Wednesday, 20 August 2014

Pengajaran



Seperti kepada Allah, apabila mencintaiNya, kita akan mengikut apa dan bagaimana yang Dia mahu. Bukan apa yang kita mahu.

Kalau Dia mahu lepas solat kita baca apa (melalui utusanNya) maka itulah yang kita baca. Kalau pendek, pendeklah. Walaupun ikutkan cinta kita, mahu saja baca kuat-kuat dan ramai-ramai. Kerana sangka kita, dengan begitu, lebih Dia suka. Padahal tidak.

Seperti juga orang yang mahu teh kurang manis, maka sikit saja lah kita letak gula. Walaupun pemurahnya hati kita menjangkaui sukatan yang dia mahu. 

Seperti juga situasi saya kali ini. Ikutkan sayang, mahu saja kita menolong memberi jalan. Mahu juga bersuara agar faham. Tapi kerana ‘yang kita cinta’ itu suruh kita diam, itulah yang kita perlu tunduk. Apa nak buat.

Ituah pengajaran kali ini. Manifestasi cinta itu mengikut ‘yang kita cinta’ mahu. Bukan mengikut apa yang kita rasa perlu.

Sebab dahulu sudah berlaku, lantaran sayang dan kasihan, kita bersuara konon meringankan beban dan menambahkan faham. Tetapi akhirnya, memberatkan beban kesulitan.

Oleh itu, ambil lah pengajaran. Diam dan tahan!
Dan pastinya doa untuk semua.


No comments:

Post a Comment

Sakit

 Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedik...