Monday, 19 March 2012

Untukmu Pejuang


"Sahabat ... biarpun kita tdk sependapat dan sealiran dgn beliau atau mana - mana pimpinan UMNO, kita jgn aibkan peribadi serta mendedahkan keaiban mrk. Kita hanya attack dasar dan polisi mrk, kita tentang maksiat dan mungkar mereka, kita lawan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mrk yg melibatkan rakyat derita dan negara merosot, adapun maksiat peribadi yg tdk diketahui umum serta tdk melibatkan rakyat dan negara, usah dedah dan aibkannya."– NASRUDDIN HASSAN.


Pada zaman pemerintahan Ali, ada segolongan yang menentang Ali. 

‘Adakah mereka itu syirik? (Ahum musyrikun)’

Ali menjawab, ‘Tidak, bahkan mereka lari dari syirik.’

'Adakah mereka yang menentang itu munafik?’
                                                                                                        
Ali menjawab, ‘Golongan munafik tidak mengingati Tuhan melainkan sedikit. Tetapi mereka banyak mengingati Tuhan.’

‘Lalu, siapa mereka wahai Ali?’

‘Mereka ialah saudara2 kita yang cuma berkelahi dengan kita.’

Begitu waraknya pemuda didikan Nabi. Menjaga setiap butir kata yang terbit dari bibir. Kerana hanya ada dua kemungkinan, sama ada kata2 itu akan memberatkan timbangan kebaikan, atau menambahkan berat amal kejahatan. Pilihlah.

Hari ini, mudahnya manusia menuduh yang lain munafik, laknatullah, bahkan kafir. Astaghfirullah.. 
Kalau pun benar dizalimi, tahanlah diri dari menghukum,mencaci dan memaki. Kita hanya pejuang, bukan penghukum. Allah lah sebaik2 penghukum. Serahkan padaNya. Tidak akan memudahkan jalan kemenangan pun dengan kata2 kesat begitu. Sedikit pun tidak..

Perjuangan Islam itu tidak pernah ada walau sebaris maki pada musuh. Ia suci. Jangan cemarkan dengan nafsu marah kita. 


*khas untuk pejuang Islam. Kita semua pejuang Islam.

Thursday, 15 March 2012

Rendang Tak Berbuah



 [4] (ث 2) عن عطاء عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه أتاه رجل فقال أنى خطبت امرأة فأبت أن تنكحني وخطبها غيرى فأحبت أن تنكحه فغرت عليها فقتلتها فهل لي من توبة ؟ قال أمك حية ؟ قال لا ، قال تب إلى الله عز وجل وتقرب إليه ما استطعت ، فذهبت فسألت ابن عباس لم سألته عن حياة أمه؟ فقال : ( أنى لا أعلم عملا أقرب الى الله عز وجل من بر الوالدة ) صحيح : (( الصحيحة )) (2799) 

 'Atha' menceritakan: Seorang lelaki datang kepada Ibn Abbas r.a. Lelaki itu berkata: 

Aku telah meminang seorang perempuan, tetapi dia menolak pinanganku, lalu datang pula seorang lelaki lain meminangnya, lalu dia menikahi lelaki itu.

 Aku berasa cemburu lalu aku membunuh perempuan itu. Apakah masih ada taubat untukku? 

Jawab Ibn 'Abbas r.a: Apakah ibu mu masih hidup? Jawab lelaki itu: Tidak. 

Kata Ibn 'Abbas r.a: Bertaubatlah kepada Allah, dekatkanlah diri mu kepada sedaya yang engkau mampu. Lalu 'Atha pergi berjumpa Ibn 'Abbas dan bertanya: Kenapa engkau bertanya apakah ibunya masih hidup?

Jawab Ibn 'Abbas: Sesungguhnya aku tidak tahu satu amalan yang lebih mendekatkan diri kepada Allah selain berbuat baik kepada ibu.

[Sahih al-Adab al-Mufrad: 2]

*jika benar mahu mendekatkan diri kepada Allah, mari kita check amalan baik kepada ibu. Kalau mahu ikut redha ibu, semuanya ibu meredhai asalkan tidak melanggar hukum. Tidak pedulikan dia sekalipun, ibu maafkan. Kerana dia ibu, tetapi hanya setakat itu kah balasan seorang anak buat ibu? -Pesanan untuk diri-*

Sunyi tenggelam
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan mati
Di sisiku

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya meneduhkan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya oo
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata

Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya

Berikanlah pengertian
Waktu ku di hujung jalan
Berbicara bahasa Tuhan
Yang menoroh penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk disambut
Biarpun tak bersungguh
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu

Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam~

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata

Rendang Tak Berbuah - Hattan.

