Saturday 25 June 2011

Pilihlah Untuk Diam.


Menggauli manusia yang berbagai warna, bau, bentuk, rasa (mcm biskut pulak kan?) memang mencabar. Dan, itulah hiasan dalam hidup. Jika semua warna, bentuk, bau dan rasa manusia itu sama, pasti bosan dan jemu.

Kadang2, perkataan yang lahir dari getar dua bibir manusia, menyakitkan untuk didengar. Bukan sahaja sakit di telinga, tapi sakitnya sampai ke lapisan hati. Mahu sahaja dibalas balik dengan ayat yang serupa tajamnya.
Kalau tidakpun, di lain masa, bila manusia melakukan  terang2 di hadapan mata, mahu sahaja ditegur2 dengan ayat yang lebih kurang pesen nya.  Rasa tidak puas hati jika dipendam2..!


Bila telinga berdesing dengan kata2, bila hati pedih dengan bibir manusia, sabar menjadi penawar. Jika benar kita salah, terimalah ‘teguran tajam’ itu dengan istikhlas. Jika kita tidak lah sesalah apa yang disangkakan, bersabar dan bersabarlah.

Kemudian, bila rasa tidak puas hati dengan orang lain, kita boleh menegur dan berterus terang. Tetapi, jika kita yakin teguran kita kemas dibaluti hikmah dan nasihat, jika kita yakin kata2 yang akan keluar dari bibr kita mampu mengubah tingkah yang salah itu, tegurlah. Jika tidak, diam lah. 

Ya, kita boleh berterus terang, menegur apa yang salah dan senget. Tapi, jika teguran hanya boleh menambah luka di hati orang lain, jika teguran hanya boleh meninggal rasa benci manusia lain pada kita, kalau teguran hanya menimbul perbalahan antara 2 pihak, lebih baik diam (saya rasa la).. biarlah kita pendam dengan sabar, atau usahalah dengan cara lain untuk mengubah.



Orang yang gemar berterus terang tidak kira apa situasi sering berhujah, ‘dari pendam menimbul dendam, lebih baik berterus terang, tidak disimpan dalam hati. Tak ada la geram2 dalam hati.’
Ya, memang mereka yang lancar berkata2 tidak simpan apa2 dalam hati, tapi bagaimana bagi yang menerima kata2 itu, adakah hati2 mereka semurni dan sesuci hati si pelancar kata2 itu? Jangan dikira apa yang tersimpan di hati kita teman, tapi semaklah apa yang tersimpan di hati orang lain yang mungkin tidak puas hati dengan ‘mulut’ kita.

Saya ada tebaca, dua anggota yang paling berpengaruh untuk menyebabkan tuannya menjadi ahli naraka ialah, lisan dan faraj. Jadi, untuk diri saya, berhati2 lah..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...