Saturday, 16 August 2025

Sakit

 Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedikit terbongkok bongkok. Kadang kuat, kadang sedikit, kadang tak sakit pun.

Sehingga lah pada 29 Julai, saya tidur selepas Subuh, bangun sahaja, saya rasa teramat sakit. Lebih dari biasa. Sebelum ini, pernah juga tetapi ia makin beransur hilang setelah saya regangkan badan dan bergerak. Tetapi hari itu, ia benar benar pelik. Sehingga untuk saya memikul beg laptop, dan 2 botol air saya, saya tak mampu. 

Saya bertahan. Dua botol air saya, saya tinggalkan di rumah. Saya hanya bawa laptop di sekolah. Saya bawa kereta rasa berat sangat stereng, saya susah nak putar sebab rasa tak ada kudrat di tangan. Saya menahan sakit dengan harapan ia akan beransur hilang seperti selalu. Saya menelan ubat tahan sakit. Sehingga petang, ia tidak langsung berkurang, Bahkan bertambah.Ketika bangun dari kerusi, saya akan mengerang kesakitan. Rasa macam nak lumpuh kaki saya. Mencucuk pinggang saya. Kaki saya berat sangat.

Kawan kawan saya meminta saya pulang awal. Tetapi saya bertahan sehingga waktu balik.

Waktu balik, saya ke Hospital Salam sebelah sekolah saya, dengan harapan untuk berjumpa doktor pakar menggunakan takaful saya. Suami saya akan datang ke hospital itu. Kaunter hospital cakap Hospital Salam bukan panel AIA. Saya keluar hospital masuk kereta menangis nangis. Suami saya telefon KPJ, KPJ cakap kalau nak jumpa doktor pakar, perlu datang waktu office hour. Saya menagis esak esak, kenapa susah sangat ni. Nak jumpa doktor je pun.

Saya dan suami ke klinik biasa di situ. Doktor cucuk. Kata doktor ubat cucuk ni akan hilang rasa sakit sehingga 6 jam. Malam itu, masalahnya rasa sakit tak hilang pun.

Esoknya, saya ke KPJ yang hanya 5km dari rumah saya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Friday, 11 July 2025

Skudai atau Shah Alam?

 Suami saya bertanya, mana lagi seronok sekolah di Johor atau di Selangor?

Sejujurnya saya rasa lebih seronok di Selangor. Sekolah di Johor dahulu sangat tertekan. Walaupun hakikatnya, sekarang ini jawatan saya lebih banyak, tetapi saya rasa lebih selesa.

Mungkin kerana dah jadi sedikit senior. Atau dah boleh tebal telinnga, atau dah tak perlu banyak sangat berlakon.

Mungkin juga kerana dah tak perlu hadap kerenah kawan kawan di rumah.

Saya masih ingat dulu masa di Johor, masa perhimpunan sesi petang, saya nampak guru sesi pagi sedang bersiap nak balik naik kereta. Saya fikir, seronoknya mereka pulang ke 'rumah' yang ada keluarga. Saya pula tak pernah rasa rumah sewa saya itu sebagai 'rumah' melainkan hanya bilik sempit saya itu. Nak ke dapur terbatas, nak tengok tv ramai ramai lagi lah tak sanggup. 

Alhamdulillah, sekarang, saya sangat menikmati rumah saya. Sehingga tak mahu keluar ke mana mana pun, hanya mahu berada di rumah.

Mungkin kerana faktor itu juga, saya rasa sekolah di Selangor lenih tenang. Faktor kurang tekanan lain selain di sekolah.

Alhamdulillah untuk segalanya.


Thursday, 10 April 2025

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Lagipun, selain ibu sendiri, ibu mentua juga ada hak yang perlu ditunaikan. Saya kasihan melihat ibu mentua yang juga sudah tua, tidaklah lagi secergas mana tenaganya, namun, masih mahu kekal memasak itu dan ini.

Sebagai menantu, saya cuba membantu yang boleh. Namun tetap tidak sama dengan rumah sendiri. Ada limitasi, setiap keputusan tak berani dibuat sendiri. Apatah lagi mencadang itu ini, atau pun melarang itu ini seperti melarang kepada ibu sendiri. Tak terdaya lagi nak buat, mungkin belum capai 'pangkat' itu.

Sudahnya, saya hanya menurut walaupun sangat kasihan dengan ibu mentua. Tambahan pula, waktu itu beliau tengah demam. Saya jadi ralat.

Jiwa dan hati meronta nak balik rumah sendiri. Ibu sendiri pun, tak larat mana juga. Usia tua menghakis juga bersama tenaga yang ada. 

Moga moga kita semua berusaha sempurna memberikan hak kepada yang sepatutnya.  

Tuesday, 25 February 2025

BELAJAR SENDIRI

 Lifelong learning ni tak payah canang jika para guru sendiri jenis malas nak belajar.

Semasa saya mula mula posting, saya juga tidak pandai excel. Saya tak belajar pun di universiti. Tapi saya explore sendiri. Tengok youtube kalau tak tahu.

Google drive pun pening masa mula mula saya guna. Serabut rasa masa PKP tu. Tapi saya belajar juga.

Canva juga sama. Mula mula rasa susah dan kekok nak guna. Lama lama baru rasa seronok.

Saya tidak tahu, mungkin nanti apabila saya berusia saya juga jadi malas nak belajar sama macam cikgu cikgu ni.

Saya sibuk. Saya banyak kerja. Kerja saya bertimbun tak setel. Tiba tiba ada seorang kakak yang lahir tahun 1986 (tak tua pun!) datang pada saya dan berkata;

"Dah, esok boleh tak ajar akak nak buat data validation. Pukul 11.30 boleh?"

Bayangkan, dia arahkan saya untuk datang awal untuk ajar dia. Saya okaykan sahaja. Padahal data validation tu tiap tiap buat, ada manual dah, ada video lagi cikgu ICT buat untuk ajar step by step. Saya juga tengok video tu kalau saya lupa macam mana dah nak buat.

Sehari selepas itu,

"Dah, boleh tak esok datang 11.30 ajar akak dari A to Z macam mana nak masukkan bacaan buku dalam splkpm? Akak malas nak tengok yg Syazli tulis tu."

Saya menahan sahaja segala perasaan. Saya jawab,

"Alaa kak, saya dah lama buat tu, saya pun dah lupa nak buat macam mana. Nak kena study balik la ni."

Saya nak dia tahu bahawa saya juga study arahan dan step untuk buat apa sahaja. Bukan bangun bangun pagi terus jadi tahu semuanya.

Saya tak tahu, adakah saya jenis susah nak tolong orang?

Tapi ada seorang kakak lain yang lahir 1987, dia selalu juga minta tolong saya. Tetapi saya suka cara dia berusaha.

"Dah, Kak Ayu dah ikut step ni, tapi kenapa tak jadi?"

Maksudnya, dia telah sehabis daya berusaha cuba buat sendiri. Kalau dia tak faham atau tak jadi, baru dia tanya saya.

Saya seluas luas hati rela dan gembira untuk bantu dia.

Begitulah ceritanya. Saya pun tidaklah pandai. Benak juga pun. Tapi sikap bergantung pada diri sendiri sebenarnya adalah KEBEBASAN yang sangat saya nikmati.

Kenapa orang lain tak rasa nikmatnya kebebasan itu? Kenapa selalu nak kena perlukan orang?

Ada banyak kerja saya tertangguh kerana saya belum study macam mana nak buat benda tu. Ada je orang lain dah siap, tapi saya tak terus pergi tanya dia nak buat macam mana? Saya tenang tenang dulu, sehingga saya ada masa baca sendiri step step dia. Sebab saya tahu, orang lain juga banyak kerja selain nak kena ajar saya.

Sekian luahan.

Sakit

 Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedik...