Saturday, 16 August 2014

Perancangan



Apa yang kita rancang, semuanya atas kelulusan Tuhan.
Saya merancang selepas bergraduasi, saya akan ditempatkan di sebuah sekolah. Saya akan berkhidmat sebagai guru. Kemudian, saya akan membeli kereta, gajet canggih, rumah. Tapi rancangan itu, belum saya layak menerimanya.
Akhirnya, saya memilih jalan lain. Saya membuat perancangan baru. Semoga yang ini selari dengan apa yang telah Allah tuliskan.
Hidup ini betul-betul penuh misteri. Sehingga terkadang kita jadi takut untuk menghadapi apa yang bakal kita temui.
Tetapi, memikirkan Allah itu tidak zalim, sentiasa akan tumbuh harapan.
Pada usia begini, terasa begitu perlu cekal dan tawakkal. Kita bukan lagi remaja yang boleh cuba-cuba. Tetapi sudah dewasa yang harus memilih jalan kehidupan untuk jangka yang lama.
Insan di sekeliling juga sudah memberi kepercayaan untuk kita membuat pilihan. Justeru segalanya perlu dibahu seorang.
Mujur Allah ajarkan kita tawakkal.
Dengan nama Allah, kita mulakan langkah.
Bukan satu perkara antara dua yang kita perlu pilih, tetapi banyaknya!
Yang melibatkan masa, usia, hati dan jiwa. Semua.
Oh. Rumitnya menjadi perempuan dewasa.

2 comments:

  1. Selamat dewasa adikku!

    Apa pun pilihanmu, aku akan sentiasa menyokong. Akan sentiasa menitip doa. Akan sentiasa memberi apa yang perlu.

    Semoga pilihanmu ini menjadi yang terbaik.

    Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kakak. Doakanlah semuanya lancar. Doakanlah dewasaku tidak disulitkan. Doakanlah..

    ReplyDelete

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....