kesan yang berbeza. Dulu bila ustaz cakap buat perkara itu ini
sunat, kita rasa biasa saja. Apatah lagi sunat tu maksudnya kalau buat dapat
pahala, kalau tak buat TAK APA JE. Jadi, kita pun tak ada lah rasa teruja nak
buat. Biasa-biasa saja.
Tapi bila kita gunakan pendekatan, perkara ini nabi buat dan
nabi suka kalau kita buat. Kan lain bunyinya tu. Apatah lagi kalau kita
takrifkan sunat tu, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat, RUGI LA. Keterujaan
untuk buat sunnah tu akan ada. Sebab, di situlah titik cinta pada Nabi dalam
jiwa yang boleh kita sentuh.
Orang selalu nampak, manhaj salaf ni suka cari pasal, cari
gaduh dan nak bincang hal khilaf je. Tapi saya rasa tak juga, ya mungkin sesetengah
ustaz ada yang bersikap begitu. Tak semua. Kalau boleh saya sebutkan nama
ustaz2 yang banyak ajar saya amalan2 sunnah dan mereka tak terkenal dengan suka
cari gaduh pun.; Ustaz Sallehuddin Abu Samah, Ustaz Umar M.Noor, dan Dr
Zahazan.
Banyaknya pahala mereka kan..mereka ajar amalan2 sunnah yang simple2
je, tapi kadang2 kita tak pernah tahu pun. Ada juga yang dah lama tahu, tapi
tak buat, tapi bila mereka terangkan nabi buat dan ganjaran2 yang diperolehi,
barulah rasa nak buat.
Saya bukan apa, macam politik jugak. Kalau kita asyik dengar
tv3 je, memang la nampak UMNO semua baik, pembangkang semua salah. Sama jugak
kalau asyik baca Harakah je.
Benda ni pun sama, kalau kita ‘dengar-dengar’ dari orang je,
memang kita tak akan nampak perkara sebenar. Sebab tu kita kena dengar pelbagai
pihak. Saya dengar je semua ustaz kat youtube tu. Tapi kalau ustaz yang hentam
salafi ni, mesti hujah dia tu saya boleh counter. So nak buat macam mana
kan..haha. sama juga walaupun drmaza marah sangat kat faisal tehrani, tapi saya
baca je novel dia.
Semua itu sebab kita ini ada akal. Tuhan bagi suruh guna,
bukan suruh simpan.
Nak marah juga sebenarnya kalau orang tak tahu menahu lepas
tu nak mengata2 pada manhaj salaf. Semua ni sebab baru dengar kuliah ustaz yang
hentam wahabi sebenarnya. Kan dah berjaya hasilkan tulisan panjang setelah
sekian lama tak menulis. Ayat pun dah tak proper. Tua2 ni malas pula nak susun
ayat canggih2.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tiada Daya
Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah. Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...
-
will you marry me? Nabi sedang berceramah di hadapan. Ada wanita di belakang mahu menutur sesuatu. Nabi memberi ruang. Kata wani...
-
My Sceintific English class yesterday was exciting. It magnetized my passion towards upgrading my English due to age and future career of mi...
-
Kebelakangan ni, banyak pula saya jumpa rakan2 yang berhenti menjadi guru. Ada yang sebaya saya yang baru setahun bekerja. Berhenti dan be...