Friday 24 June 2011

SOLEHAH KE?

Program terbaru TV Al Hijrah – Solehah. Program terbaru Astro Oasis – Ustazah Pilihan.
Kedua2nya mencari peserta muslimah untuk dijadikan pendakwah.
Syarat2 utk ujibakat  peserta Solehah :
·  wanita Islam berumur 20-30 tahun
·  Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
·  Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
·  Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
·  Mempunyai daya tahan fizikal dan mental

Saya tengok tak ada syarat yang melanggar syariat pun. Apa masalahnya?

Saya sangat bosan dan tak selesa bila membaca feedback dari orang2 yang kononnya benar2 solehah mengkomplen dan perli2 program2 begini. Katanya, ‘rasa nak ketawa bila dengar peserta tu baca Quran salah, rasa nak tergelak bila tengok peserta tu pakai tudung singkat, macam tu ke solehah? Macam tu ke ustazah? Tak sesuai langsung..’

gelar ustazah tu bukan murah. sian ko ustazah hok betul2 ustazah’.

Si ustaz2 yg benar2 soleh dan cukup segala bagai pula menambah :

‘PUNAH. Tp nasib baik comel..hahaha’

‘sedang tutup mulut ketawa slow-slow..’

ini satu penghinaan! isk~’

ceramah - tang ni paling x blh terima, ayat cliche mcm ustazah takde modal lain dan seorang pendakwah wanita itu mmg perlu guna suara mendayu2 dan lenggok badan. sbgi seorang yg terlibat dgn aktiviti dakwah saya merasa diejek.’

Yang bagi komen2 di atas ialah mereka yang berpelajaran agama!

Kenapa mereka yg berpelajaran agama di atas tak terfikir macam ni,

Tengok, mereka yang  kurang fasih baca Quran pun bersedia dan merusaha sedaya mungkin utk tampil di platform dakwah yang luas untuk berdakwah. Mereka walaupun mungkin bukan dari bidang agama bersungguh mahu menjadi pendakwah.  Sedangkan yang belajar agama hanya tahu mengkritik dan mengejek ini salah, itu salah..

Syarat program tu langsung tak salah, tak tahulah kalau awal2 lagi mereka yang ‘sedap mulut’ tu kata prinsip mencari pendakwah wanita ni salah di sisi Islam. Tak tahu lah kalau mereka kata wanita ni hanya layak duduk di ceruk dapur, langsung tak boleh tayang muka di tv, langsung tak boleh bercakap depan lelaki ajnabi. 

Kalaupun prinsip tu salah pada mereka, kenapa mereka tak pula sediakan 1 program tv yang sangat sempurna, yg boleh menarik mad’u2 dgn lebih ramai dan meluas. Bukan hanya dakwah dlm lingkungan usrah 5-6 org. Setiap tahun 5-6 orang itulah yang jadi mad’u mereka. Dari tahun 1 pengajian sampai tahun 5..Sampai bila macam ni? Bila program macam ni diterbitkan, mereka kritik, mereka ejek dan perli. Kalau dah mereka tak mampu sediakan rancangan alternatif untuk program tv yang makin menggila dari hari ke hari, tolong berhenti mengejak boleh tak?  Sebelum mempersoalkan orang lain solehah atau x, soal diri dulu, solehah kah kita yang selalu mencari salah manusia!

Sahabat, tak perlu menganggap sasaran program2 begitu orang2 yang dah cukup ilmu macam kamu yang dah sempurna segala aspek kononnya.

Tapi lihat bagaimana mahu menarik remaja2 perempuan yang berseluar ketat dan berbaju sendat! Mahunya di dengar dan ditonton rancangan tv berunsur agama yang hanya bercakap tentang tarbiyah..tarbiyah..tarbiyah..dan segala term arab yang tinggi2? Mampukah bersaing dengan rancangan2 hiburan hedonisme lain yang menarik2 golongan ini untuk terus berkiblatkan tv 24jam? 

Ya, matlamat tak menghalalkan cara. Tapi cara dan prinsip program itu tak ada pun yang bercanggah. Cuma yang hadir ujibakat itu yang mungkin kurang sempurna. Jadi, jika mahu rancangan itu dipenuhi oleh peserta2 yang benar2 solehah, sila lah tampil ke depan bantu masyarakat mencari ikon solehah dengan menonjolkan diri anda yang solehah itu!

Nak cari ikon solehah pun salah, nak cari penyanyi lagha lagi lah salah..habis apa sahaja yg betul islam ni?jgn memayahkan islam! 

Hey, you tak layak la!

 p/s: saya bukan salah seorang peserta ujibakat solehah ya..tiada kaitan..;)









No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...