Monday, 12 March 2012

Meneka Kehidupan di Hadapan

gambar hiasan
Saya sedang menyiapkan lesson plan Chemistry Form 4. Sayu apabila saya terpaksa membelek kembali buku teks Kimia itu. Sedangkan 7 tahun yang lalu, saya menyelaknya dengan terpaksa, jua dengan harapan dan doa, untuk itu yang terakhir. Saya masih ingat, saya melangkah kali terakhir ke Makmal Kimia di Maahad dengan senyuman, dan impian bahawa saya sudah tidak mahu melangkah ke makmal lagi selepas ini.

Rupanya Tuhan telah siap menulis takdir untuk saya. Saya kembali menatap ilmu yang saya sendiri tidak sepenuhnya cintai. Malah, disuruh pula untuk memikirkan bagimana cara yg paling baik mengajar ilmu itu untuk pelajar. Saya tersenyum sendiri. =p Kelebihan buat saya, kerana saya merasa perasaan seorang budak yang tidak minat Kimia, jadi sebagai bakal guru, saya akan berusaha untuk tidak menjadikan pelajar saya merasai apa yang saya rasa terhadap ilmu Kimia dahulu. 

Bahawa kehendak kita bukan sepenuhnya kita kuasai, saya merasai itu. Jalan yang saya tempuhi adalah pilihan saya, tetapi Allah yang terlebih dahulu mengetahuinya. Maka berjalanlah saya di atas jalan ini dengan juga bersama kekuatan yang saya minta saban hari dengan Allah. Allah beri kuat, maka kuatlah. Allah beri lemah untuk menguji, maka saya pun lemah lah meniti kesudahan hujung perjalanan ini. 

Riwayat hidup seorang hamba yang bertuhankan Allah sungguh indah. Kerana selamanya ada ‘kuasa’ yang bersama setiap waktu. Kalaupun yang datang tidak seperti yang diminta, tetapi keyakinan kepada kuasa yang menentukan adalah penyelesaian kepada kekalutan. Dan, teruslah berjalan dengan tenang walau apa pun di hadapan.

Saya jadi tertanya2, jika usia masih panjang, apa lagi yang tidak disangka berlaku pada masa depan? Hidup ini penuh teka teki, kita menyangka, tetapi Tuhan berkuasa.
gambar hiasan

Tuesday, 6 March 2012

Pedagogi Hudud


Apabila ada yang tidak boleh menerima hudud dan tidak mahu melaksanakan hudud, mungkin dia tidak tahu. Tetapi apabila ada yang tahu, namun menyalahgunakan hudud sebagai senjata untuk keuntungan, maka itu baunya lebih busuk.

Saya fikir, jika mereka orang awam atau orang yang bukan pakar agama menolak hudud, boleh jadi salah orang yang memberi gambaran tentang hudud juga. 

Semester lepas, ada satu forum bertajuk Hudud : Realiti atau Manifestasi anjuran PMIUSM. Walaupun saya tidak tahu di mana kesesuaian penggunaan perkataan ‘manifestasi’ di situ, tetapi saya hadir juga untuk tahu. Berkali-kali berfikir apakah hubungan antara realiti dan manifestasi? Tidak mengapa lah, itu perkara terminologi dan semantik. Abaikan.

Lagipun bukan senang PMIUSM menganjurkan forum begini, selalunya forum ‘Istikharah Cinta’, forum bertemakan cinta Islamik yang sangat tidak saya gemari. Tersenyum2 dalam forum membayangkan bakal pasangan yang beriman dan bertaqwa, sempurna segala segi. Saya tidak suka sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata. Kalau ya pun mahukan yang soleh dan solehah, janganlah menggambarkan satu watak sesempurna watak ayat-ayat cinta atau apa2 cinta kopiah dan tasbih, kerana nanti akan terjun ke dalam telaga kecewa. Mereka yang berkopiah dan bertasbih, bertudung labuh dan berniqab, bukan sesempurna seperti Fahri atau Khairul Azzam mahupun Althafunisa. =)


Kembali kepada hudud.

Seperti di Maahad dahulu, perkara yang sama saya dapat. Jika saya datang dengan ilmu yang kosong terhadap hudud, maka saya pulang dengan pemahaman bahawa hudud ialah undang2 potong tangan kepada pencuri, rejam kepada penzina, sebat dan hanya untuk orang Islam. Saya kecewa dan sedih. Maaf, tiada penambahan ilmu yang saya dapat. 

Kita mahu orang tertarik kepada Islam, tetapi kadang2 gaya kita seperti mahu berkempen jauhi Islam. 

Kita mahu orang masuk persatuan kita. Kita mengajak mereka dengan cara yang bagaimana?

“Adik, jom la masuk persatuan akak ni. Best, nanti adik dapat pergi lawatan free ke Cameron Highland, adik dapat nilai merit, adik dapat baju free, adik dapat....”

Ataupun.

“Adik, jom la masuk persatuan akak, nanti kalau adik tak pakai uniform persatuan setiap hari Rabu, adik kena denda hentak kaki 100 kali, kalau adik tak buat laporan mingguan, adik kena denda RM5, kalau adik tak buat....adik kena denda..”

Mana satu dialog yang paling sesuai digunakan?

Ok, fikirkan!

Biarpun saya bukan orang agama mahupun politik, tetapi mahu juga mengulas. Kata orang, ulasan orang jahil ini lebih menyesatkan. Tak apa, ulasan untuk diri sendiri. Jika kalian takut tersesat, istighfar lah banyak2.

Jangan salahkan pelajar yang tidak faham apa yang cikgu ajar, lihat bagaimana ilmu pedagogi guru tersebut. Janganlah asyik salahkan orang yang tidak faham, lihat dahulu bagaimana cara kita terangkan. Nampaknya ‘orang hijau’ masih gagal menerangkan kepada masyarakat apa hudud yang sebenarnya setelah berpuluh2 tahun. Jika tidak, masakan ada yang tidak boleh menerima keindahan hukum Islam.

Juga, jika mahu bertanya pendapat pun, tanyalah yang ahlinya. Yang hang pi tanya mekanik pasai penyakit hang buat pa? Nampak sangat mahu perangkap dan mencipta isu.

*betulkah hudud hanya untuk orang Islam? Kalau ada 4 orang mencuri, 3 orang bukan Islam, 1 orang Islam. Yang seorang tu sahaja lah kena potong tangan? Yang 3 lagi tu hukum lain? Macam tu ke? Ermmm..

*utk keterangan lanjut, sila baca tulisan dari penceramah tidak bertauliah ini di sini.

Saturday, 3 March 2012

Siapa Juara Akhlak?



Mujahid : Awat senyap sepi psl kenytaan Dr M on hudud? Org kata ulama su' marah huhu

Dr : insya Allah tak marah, hanya bersimpati.

Mujahid : Ic. Kuarknla statemnt utk x stuju statemnt tun M dan ajk tun M berdialog. Jgn syp je, msyrkt memerhatikn tndkn ntum.

Dr : IC 2. Kami lebih mementingkan Al-Nasihah yang lebih elok dilakukan secara peribadi Dan bukannya secara terang :-). Harap sabar.

Mujahid : oo Tun M trg2 hina hudud nasihah. Bile PAS wat bai'ah yg ada dlm sunnah, cabar dan klua statmnt utk defend tuan. Ni la ulama' su.

Dr : :-). Sabar.

Mujahid : Nampknya ntum sdh x sbr dgn ujian ALLAH. Dgn ilmu yg ada, ntum da jd anjing2 utk pemernth yg zalim spt dlm hadis Nabi. :)

Dr : Sejahtera atas anda!

“..antara ciri kebenaran dan keredhaan Allah terhadap sesuatu aliran atau golongan itu adalah zahirnya akhlak yang baik pada penampilan dan perkataan..jika seseorang menyertai sesuatu aliran lalu menjadikannya dekat dengan Allah sehingga terzahir pada perkataan dan tindakannya terhadap orang lain, tanda itu aliran yang baik..jika hubungannya dengan aliran tertentu melahirkan dirinya suka memaki hamun orang lain, berbahasa buruk dan bersangka jahat maka itu adalah tanda tahap kebaikan yang ada dalam anutan atau aliran atau parti ataupun pertubuhan yang diikuti..maka sesiapa yang hendak melihat hal ini, bacalah tulisan dan komentar setiap pengikut aliran dan ketahui itulah kesan ajaran mereka..” –drmaza.

Renungkan!

Friday, 2 March 2012

Antara Hijau dan Biru.

Jea :     Andaikata...andaikata...jika ini gayanya, tak mustahil yg No 1. Syiah, No.2 Bukan Muslim...di mana  relevannya parti "Islam" Semalaysia...mungkin PAS sudah mula membuka kamus menukar nama baru...

Lah :    PEKAT molek demo skrg Jea! ;)


Jea :     Pekat? Asal pos politik pekat :) demo cerooo ko?haha

Lah :    Kawe tawar heber belako! Kalau nak Ada rasa hijau pun hawo2 jah! Rasa Biru x leh lgsg, allergic, tp bab politiking demo buwi ko KJ lah, demo fokus bab tarbiah dlmn..:)

Jea :     Heehe..kawe hijau ni lo ni allergic tu dok la..tp mcm ado 'jangkitan kuman ' jah..hok biru ado jugok virus, kito pakat berubat.hok hijau ado nyakit, tp jenih x sey berubat  :)
                             
Kelakar! Ubat lah yg mana rasa boleh diubat. Mmg wujud pun makhluk yg tak mahu diubat..


Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...