Wednesday, 6 November 2024

Zuriat

Dah siap pakai baju nak ke sekolah, eh awal lagi pulak. Saya scroll tiktok, ramai yang cerita tentang video Janna Nick menangis bercakap tentang TTC.

Saya search video tu, tengok. Tapi tak sempat habis video, saya terpaksa keluar ke sekolah.

Memang betul tertekan kalau orang asyik tanya masa awal awal kahwin. Tapi bila dah 6 tahun ni, orang pun dah tak tanya. Jadi, tekanan dari luar makin kurang.

Jadi, kita uruskan tekanan dalaman sendiri sahaja lah, yang mana JAUH LEBIH SENANG nak uruskan berbanding tekanan luar yang selalu tak terjangka.

Mungkin saya ada contoh di hadapan mata bahawa menjadi pasangan berdua tanpa anak pun boleh bahagia setara dengan yang beranak pinak. Kakak sulung saya tak ada anak, dia bahagia. Kakak kedua saya, 11 tahun baru dapat anak. Pun bahagia.

Lalu saya membuat kesimpulan, hidup ini adalah tentang penerimaan. Apa sahaja yang Tuhan telah tuliskan dalam lembaran cerita hidup kita, itulah kita.

Tuhan terlalu baik untuk menulis cerita buruk untuk kita. Tiada yang buruk dalam hidup. Perkara yang di luar kawalan kita, semestinya Tuhan yang akan mengendalikannya dengan pengetahuanNya (al alim), ketelitianNya (al khabeer), dan segala kasih sayangNya (al wadud).

Ketika orang Islam kalah dalam perang Uhud, sahabat bertanya Nabi, “kenapa kita kalah. Kita kan pihak yang benar, kenapa kita kalah?”

Bukan kita sahaja yang tertanya tanya. Bahkan sahabat juga pun. Tetapi akhirnya kita kembali kepada koreksi diri, hikmah, dan iktibar di sebalik semua yang berlaku. 

Mungkin ada ujian lain yang lebih berat terhindar kerana kita telah pun 'cukup' dengan ujian zuriat ini.

Semoga kita semua merasai kasih sayang Allah dalam setiap perkara yang Dia bagi, juga dalam tiap perkara yang Dia tidak izinkan berlaku. Semuanya atas kasih sayangNya.

Do not limit the mercy of Allah. His Mercy always remains.


HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....