Thursday, 10 April 2025

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Lagipun, selain ibu sendiri, ibu mentua juga ada hak yang perlu ditunaikan. Saya kasihan melihat ibu mentua yang juga sudah tua, tidaklah lagi secergas mana tenaganya, namun, masih mahu kekal memasak itu dan ini.

Sebagai menantu, saya cuba membantu yang boleh. Namun tetap tidak sama dengan rumah sendiri. Ada limitasi, setiap keputusan tak berani dibuat sendiri. Apatah lagi mencadang itu ini, atau pun melarang itu ini seperti melarang kepada ibu sendiri. Tak terdaya lagi nak buat, mungkin belum capai 'pangkat' itu.

Sudahnya, saya hanya menurut walaupun sangat kasihan dengan ibu mentua. Tambahan pula, waktu itu beliau tengah demam. Saya jadi ralat.

Jiwa dan hati meronta nak balik rumah sendiri. Ibu sendiri pun, tak larat mana juga. Usia tua menghakis juga bersama tenaga yang ada. 

Moga moga kita semua berusaha sempurna memberikan hak kepada yang sepatutnya.  

No comments:

Post a Comment

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....